You are on page 1of 3

Kaedah Teknik Talaqqi Musyafahah dan Tikrar (Tilawah) Pendahuluan Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik yang dapat

diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) tilawah al-Quran. Menurut Mohd. Yusuf Ahmad didalam bukunya yang berjuduk Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran menyatakan antara kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran ialah Talaqqi, Musyafahah dan Tasmi. Talaqqi. Talaqqi pada bahasa ialah pertemuan secara bersemuka atau berhadapan. Manakala pada istilah pula ialah pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Musyafahah Musyafahah pada bahasa ialah sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakan dua bibir. Manakala pada istilah pula ialah murid menerima pengajaran guru secara melihat pergerakan bibir guru dan menyebut atau mengikutnya. Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. Kaedah melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah Guru hendaklah bersemuka dengan pelajar Guru memperdengarkan bacaan kepada murid dan meminta pelajar memerhatikan gerakan bibir dengan teliti. Guru perlu mengulang-ulang bacaan yang diperdengarkan kepada murid. Selepas guru memperdengarkan bacaan, guru meminta pelajarnya membacanya dan guru mendengar dengan teliti dariseg sebutan dan makhraj serta hukum tajwid. Guru membetulkan kesalahan bacaan pelajar.

Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajaran Bidang Tajuk : Pendidikan Islam : Tilawah al-Quran : Bacaan Surah Quraiysh ayat 1-4

Kemahiran : Membaca mengikut hukum tajwid dan mahraj yang betul. Kaedah : Talaqqi Musyafahah

Penyerapan ilmu: Bahasa Arab.

Hasil Pembelajaran Murid dapat membaca ayat 1- 4 surah dengan bertajwid.

Penerapan nilai 1. Adab membaca al-Quran 2. Membaca surah tersebut dalam solat 5 waktu sehari semalam.

Bahan Bantu Mengajar 1. Mushaf al-Quran 2. Kad Ayat 3. LCD Masa : 1100-1200

Kaedah Penyampaian. - Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan. Guru meminta pelajar memerhati ayat tersebut di LCD serta mengikut bacaan secara perlahan. - Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat menguasai ayat tersebut.

- Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut secara kumpulan dan individu. - Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid, memperdengarkan bacaan di hadapan kelas. - Sebagai penutup guru menyarankan pelajar untuk mengamalkan surah yang diberi dalam solat 5 waktu sehari semalam.

You might also like