LAPORAN
MAJLIS BERTEMU WARIS DAN JAMUAN HARIRAYA AIDILFITRI PPKI SK MATANG
Majlis bertemu waris dan majlis dan jamuan hari raya aidilfitri PPKI SKMatang telah diadakan pada 19 Oktober 2009 di SK Matang . Tujuan utamamajlis ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan beramah mesra sertamemupuk perpaduan ( SATU MALAYSIA ) di antara pentadbir SK Matang, guru – guru serta ibu bapa dan murid – murid pendidikan khas.. Guru Besar, guru-guru dan ibubapa para murid pendidikan khas turut dijemput hadir pada majlistersebutMajlis bermula pada jam 8.00, di mana ibu bapa telah menandatangani bukurekod prestasi dan kad laporan murid.Selesai untuk sesi tersebut tepat pada jam9.15pagi ibu papa dan guru telah berkumpul di dewan dan mereka di hiburkandengan persembahan nasyid oleh murid-murid..Majlis juga diselitkan denganucapan dari Guru besar dan esterusnya upacara penyerahan duit raya kepadasemua murid-murid PPKI.Setelah selesai ibu papa telah dijemput bersama murid dan guru untukmenikmati hidangan di kantin. Pelbagai hidangan telah disediakan secarabergotong royong oleh para guru dan beberapa orang Pembantu PengurusanMurid (PPM) sendiri. Antara hidangan yang disediakan ialah nasi impit, kuahkacang, lemang, rendang, laksa, bihun goreng, buah, kuih bahulu dan beberapamakanan ringan yang lain serta kuih yang disumbangkan oleh guru-guru dan ibubapa.Majlis turut diserikan lagi dengan dendangan lagu raya.Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari
Leave a Comment