Enam dimensi kepimpinan yang diutarakan oleh Leithwood & Jantzi (1997) adalahdisesuaikan dari dapatan kajian empirikal untuk penyesuaian di sekolah ( Leithwood,1994; Leithwood & Steinbach, 1995). ).Dimensi-dimensi tersebut adalah:
•
Pembentukan visi dan matlamat - Tingkahlaku Pengetua yang bertujuan untukmengenalpasti peluang-peluang baru kepada sekolah, membentuk, menghubungdan mengilhamkan guru-guru dengan visi masa depannya dan membentuk kata –sepakat (consensus) tentang matlamat dan keutamaan-keutamaan sekolah.
•
Pembentukan stuktur pemuafakatan dalam membuat keputusan -TingkahlakuPengetua yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan guru-guru dalammembuat keputusan dan menanamkan sifat-sifat kepimpinan kepada guru-guru.
•
Menonjolkan amalan profession yang baik - Menunjukkan tingkah-laku yangboleh dicontohi oleh guru-guru dan menunjukkan sikap keterbukaan untukmembuat perubahan berdasarkan idea-idea atau kefahaman yang baru.
•
Memberikan sokongan secara individu - Menunjukkan rasa hormat danpenghargaan kepada guru-gurunya dan mengambil berat tentang perasaan dankeperluan mereka.
•
Menyediakan ransangan intelektual - Tingkah laku Pengetua yang mencabar guru-guru supaya mengkaji semula andaian-andaian tentang tugas-tugasmereka dan berfikir semula bagaimana tugas-tugas tersebut boleh atausepatutnya dilakukan.
•
Menjangkakan hasil kerja yang terbaik. - Tingkahlaku Pengetua yangmenunjukkan pengharapannya untuk melihat kecemerlangan, kualiti dan hasilkerja yang terbaik dari guru-guru.Menurut Mohd Salleh Lebar (2000), dalam konsep bilik darjah di Malaysia,keberkesanan Kepimpinan Transformasi boleh dilakukan dengan cara berikut:
•
Menggalakkkan guru-guru berkongsi pendapat untuk menyelesaikanmasaalah.Mengharapkan guru-guru memahami misi dan visi sekolah yanghendak dicapai.
•
Mengharapkan guru-guru bekerja sebagai satu pasukan.
•
Menghargai jasa dan peranan guru dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.
•
Pengetua selalu memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk membantukerja-kerja yang dianggap mencabar.
Add a Comment
fid307@yahoo.comleft a comment