• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 9
    CommentGo Back
 
Bab 1 : Pernikahan
1. Takrif Nikah :
i)Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.ii)Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulandan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelakidengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.
2. Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan didalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud :
" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya iabukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )
3. Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut olehsyarak adalah seperti berikut :
Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yangkamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) makaberkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )
Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yangmampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin,hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkanmatanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannyadan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itumenjadi benteng". ( Riwayat Muslim )
Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinanitu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.
4. Hukum berkahwin itu ada empat :
 
1.
Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2.
Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3.
Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4.
Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.
5. Rukun-rukun nikah :
Lelaki yang bakal menjadi suami.
Perempuan yang bakal menjadi isteri.
Wali yang adil
Dua orang saksi yang adil
Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)
 
6. Syarat-syarat lelaki bakal suami :
1.
Beragama Islam
2.
Tidak berihram haji atau umrah
3.
Lelaki tertentu
4.
Belum mempunyai empat isteri
5.
Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
6.
Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)
7. Syarat-syarat perempuan bakal isteri :
1.
Beragama Islam.
2.
Perempuan yang tertentu.
3.
Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4.
Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5.
Tidak berihram haji atau umrah.
8. Syarat-syarat wali :
1.
Beragama Islam.
2.
Seorang lelaki.
3.
Baligh.
4.
Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
5.
Tidak berihram haji atau umrah.
6.
Orang yang adil ( tidak fasiq ).
7.
Seorang yang sempurna akalnya.
9. Syarat-syarat saksi :
1.
Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
2.
Beragama Islam.
3.
Berakal
4.
Baligh
5.
Lelaki.
6.
Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur).
7.
Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul.
8.
Orang yang adil (tidak fasiq)
10. Sighah Ijab:
1. Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafazitu dalam apa jua bahasa.2. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah /berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".
 
Sighah Qabul
: Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelahselesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yangpanjang.Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai" .
11. Tanggungjawab suami kepada isteri :
1.
Pemberian maskahwin.
2.
Pemberian nafkah.
3.
Berkelakuan baik.
4.
Memberi bimbingan.
5.
Menjaga kehormatan isteri.
6.
Memberi layanan zahir dan batin.
7.
Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.
12. Tanggungjawab isteri kepada suami :
1.
Wajib taat kepada suaminya.
2.
Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya.
3.
Wajib menjaga kehormatan dirinya.
4.
Wajib menjaga rumahtangganya.
5.
Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.
13. Tanggungjawab bersama suami dan isteri :
1.
Halal pergaulan sebagai suami-isteri.
2.
Suci benih keturunan.
3.
Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya.
4.
Sah taraf anak (keturunan) kepada suami.
5.
Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.
6.
Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.
7.
Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.
Sumber Rujukan :
1.
Fiqh Imam As-Syafie - Hj. Idris bin Ahmad .
2.
Ringkasan Munakahat - Ibnu Rahmat .
Bab 2: Kufu Dalam Pernikahan
1.Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan.2.Kufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaanmasing-masing, maka bolehlah memfasakhkan nikahnya itu dengan alasan tidakkufu.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

mcm ne nk copy maklumat dr scribd

macamne nak tengok jawapan bagi setiap comment yang di beri

asslmualaikm..saya akan berkahwin dalam masa semiggu..tetapi saya tiada seddikit pun perasaan pada bakal suami saya.tetapi saya terpaksa teruskan penikahan ini demi desakan ibu bapa.apakah yang patut saya lakukan..jika saya teruskan saya takut tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.jika saya menolak pernikahan ini saya akan men jadi anak derhaka..apakan yang patut saya lakukan..tolonglah..saya buntu..

assalamualikum....saya sudah hapir 3 tahun mendirikan rumah tangga....sampai sekarang belum di kurniakan zuriat....hati saya tidak ada pada suami saya...perasaan jugak begitu...ada kah berdosa jika saya bersama tetapi hati tidak suka

Di harap penyebar atau pun pengarang tajuk hal pekahwinan ini dapat mencarai atau pun memberi tunjuk ajar yang sah di segi hukum.. 1. Apakah Sah hukum nya yang telah di jatuhkan olih mahkamah atas tuntutan Fasakh yang dituntut olih isteri atas alasan pihak suami gagal memeberi nafkah selama 3 bulan didalam masa pebicaraan dan ketika ini juga pihak suami di larang keras daripada memasuki ke rumah kelamin..jadi suami terpaksa tinggaldi tempat yang lain...

bagaimana nak copy notes diatas?

Saya dalam tempuh iddah melalui talak raji. Apakah hukumnya jika bersentuhan atau bersama dengan suami dalam tempoh iddah tersebut

bagaimana kita menyikapinya saja ?

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...