Soalan 1Kepentingan Hutan Kepada Ekonomi NegaraHutan diakui begitu berharga kepada sektor ekonomi negara.Dianggarkansejumlah 6.2 juta hektar hutan dikhaskan bagi tujuan ekonomi negara.Diantaranya,hutan memainkan peranannya sebagai sumber pembalakan.Dalampengurusan seumpama itu, pembalakan di kawasan yang dibenarkan perlumenepati syarat tertentu iaitu hanya antara tujuh hingga 12 pokok yang ditebangdaripada 500 pokok dalam setiap kawasan satu hektar.
Pokok yang ditebangpula perlu melebihi diameter 45 sentimeter dan pemilihan pokok dibuat supayaanak-anak pokok baru berpeluang mendapat cahaya yang mencukupi untukmembesar selain mewajibkan penanaman semula.
Pengurusan teratur itumembolehkan 1.65 hektar hutan balak yang ditebang kini ditanam semula,termasuk 64 kawasan sebagai hutan rekreasi dan 90,000 hektar penanamanbalak komersil.Berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia,jumlah eksport produk kayu kayan utama bernilai hampir RM 3600 juta pada tahun 2000.Selain itu,hutan juga dapat meningkatkan ekonomi negara melalui sektor pelancongan.Hutan tropika juga boleh sebagai tempat riadah kerana keindahandan keunikannya telah menarik individu atau kumpulan yang berminat. Hutan ini juga sesuai untuk pergi bersiar-siar serta melakukan aktiviti luar sepertimerentasi hutan sambil belajar dan tempat untuk menikmati keadaan yangpenuh dengan misteri kerana kepelbagaian spesiesnya. Mengikut Kajian FakultiPerhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), hutan tropika negara dihuni 15,000spesies tumbuhan berbunga, 300 spesies mamalia, 700 spesies burung, 300spesies reptilia, 165 spesies amfibia, 300 spesies ikan air tawar dan berjuta-jutaspesies serangga.
2