You are on page 1of 3

Terangkan 5 implikasi kecerdasan pelbagai murid kepada guru dalam proses p&p 1.

Guru dapat mengenalpasti kecerdasan murid mengikut tahap masing-masing dengan pengetahuan sedia ada guru yang mengetahui kecerdasan murid dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, dan juga faktor motivasi. Jadi, ini akan memudahkan para guru untuk menilai pelajarnya yang mempunyai kecerdasan yang berbeza serta guru dapat mengembangkan bakat sedia ada murid semasa mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 2. Membantu guru untuk merancang pengajaran. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada murid tentang cara pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri murid dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini. 3. Guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana, sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain. 4. Guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak mengehadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar. Oleh itu, suasana pembelajaran yang sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi, bersemangat dan berketerampilan untuk pelajar keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana yang kolaboratif di antara guru dan pelajar di sekolah. 5. Guru juga dapat mengasah bakat pelajar dengan kefahaman yang kukuh terhadap teori kecerdasan pelbagai ini. Guru boleh mengenal pasti cita rasa pelajar dengan tepat untuk membantu membangunkan daya kreativiti pelajar tersebut.

Kepada murid 1. Pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu di sekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka. 2. Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikalmatematik dan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberi perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. 3. Memberi peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan negara. 4. Dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk melalui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya. 5. Dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Ini

kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk datang ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan. 6. Dalam konteks ini, kesan yang wujud ekoran daripada penerapan ataupun apabila mengaplikasi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat membantu pelajar untuk memperoleh apa yang perlu untuk kehidupan di abad yang akan datang. Dalam hal ini, pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang kesemua kecerdasan pelbagai yang terdapat serta pelajar-pelajar cuba aplikasikan dengan menggunakan kemahiran berfikir untuk kehidupan harian mereka dan untuk hari yang akan mendatang. Justeru, pelajar dapat menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih bermakna. 7. Selain itu, kesan terhadap diri pelajar yang seterusnya ialah dapat membentuk pemahaman tentang motivasi pelajar itu sendiri. Dalam konteks ini, apabila aplikasi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik maka, ini akan dapat memberi sedikit sebanyak motivasi kepada pelajar untuk terus belajar.

You might also like