Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
P. 1
Penyakit Ikan-nota Kuliah

Penyakit Ikan-nota Kuliah

Ratings: (0)|Views: 2,431 |Likes:
Published by deen ikan

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: deen ikan on Oct 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/08/2012

pdf

text

original

 
1
NOTA KULIAH : PENYAKIT IKAN (FMA 1001)Latar belakang punca-punca penyakit ikan
1. Penyakit merupakan keadaan abnormal di mana keupayaan suatu ikan untuk mengekalkanfungsi-fungsi fisiologi normalnya kian merosot. Ikan tersebut telah kehilangankeseimbangannya dengan diri ataupun persekitarannya.2. Wabak/Jangkitan penyakit ikan akan merugikan industri akuakultur dengan melibatkan peningkatan kos akibat daripada kematian ikan, kos rawatan dan penurunan kadar tumbesaran ikan.3. Penyakit ikan merangkumi 2 kategori besar penyakit yang menjejaskan ikan :a. Penyakit berjangkit (infectious diseases) – Penyakit ini disebabkan oleh organisma patogenik (e.g. parasit, bakteria, virus dan fungus) yang berada dalam persekitaranluar mahupun yang dibawa oleh ikan lain (pembawa; carrier). Ia boleh berjangkit dariikan terjangkit ke ikan yang lain. Maka rawatan perlu dibuat untuk mengawal iadaripada merebak. b. Penyakit tak berjangkit (noninfectious diseases) – Penyakit ini disebabkan olehmasalah persekitaran, kekurangan nutrien (nutrient deficiency) atau kecacatan genetic(genetic defects). Ia adalak tidak berjangkit, dan biasanya tidak dapat dirawat dari segi perubatan.4. Penyakit ikan sering berpunca dari terganggunya keharmonian saling interaksi di antara 3komponen penting :Rajah 1 : Faktor-faktor penyebab penyakit ikan
 
(
http://edis.ifas.ufl.edu/FA005
 
)
a. Ikan Sistem perlindungan/pertahanan (e.g. imun) yang membolehkan individu bermandiri dan memelihara homeostasisnya dari persekitaran dan patogen. b. Persekitaran akuatik – Keadaan luaran yang mempengaruhi tumbesaran dan pembiakan ikan, antaranya ialah factor fizikal seperti suhu, keamatan dan fotokala
 
2cahaya, komposisi kimia air, kandungan biologi, ruang dan makanan serta rangsanganketakutan.c. Patogen – Parasit, fungi, bacteria dan virus yang menyebabkan penyakit kepada ikan.5. Untuk berlakunya jangkitan penyakit, patogen mesti berupaya menjangkiti ikan,sementara perumah (ikan) harus berada dalam keadaan “dapat dijangkiti” (susceptiblestate), serta keadaan persekitaran tertentu perlu wujud (e.g. tekanan).6. Tekanan (stress) merupakan satu keadaan di mana haiwan tidak dapat mengekalkankeadaan fisiologinya yang biasa akibat daripada factor-faktor yang menjejaskankesejahteraanya. Tekanan berlaku ke atas ikan apabila ia diletak di dalam suatu keadaanyang melebihi tahap tolerasi biasanya.7. Jenis-jenis tekanan pada ikan dapat dibahagikan kepada 4 kumpulan utama :Jenis tekanan Contoh Punca tekananTekanan kimia Kualiti air yang buruk Oksigen larut menurun, pHyang kurang sesuaiPencemaran Bahan kimia, racun perosak Komposisi makanan Jenis protein dan amino asidSisa metabolisme Pengumpulan bahan bernitrogen (e.g. ammoniaatau nitrit)Tekanan biologi Densiti populasi KesesakanSpesis ikan yang lain Penganasan, sikap wilayah,ruang berenangMikroorganisma Patogenik dan tak patogenik Makroorganisma Parasit luar dan dalamTekanan fizikal Suhu
*
Pengaruh penting terhadapsistem imun ikanCahayaBunyiGas-gas yang terlarutTekanan prosedur Pengendalian(procedural stressors) PengangkutanRawatan penyakit8. Akibat daripada tekanan, keadaan fisiologi ikan beralih ke tahap terancam (alarm state) dimana tenaga tambahan dibekalkan untuk tindakan “lawan atau lari” (fight or flight). [lihatRajah 2]9. Biasanya ikan dapat bertahan (resist) kepada tekanan untuk suatu jangka masa. Dalammasa ini, ikan mungkin kelihatan normal, padahal tenaga simpanan semakin berkuranganakibat daripada tekanan yang membebankan. [lihat Rajah 2]10. Jika ketegangan ini berkekalan, maka ikan itu akan mengalami kehabisan tenaga danterhaus (exhausted). Sistem imun turut dilemahkan dan ini meningkatkan peluang
 
3 pendedahan ikan kepada serangan patogen. Akhirnya ikan tersebut akan jatuh sakitataupun mati. [lihat Rajah 2]
 
Rajah 2 : Kesan tekanan ke atas ikan
(http://edis.ifas.ufl.edu/FA005
 
)
11. Beberapa perubahan keadaan fisiologi semasa ikan mengalami tekanan termasuk :a. Peningkatan paras glukosa dalam darah akibat daripada rembesan hormon darikelenjar adrenal, dan juga kanji simpanan (glikogen) dalam hati dimetabilsmakan. Ini bertujuan untuk membekalkan tenaga tambahan. b. Osmokawalan (osmoregulation) terjejas akibat daripada perubahan dalammetabolisma garam mineral. Ikan air tawar akan menyerap air berlebihan dari persekitaran (hidrat-lebih; over-hydrated) sementara ikan laut akan kehilangan air yang banyak ke persekitaran (dehidrat; dehydrated). Lebih tenega diperlukan untuk menjalankan osmokawalan.c. Peningkatan kadar respirasi dan tekanan darah, serta lebih banyak sel darah merahsimpanan dibebaskan ke sistem pengaliran darah.d. Gerakbalas inflamasi (imun) direncat oleh penghasilan hormon dari kelenjar adrenal.12. Dalam setiap wabak penyakit, tidak semua ikan akan dijangkit dan mati. Ini bergantungkepada bagaimana gerakbalas individu ikan terhadap sesuatu patogen berpotensi.13. Ikan mempunyai 4 batas (barriers) pertahanan untuk perlindungan daripada jangkitan :a. Mukus (selaput lendir) – Batas fizikal yang menghalang kemasukan patogen dari persekitaran ke badan ikan. Ia juga satu batas kimia yang mengandungi enzim(lysozymes) dan antibodi. b. Sisik dan kulit – Batas fizikal yang melindungi ikan dari kelukaan. Biasanya lukamembuka peluang untuk jangkitan patogen.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->