You are on page 1of 1

PENGENALAN

Matematik adalah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan nombor.Di mana dengan nombor kita dapat tahu tentang nilai. Matematik yang juga merupakan asas kepada pelbagai ilmu pengetahuan di dunia. Sebagai guru matematik sekolah rendah, perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak peringkat operasi konkrit,faham kebolehan dalam aktiviti pembelajaran perlu dititikberatkan. Di mana alat bantu mengajar amat diperlukan untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan. Penggunaan kaedah dan teknik yang menarik, bahan Bantu mengajar yang sesuai dan releven. Sudah tentu dapat menimbulkan motivasi dan keinginan murid untuk belajar. Bagi mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan,sebagai seorang guru yang cemerlang mestilah merancang Pengajaran yang berkesan dengan menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen yang penting bagi seseorang guru. RPH adalah langkah-langkah kerja yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru dikelas bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetap. RPH sepatutnya mengandungi apa yang guru akan buat, bagaimana untuk melaksanakannya dan jangkaan apayang pelajar akan laksanakan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. RPH ditulis berdasarkan format tentu. Perkara-perkara yang perlu ada dalam RPH ialah tajuk , hasil pembelajaran, pengetahuan sedia ada ,bahan bantu mengajar ,set induksi,

perkembangan isi pelajaran, penilaian, penutup. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh guru semasa menyediakan RPH. Perkara-perkara tersebut ialah hasil pembelajaran, peruntukan masa, pengetahuan sedia ada murid, saiz kelas, bahan bantu mengajar, tahap keupayan murid, kemahiran berfikir dan nilai murni, pendekatan pengajaran.

You might also like