You are on page 1of 13

Topik1 Pengenalan


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan beberapa definisi dan konsep gaya hidup sihat; 2. Membandingkan dua komponen gaya hidup sihat; 3. Menghuraikan kepentingan gaya hidup sihat terhadap kesihatan individu, agensi kerajaan dan swasta serta negara; dan 4. Menjelaskan peranan dan usaha agensi penggerak di Malaysia dalam mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

GayaHidup Sihat

PENGENALAN
To keep the body in good health is a duty,.. otherwise we shall not be able to keep our mind strong and clear. ~ Buddha Kata-kata Buddha ini memang ada kebenarannya. Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat boleh dicapai oleh seseorang individu dengan mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan juga mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Setiap individu daripada pelbagai kategori umur di nasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal sekurangkurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi dan mengamalkan pemakanan yang rendah lemak, gula dan garam. Menurut penyelidik-penyelidik di bidang sains sukan, corak gaya hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kini, masyarakat kita mula mengamalkan gaya hidup sihat

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

ekoran daripada kesedaran yang mendalam yang penyakit kronik wujud daripada corak kehidupan yang tidak sihat.

1.1

FALSAFAH, DEFINISI DAN KONSEP

Sebagai permulaan, kita akan cuba memahami konsep asas gaya hidup sihat dengan melihat pelbagai definisi yang dikemukakan. Secara umumnya, gaya hidup sihat berkait rapat dengan konsep kualiti hidup. Ia melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik. Dengan demikian, kualiti hidup merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi meliputi juga aspek lain seperti sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar. Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan, taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara. Masyarakat yang mempunyai gaya hidup yang sihat dikatakan mempunyai kualiti hidup yang tinggi. Namun, masyarakat yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi tidak semestinya mempunyai gaya hidup yang sihat. Sebagai contoh, seorang penghidap kanser paru-paru yang mempunyai segala kemewahan dikatakan tidak mempunyai gaya hidup yang sihat kerana amalan menghisap rokok terlalu kerap telah menjejaskan kesihatannya.

1.1.1

Definisi dan Konsep Gaya Hidup Sihat

Rajah 1.1: Buah epal sebagai simbol kesihatan

Anda sudah tentu pernah dengar peribahasa Inggeris an apple a day keeps the doctor away (Rajah 1.1). Adakah ia membantu anda meneka definisi gaya hidup sihat? Apabila kita sebut gaya hidup yang sihat, ramai yang menganggap ia hanya berkaitan senaman dan pemakanan seimbang.

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Secara umumnya, takrifan mengenai gaya hidup sihat adalah satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko. Menurut Lyons R. dan Langille L. (2001) di dalam kajian mereka, konsep gaya hidup sihat dikategorikan sebagai satu k kehidupan yang seimbang di mana seseorang membuat satu pilihan dengan bijak. Walau bagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor. Mereka juga menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu kehidupan. Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946) pula mentakrifkan perkataan sihat sebagai: Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

1.1.2

Konsep dan Matlamat

Konsep dan matlamat gaya hidup sihat adalah universal. Matlamat utama gaya hidup yang sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Untuk jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan akan melahirkan sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau muda, kaya atau miskin.

1.1.3

Komponen-komponen Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kecergasan. Kecergasan bukan sahaja mementingkan aspek fizikal tetapi meliputi keseimbangan dari segi mental, emosi, rohani dan sosial. Kecergasan fizikal adalah kemampuan seseorang melakukan sesuatu aktiviti tanpa merasa cepat penat. Terdapat dua komponen di dalam kecergasan fizikal iaitu, kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

(a)

Kecergasan Fizikal berasaskan Kesihatan Kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan melibatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi. Aspek ini dikenal pasti mampu mencegah seseorang daripada penyakit seperti kardiovaskular, obesiti dan penyakit-penyakit yang berkaitan otot dan tulang. Komponen-komponen dalam kecergasan fizikal adalah: daya tahan kardiovaskular; (i) (ii) daya tahan dan kekuatan otot; (iii) fleksibiliti; dan (iv) komposisi badan.

(b)

Perlakuan Motor Perlakuan motor bermaksud fungsi dan kemampuan individu bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, berdaya kuasa, kuat, berdaya tahan dan berkemahiran. Komponen-komponen yang terdapat dalam perlakuan motor ialah: (i) kepantasan; (ii) imbangan; (iii) ketangkasan; (iv) kuasa; (v) masa reaksi; dan (vi) koordinasi.

Dalam topik ini, kita hanya menekankan kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan sahaja (Jadual 1.1).
Jadual 1.1: Komponen kecergasan fizikal KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL 1. Daya Tahan Kardiovaskular DEFINISI

Keupayaan jantung, saluran darah dan paru-paru mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal. Merujuk kepada kemampuan sesuatu otot atau kumpulan otot melakukan kerja berulang kali atau berterusan dalam tempoh masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu. Keupayaan melenturkan badan dan sendi-sendi tulang. Peratusan lemak badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan yang lain.

2. Daya Tahan dan Kekuatan Otot

3. Fleksibiliti 4. Komposisi Badan

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

1.2

KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT TERHADAP KESIHATAN INDIVIDU, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN NEGARA

Di zaman yang serba kemodenan, masyarakat kini kurang mengambil berat tentang aspek kesihatan diri dan sebaliknya hanya mementingkan wang ringgit dan kebendaan semata-mata. Sikap sebegini tidak wajar diamalkan kerana tanpa gaya hidup yang sihat masyarakat tidak akan dapat menikmati segala kekayaan dengan sempurna. Justeru itu, amalan hidup sihat amat penting untuk menjamin tahap kesihatan yang selesa.

1.2.1

Kesihatan Individu

Individu yang cergas dan sihat merupakan salah satu daripada asas yang penting untuk memastikan negara kekal maju dan membangun. Biasanya apabila taraf hidup kita meningkat, cara hidup kita akan berubah dan pemakanan juga berubah sehingga kita lupa kepada pentingnya menjaga kesihatan diri. Justeru itu, tidak hairanlah ramai individu masa kini berisiko menghidap pelbagai jenis penyakit seperti hipertensi, kanser paru-paru, kencing manis, buah pinggang dan lain-lain lagi. Hipertensi adalah satu penyakit berbahaya kerana ia membebankan jantung dan ini menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik degeneratif seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung dan sakit jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, buah pinggang dan otak serta boleh membawa kepada kematian. Di samping itu, seseorang individu yang tidak mengamalkan cara hidup sihat berisiko mendapat obesiti (kegemukan) di mana ia juga akan menjejaskan penampilan diri seseorang (Rajah 1.2). Akibat daripada keadaan fizikal itu, ada sesetengah individu sanggup memakan pelbagai jenis pil pelangsing yang berbahaya sebagai jalan penyelesaian mudah sehingga sanggup memudaratkan kesihatan.

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Rajah 1.2: Secara teknikal, anda dikatakan obes sekiranya berat badan anda lebih 10% daripada Indeks Jisim Tubuh (BMI). Sumber: health.indiamart.com/.../index.html

1.2.2

Agensi Kerajaan dan Swasta

Bagi agensi kerajaan dan swasta, amalan gaya hidup yang sihat amatlah penting dan sangat dititikberatkan. Ini adalah kerana, kakitangan kerajaan dan swasta merupakan nadi penggerak bagi sesuatu syarikat atau organisasi. Tanpa mereka, sesebuah organisasi tidak akan dapat beroperasi dengan efektif lalu menjejas produktiviti.

Rajah 1.3: Tekanan di tempat kerja boleh menjejas kesihatan diri lalu mengganggu konsentrasi di tempat kerja.

Stres atau tekanan adalah satu penyakit psikologi yang selalu dialami oleh kakitangan kerajaan dan swasta (Rajah 1.3).

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Stres boleh ditakrifkan sebagai tekanan yang berlaku ke atas diri seseorang berpunca daripada rangsangan luaran dan dalaman. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti beban kerja serta masalah dengan rakan sekerja. Seseorang yang mengalami stres tidak dapat mengawal perasaan dan emosi. Mereka juga tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti negatif seperti menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah untuk menghilangkan tekanan. Ada juga di antara mereka yang sanggup melakukan kegiatan jenayah seperti memukul orang, mengugut dan membunuh. Berikut adalah beberapa petikan daripada akhbar tempatan, Utusan Malaysia yang memaparkan gejala sosial yang melanda rakyat yang menghadapi tekanan.

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

AKTIVITI 1.1
Kita berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan setiap hari. Kadangkala, kita sendiri tidak perasan akan tekanan di sekeliling kita. Pakar mental menggalakkan kita mengetahui sejauh mana kita boleh mengurus tekanan. Sila layari laman web www.stressless.com dan lengkapkan soal selidik Free Stress Quiz untuk mengenal pasti bagaimana anda mengawal tekanan. Bagaimanakah anda dapat memperbaiki reaksi anda terhadap tekanan?

1.2.3

Negara

Tanpa amalan gaya hidup yang sihat, negara akan kehilangan rakyat untuk membangunkan negara. Rakyat adalah aset yang penting untuk sesuatu negara kerana ia mencerminkan keharmonian dan keamanan. Justeru itu, untuk mengecapinya rakyat mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Rakyat yang lemah dari segi fizikal dan mental boleh menjejaskan kestabilan negara. Untuk menjadi negara yang terkenal, membangun dan berdaya saing, rakyat mestilah menjaga mutu kesihatan dengan bersenam serta menjaga pemakanan. Negara yang maju tiada ertinya sekiranya rakyat lemah dan sentiasa berpenyakit. Ia akan mencemarkan nama baik dan reputasi negara selaku Negara Sedang Membangun dan seterusnya akan membantutkan kegiatan ekonomi negara. Akhirnya, negara akan tidak stabil dan kerugian kerana rakyatnya yang tidak produktif.

1.3

PROMOSI HIDUP SIHAT

Promosi gaya hidup sihat merupakan satu aktiviti yang dilakukan untuk menggalakkan masyarakat terus bergiat aktif dalam kehidupan seharian dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

1.3.1

Agensi Penggerak Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri

Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri merupakan induk penting dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

1.3.2

Kaedah Promosi

Pelbagai kaedah promosi telah dijalankan bagi memastikan masyarakat terus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan menaik taraf segala kemudahan dan prasarana sukan dan rekreasi seperti taman-taman rekreasi, padang, gelanggang dan alat-alat permainan di peringkat negeri, bahagian, daerah dan kampung. Di samping itu, kerajaan juga cuba mendapatkan bantuan lebih ramai pakar kesihatan untuk membuat kajian terhadap beberapa wabak penyakit yang dihadapi rakyat agar ianya dapat dibendung lebih awal. Langkah ini adalah penting untuk meyakinkan penduduk dan masyarakat setempat bahawa kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti dan memandang berat isu kesihatan rakyat demi melahirkan masyarakat cergas dan sihat agar negara lebih maju. Dengan peruntukan yang tinggi yang diberikan kepada setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan, kerajaan berharap agar setiap kemudahan digunakan oleh masyarakat dengan sebaik-baiknya. Di samping itu, kerajaan juga dalam Rancangan Malaysia ke-8 telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Belia dan Sukan dalam merencanakan pelbagai aktiviti kesihatan seperti mengadakan pelbagai karnival dalam mempromosikan kempen Gaya Hidup Sihat". Di antaranya ialah Kempen Cara Hidup Sihat yang bertemakan Sihat Sepanjang Hayat yang dijalankan setiap tahun. Kempen ini memberi penekanan dan fokus terhadap amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk mempromosikan kesihatan mereka. Kedua-dua artikel ini menunjukkan promosi kerajaan ke arah melahirkan warga yang mementingkan kesihatan diri.

10

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

500 sertai kempen kesihatan percuma

150 anggota polis jalani pemeriksaan kesihatan

(Berita Harian, Rabu - 26 April 2002) Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Malaysia) - Kempen pemeriksaan
kesihatan percuma dan menabung dengan institusi kewangan memberi ruang kepada lebih 500 masyarakat Islam termasuk kanak-kanak menyertai kempen itu di pekarangan Masjid Jamek Padang Lalang, Seberang Perai Tengah. Program itu membolehkan ahli kariah di situ mendapatkan pemeriksaan kesihatan tekanan darah tinggi dan kencing manis dari Pegawai Perubatan Hospital Bukit Mertajam.

(Utusan Malaysia, Isnin - 1 April 2002) Pulau Pinang, (Malaysia) - Seramai 150
anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalani pemeriksaan kesihatan di Mes Pegawai Kanan, Jalan Lahat di sini. Pemeriksaan yang dijalankan oleh kakitangan Hospital Lam Wah Ee, dianjurkan dengan kerjasama polis dan Kelab Lions Georgetown. Mereka berpeluang menjalani pemeriksaan bagi menguji tahap penglihatan, tekanan darah dan kadar gula dalam darah masingmasing. Untuk memberi perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat adalah penting mempunyai tahap kesihatan yang cemerlang. Anggota polis perlu sentiasa berjaga-jaga dengan mementingkan penjagaan diri bagi mengelakkan mereka terkena penyakit-penyakit kronik.

1.3.3

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar merangkumi kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Keutamaan adalah diberikan kepada kumpulan kanak-kanak kerana pada peringkat ini mereka boleh dididik untuk mengamalkan corak gaya hidup sihat sehingga dewasa. Ini menjadi sasaran dan matlamat utama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kumpulan sasar yang lain seperti remaja, dewasa dan warga emas tidak di ketepikan juga kerana tahap kesihatan kumpulan ini juga perlu diubah supaya menjadi lebih sihat, berkualiti dan produktif. Ini adalah kerana mereka adalah aset negara dalam membentuk modal insan yang utama untuk membangunkan negara kita pada masa kini dan juga masa hadapan. Oleh itu sebagaimana dapat kita perhatikan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mensasarkan kepada kumpulan tertentu sahaja dalam usaha mereka untuk menerapkan corak gaya hidup sihat ini tetapi menetapkan matlamat merentasi generasi dari usia kanak-kanak sehingga ke warga emas.

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

11

1.3.4

Tips Gaya Hidup Sihat

Kita boleh mengamalkan tip-tip ini untuk menikmati gaya hidup sihat.

12

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

AKTIVITI 1.2
(a) Cuba anda senaraikan tip-tip gaya hidup sihat yang lain dengan melayari internet.

TOPIK 1

PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

13

Aris Fazil H.U., Borhan Y., & Abd. Halim M.S. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Paul Insel, R. Elaine Turner, & Don Ross (2002). 2002 update: Nutrition. Sudbury, Massachusetts: Jones And Bartlett Publishers.

You might also like