You are on page 1of 7

PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI MALAYSIA

Pembangunan ekonomi Malaysia berubah mengikut keadaan semasa sehinggalah pelancaran Dasar Ek onomi Baru 1970 , barulah pembangunan ekonomi mempunyai matlamat dan gerak kerja yang sistematik. a- Pembangunan sebelum merdeka: Ketika ini pembangunan adalah bercorak kolonial dengan pengkhususan kepada pengeluaran komoditi getah dan bijih timah. b- 1957- 1969 Pembangunan pada ketika ini lebih menekankan kepada pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Rancangan Malaya Pertama hingga Rancangan Malaysia Pertama menggariskan aspirasi nasional iait u meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, mewujudkan lebuh peluang pekerjaan, mempelbagaik an perusahaan serta memperbanyakkan kemudahan infrastruktur dan sosial. Dasar perancangan di peringkat ini ialah menggalakkan penyertaan rakyat di luar bandar dalam progr am pembangunan kerajaan. Rancangan kerajaan pada ketika ini juga menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui perkembanga n sektor industri domestik diharap dapat melimpahkan ruang untuk orang miskin turut serta dalam ekonomi neg ara. c- 1970-1990 - Dasar Ekonomi Baru. Kepincangan dasar kerajaan yang sebelum ini telah dikaji dan diberi nafas baru melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang menekankan aspek kemiskinan dan usaha untuk penyusunan masyarakat. Sepanjang tempoh ini, Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima telah mempunyai m atlamat yang konsisten iaitu ke atah pembasmian kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Ini dicapai melalui rancangan yang lebih giat dalam pembangunan pertanian dan pembangunan luar b andar, penggemblengan sumber manusia secara lebih berkesan dan pengagihan kemudahan pembangunan sec ara sama rata antara wilayah dan strata penduduk. Polisi baru dalam era ini menekankan : i. Pembangunan luar bandar yang lebih intensif ii. Penyertaan rakyat dalam perancangan dan pembangunan iii. Peluang kemudahan pelajaran, kesihatan , perumahan yang samara iv. Peluang pekerjaan ditingkatkan dalam sektor swasta dan kerajaan v. Kewujudan agensi berasaskan komoditi, penerima dan wilayah dengan kumpulan sasar yan g telah ditetapkan. vi. Peningkatan pertumbuhan ekonomi melalui perdagangan dan perindustrian. d- 1991-2000 Dasar Pembangunan Nasional Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) Kedua iaitu Dasar Pembangunan Nasional tela h digubal untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 dan ianya adalah susulan daripada RR JP Pertama iaitu Dasar Ekonomi Baru yang lebih menjurus kepada matlamat untuk membasmi kemiskinan dan me nyusun semula masyarakat bagi menghapuskan fungsi ekonomi mengikut kaum. e- Pembangunan 2001-2010 Penekanan pembangunan abad ke 21 ini diteruskan dalam Rancangan Rangka Jangka Panjang RRJP ketiga meliputi tahun 20012010. RRJP 3 merangkumi Dasar Pembangunan Nasional yang telah menggariskan beberapa strategi untuk membawa Malaysia ke arah negara maju pada abad ke 21.

Ia di bantu oleh Rancangan Malaysia Kelapan RMK 8 dengan matlamat mencapai objektif DPN ke a rah pertumbuhan ekonomi yang mampan dan teguh disertai dengan pembentukan masyarakat Malaysia yan g bersatu dan saksama menikmati pembangunan. Rangka kerja RMK9 dibuat atas kesedaran untuk mencapai status negara maju berasaskan acuan dan kemampuan sendiri bagi membolehkan keupayaan bersaing di peringkat global, mengukuhkan perpaduan dan meng urangkan polarisasi kaum serta mewujudkan keseimbangan pendapatan dan kekayaan f- RMK-9 Mencapai Agenda Wawasan 2020 ke arah Negara Maju. Rangka kerja RMK9 dibuat atas kesedaran untuk mencapai status negara maju berasaskan acuan dan kemampuan sendiri bagi membolehkan keupayaan bersaing di peringkat global, mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum serta mengwujudkan keseimbangan pendapatan dan kekayaan. Aspek penting dalam dalam RMK-9 adalah pembangunan modal insan. - memerlukan keupayaan dan keperibadian masyarakat -tidak hanya memiliki `infrastruktur Kelas Pertama tetapi `Mentaliti Kelas Ketiga melahirkan masyarakat `Mentaliti Kelas Pertama. menekankan kepada modal insan yang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, nilai e tika, minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi. 5 Teras RMK-9: i). Meningkatkan Ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.(KDNK 6-6.5 setahun). ii).Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta `memupuk minda kelas pertama. (S istem Pendidikan, IPT dan R & D). iii) Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produ ktif. (Kemiskinan Tegar sifar) iv) Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.(Dimensi persekitaran dan keselamatan Awam) v) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.(KPI) TAHAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA Proses perancangan pembangunan di Malaysia dibahagikan kepada tiga tahap dari segi kronologinya, i aitu:Semasa Penjajahan Selepas Penjajahan/Selepas Merdeka 1. Selepas merdeka hingga tahun 19702. Selepas 1971 hingga kini Ketiga-tiga tahap ini mengandungi bentuk pembangunan dan orientasi berbeza. Selepas negara merdeka, perancangan pembangunan dirumus pula oleh anak watan berasaskan keperlu an dan masalah semasa yang dihadapi oleh penduduk tempatan. Rancanganrancangan itu dirumus dengan bantuan nasihat yang diperolehi dari dalam dan luar negara. Rusuhan kaum tahun 1969 telah menandakan satu lagi pera lihan yang penting. Akibat rusuhan itu, pada tahun 1971 DEB telah diperkenalkan dengan pertama kalinya berpan dukan ideologi nasional yang termaktub dalam Rukunegara. TAHAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN A. ZAMAN PENJAJAHAN -Dasar Pecah dan Perintah. B. SELEPAS PENJAJAHAN/SELEPAS MERDEKA 1. ERA SEBELUM DEB (1957 1970) - SELEPAS MERDEKA HINGGA TAHUN 1970 Rancangan Malaya I :1955 1960 Rancangan Malaya II: 1961 1965 - `Buku Merah.

Rancangan Malaysia Pertama (RMP): 1966-1970 2. ERA DEB (1971 1990) SELEPAS TAHUN 1970 HINGGA KINI. Rancangan Malaysia Kedua (RMK): 1971 1975 Rancangan Malaysia Ketiga (RMT): 1976 1980 Rancangan Malaysia Keempat (RME): 1981 1985 Rancangan Malaysia Kelima (RML): 1986 1990 3. ERA DPN (1991 2000) Rancangan Malaysia Keenam (RME): 1991-1995 = DPN I Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT): 1996-2000 = DPN II 4. ERA WAWASAN 2020 (2000 2020) Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8): 2001 2005 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9): 2006-2010 PERBEZAAN DASAR PEMBANGUNAN SEBELUM DAN SELEPAS DEB Sebelum DEB Diwarisi sejak zaman penjajahan, yang melibatkan Rancangan Malaya I (19561960), Rancangan Malaya II (1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Dasar perancangan pembangunan yang lebih berorientasikan pencapaian matlamat dan kepentingan penjajah British. Penekanan terhadap sistem ekonomi bebas atau kapitalisme yang menyebabkan berlakunya ekonomi dualistik. Pemunggahan hasil kekayaan negara ke luar negara yangmana negara hanya memperolehi keuntunga n yang sedikit. Wujud polarisasi kaum dan wilayah. Tidak mempunyai semangat kekitaan yang kukuh. Sebaliknya le bih mementingkan kesukuan atau etnosentrisme yang menebal. Wujud jurang perbezaan sosioekonomi yang ketara antara kaum, sektor dan wilayah/kawasan. Kemiskinan berleluasa terutama di kalangan orang-orang Melayu di luar bandar. Kemuncaknya adalah Peristiwa 13 Mei 1969. Selepas DEB Dasar perancangan adalah bagi mengikis kesankesan pemerintahan British melalui penggubalan semula matlamat dan keutamaan pembangunan yang sesuai dengan aspirasi nasional. Pelancaran Dasar Ekono mi Baru (DEB). DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN) DEB berakhir pada tahun 1990. Ia digantikan dengan DPN. DPN sebenarnya adalah DEB dalam bent uk yang baru iaitu ia telah digubal dengan iktibar DEB. DPN dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun seperti yang dire ncanakan dalam RRJP2 (1991-2000). Ia merupakan satu pertiga daripada wawasan 2020 (19912020) yang sebenarnya mencakupi Rancangan Malaysia Ke-6 hingga Rancangan Malaysia Ke-11. TERDAPAT BEBERAPA DIMENSI BARU DALAM DPN YANG MEMBEZAKANNYA DENG AN DEB Tumpuan diberikan kepada strategi membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin, iaitu den gan menurunkan kemiskinan relatif. Kadar keluarga termiskin dianggarkan lebih kurang 143 ribu isi rumah. DPN juga memberikan tumpuan kepada mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah 'm asyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera' (MPPB). Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses penyusunan semula masyarakat m elalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas supaya sektor ini boleh berkembang. Tumpuan juga diberikan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting dalam mencapa i matlamat

pertumbuhan dengan pengagihan yang sama. Selain daripada itu, DPN juga menekankan konsep liberalisasi ekonomi. 1.Konsep yang mula ditekankan selepas tahun 1985, bilamana kerajaan mula mengurangkan penglibata nnya dalam ekonomi dan juga mula menarik diri daripada menjadi pemain utama dalam ekonomi negara. 2.Kerajaan menyerah kepada sektor swasta untuk memandu dan memimpin perjalanan ekonomi negara. 3.Mengumumkan dasar mengecilkan saiz sektor awam, dan mula menyerahkan peranan membekalkan perkhidmatan kemudahan awam kepada sektor swasta. Berikutan itu, program penswastaan dilaksanakan secara melu as dan negara kini merupakan negara paling terkehadapan dalam usaha menswastakan kemudahan awam. RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN DAN PENEKANANNYA Dalam Tempoh Penekanan Dasar SEBELUM DEB RM1 (1956-1960) - Produktiviti Pertanian RM2 (1961-1965) - Pelbagai Tanaman, Kemudahan asas RMK-1 (1966-1970) - Pembangunan Luar Bandar - Infrastruktur - Khidmat Sosial - Pembangunan dan Kesaksamaan - Pembasmian Kemiskinan - Penyusunan Semula Masyarakat

DEB RRJP1RMK-2 (1971-1975) RMK-3 (1976-1980) RMK-4 (1981-1985) RMK-5 (1986-1990). DPN RRJP2RMK-6 (1991-1995) RMK-7 (1996-2000)

-Pembangunan Seimbang -Ekonomi-Sosial -Negeri-negeri -Bandar-Luar Bandar -Pengagihan

WAWASAN 2020 RMK-8 (2001 2005) RMK 9 (2006 2010) Pembangunan Modal Insan PEMBANGUNAN ACUAN MALAYSIA Konsep pembangunan di Malaysia sinonim dengan beberapa konsep lain seperti ekonomi, pertumbuh an, perindustrian, pemodenan, sosial dan lain-lain. Justeru itu, bab ini cuba memperlihatkan perkaitan konsepkonsep tersebut dalam proses pembangunan sosio ekonomi Malaysia. Sesebuah pembangunan selalu dikaitkan dengan pembangunan ekonomi. Pembangunan ekonomi ini telah diperakui sebagai pra syarat kepada pembangunan negara dan sebaga i simbol keunggulan sesebuah negara. Walau bagaimanapun , pembangunan ekonomi sematamata tidak menjamin pembangunan yang holistik. Pembangunan juga wajar dilihat dari perspektif alam fizikal termasuk pembangunan prasarana dan al am sekeliling, alam sosial termasuk hak asasi, kehidupan keluarga, komuniti dan masyarakat serta alam rohaninya iait u agama, nilai, etika dan moral. Malaysia telah mengalami beberapa tahap pembangunan iaitu sebelum kedatangan penjajah, semasa p enjajahan dan selepas kemerdekaan. Sebelum kedatangan kolonial, orang Melayu hidup dengan penggunaan sum ber alam secara maksimum dan sara diri sahaja. Kedatangan penjajah telah menukar persekitaran ekonomi masyarakat kerana tujuan setiap penjajah ia lah mengeksploitasi keuntungan daripada kekayaan sumber asli negara yang dijajah. Kolonialisme Inggeris telah

membawa masuk modal dan sistem ekonomi kapitalisme dengan matlamat untuk mendapatkan keuntun gan maksimum daripada pelaburan modal yang dibuat. Kolonial telah membuka tanah hutan untuk tanaman industri seperti getah serta pengkomersilan perlo mbongan bijih timah. Ini telah menjadikan Tanah Melayu pada ketika itu menjadi negara pengeluar bijih timah ut ama dunia. Pada masa yang sama, aktiviti ekonomi ini telah menukar struktur masyarakat dengan kemasukan buru h asing dari India dan China. Malaysia sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan, aspek pembangunan yang teranca ng masih belum menjadi agenda utama. Pembangunan Malaysia selepas merdeka pada peringkat awal adalah me neruskan sistem ekonomi kapitalis, dengan galakan kepada pelaburan dari luar bagi merangsang perkembangan e konomi. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha untuk menyeimbangkan pembangunan sosioekonomi antar a kawasan iaitu di kawasan barat dan timur semenanjung Malaysia. Galakan pelaburan oleh pemodal dalam ekono mi kapitalis tidak mengggalakkan penyertaan bumiputera khususnya dalam perkembangan ekonomi negara. Situasi ini telah membawa kepada kepincangan sosioekonomi antara kaum dan akhirnya membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969. Perspektif baru pembangunan ekonomi selepas tahun 70-an bagi Negaranegara Dunia Ketiga banyak menekankan kepada perkara berikut: a.menambah dan meluaskan pengagihan keperluan asasi manusia seperti makanan, perlindungan, kesih atan dan keselamatan kepada semua rakyat. b.Meningkatkan taraf hidup melalui peningkatan pendapatan, penyediaan peluang pekerjaan dan tumpu an kepada nilai-nilai kemanusiaan. c.Meningkatkan penglibatan rakyat dakam proses pembangunan dan membawa perubahan struktur dala m negara. Semangat dan falsafah DEB kemudiannya dilanjutkan Dasar Wawasan Negara (19912020) di mana Dasar Pembangunan Negara merupakan fasa pertama. Untuk jangka 20012010, Dasar Wawasan Negara akan menjadi strategi dan program di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJK3). Kesan positif pelaksanaan peningkatan taraf sosioekonomi mereka yang kurang berada, khasnya golongan bumiputera. Begitu juga, dasar pembangunan negara memperlihatkan wujudnya satu komuniti kelas menengah bumiputera. Golongan bumiputera yang serba kekurangan pada 30 tahun yang lalu kini telah dapat memegang ekuiti korporat yang lebih banyak. Pada tahun 1970, pegangan hak milik dalam syarikat-syarikat berhad oleh kaum Melayu di Semenanjung Malaysia hanya 2.4 peratus. Pada tahun 1995 pula, pegangan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat telah meningkat kepada 20.6 peratus. Apa yang jelas ialah pelaksanaan dasar pembangunan yang menekankan kesaksamaan antara kaum telah membawa darjah perpaduan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, dasar pembangunan negara kita telah dapat menyahut cabaran krisis ekonomi 1997 dan memastikan rakyat pelbagai kaum dapat terus hidup dalam aman dan damai. Pengertian pembangunan acuan Malaysia: -Konsep pembangunan adalah suatu yang luas dan komprehensif. Pembangunan bermaksud tindakan membangunkan ( proses) dan juga hasil daripadanya . Pengertian konsep pembangunan yang paling mu dah dan popular ialah kemakmuran ekonomi. Kemakmuran dihubungkaitkan dengan taraf kehidupan yang lebih baik dan kekayaan sesebuah negara. Negara yang kaya dianggap sebagai negara yang makmur.

Syed Husin Ali (1976) menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan menaikkan taraf ekonom i sebahagian besar masyarakat. Pencapaian ekonomi yang kukuh akan memajukan atau membangunkan bidangbidang lain. Justeru itu, konsep pembangunan bukanlah terbatas kepada bidang ekonomi sahaja tetapi meliputi semua bidang kehidupan masyarakat. Syed Hussein Alatas pula mendefinisikan sifat pembangunan sebagai merubah sesuatu keadaan sedia a da kepada yang lebih baik. Pembangunan yang sempurna haruslah menepati syarat-syarat berikut: Pembangunan itu mempunyai sifat insaniah iaitu pembangunan itu haruslah yang berkaitan dengan usa ha dan kehidupan manusia itu sendiri. Setiap pembangunan dalam masyarakat mesti dilaksanakan oleh pemimpin yang jujur dan tidak mempe ralatkan pembangunan untuk kepentingan sendiri Kefahaman tentang pembangunan dan kesedaran tentang pembangunan mesti wujud di kalangan masya rakat. Jika jiwa pembangunan tidak wujud di kalangan masyarakat, maka pembangunan akan terjejas atau ha mpir tidak ada. PERBEZAAN KONSEP PEMBANGUNAN BARAT DENGAN MALAYSIA Perspektif Barat Memberikan kesempurnaan hidup kepada rakyat. Meningkatkan KNK dan pendapatan negara. Mengurangkan penderitaan, pergantungan, penindasan dan ketaksamaan di kalangan individu dalam masyarakat. Merapatkan jurang serta meningkatkan taraf ekonomi negara. Penciptaan teknologi baru. Untuk kesejahteraan hidup di dunia. Barat pula menganggap agama sebagai penghalang kepada pembangunan sekularisme. Agama hanyalah merupakan urusan peribadi semata-mata Bersifat eksploitatif dan lebih menekankan kehidupan yang bersifat kebendaan dan hedonisme iaitu s emua berpusat dan bertitik tolak dari kehendak manusia. Perspektif Malaysia Pembangunan peribadi dan keupayaan manusia. Mengembangkan pengeluaran yang berguna dan berfaedah kepada rakyat. Meningkatkan kualiti kehidupan. Mengurangkan pergantungan negara kepada dunia luar. Pembangunan yang seimbang. Untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. menekankan peri pentingnya apa yang terkandung dalam agama dan budaya masyarakat Indikator merupakan pengukuran atau petunjuk yang boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu peru bahan. Perubahan ini meliputi semua aspek kehidupan seperti kesihatan, pekerjaan, perpaduan, keharmonian d alam keluarga dan masyarakat, keagamaan dan banyak lagi. Antara indikator tersebut ialah: a- Ekonomi. b- Pendidikan c- Kesihatan d- Kemudahan prasarana. Faktor yang mencorakkan pembangunan acuan Malaysia: 1- Penjajahan 2 Kepimpinan 3- Kontrak sosial

CABARAN PEMBANGUNAN ACUAN MALAYSIA i- Mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi ii- pembentukan nilai dan jatidiri bangsa Malaysia iii- Perubahan minda kelas pertama Kesimpulannya, pembangunan di Malaysia ialah pembangunan yang berasaskan agama dan budaya ma syarakat sama ada dari segi matlamat, prinsip dan kaedah atau pelaksanaannya. Di samping itu, pembangunan it u haruslah menyeluruh (HOLISTIK), meliputi aspek moral, spiritual, ekonomi, politik dan sosial serta mementing kan kerohanian, nilai dan material yang dilaksanakan secara bersepadu untuk mencapai kesejahteraan hidup.

You might also like