You are on page 1of 5

Terdapat 4 aspek daripada kerja kursus Sukan Rekreasi yang mahu dikongsi bersama. Moga bermanfaat.

^_^ - Pengenalan kepada Sukan Dan Rekreasi. - Konsep Sukan dan Rekreasi - Kepentingan rekresasi dalam kurikulum sekolah - Jenis-jenis rekreasi 1. Pendahuluan Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek yang tersenarai dalam jadual waktu sekolah pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Subjek ini penting kerana pelajarpelajar dapat meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal mereka sekaligus menjana pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani , intelek dan sosial. Aspek JERIS ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara kerana hasrat Negara mahu melahirkan modal insan kelas pertama yang bukan sahaja bernas idea fikirannya tetapi juga aktif dalam bidang kokurikulum dan pandai bergaul. Hal ini menunjukkan Pendidikan Jasmani merupakan subjek yang penting . Aspek jasmani penting bagi seorang pelajar kerana hakikatnya, seorang pelajar yang sihat mampu menjadi pelajar yang aktif di dalam kelas lantaran dia mempunyai badan yang sihat. Di dalam Pendidikan Jasmani, bukan aspek jasmani sahaja yang ditekankan kerana pelajar juga belajar menguruskan stress, menajamkan fikiran, bergaul dengan rakan-rakan dan masyarakat serta menerapkan elemen-elemen rohani mengikut kepercayaan masing-masing. Sukan rekreasi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani. Menurut Mohd Salleh Aman (2004), rekreasi boleh didefinisikan sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. 2. Konsep rekreasi Konsep rekreasi seringkali dikaitkan dengan personal fulfillment atau kepuasan kendiri . Kepuasan kendiri ini mampu memberikan impak yang besar terhadap seseorang individu memandangkan tingkah laku seseorang yang maju ataupun mundur akan menentukan kualiti kerjanya. Kepuasan kendiri ini member kesan kepada individu itu sendiri, tempat kerja, rakanrakan, keluarga, masyarakat dan Negara. Semakin ramai penduduk Malaysia sekarang yang sedar akan perihal rekreasi ini dan kepentingannya malah terdapat pertubuhan yang menyokong aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan. Selain kepuasan kendiri , konsep rekreasi ialah apresiasi estetika. Apresisasi estetika membawa maksud penghargaan tehadap alam semula jadi. Tidak dinafikan, seorang pengembara hutan lebih menghargai flora dan fauna ciptaan Tuhan berbanding orang awam yang tidak

pernah mengembara. Mereka lebih mengutamakan kebersihana dan tidak membuang sampah ke merata-rata tempat. Rekreasi juga menekankan gaya hidup sihat. Sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi. Seringkali perkara ini dipandang enteng oleh masyarakat kerana merasakan mereka sudah mampu menjadi insane seimbang tanpa bersukan. Perkara ini salah sama sekali kerana pembentukan personality seimbang bukan mudah sepeti yang diujarkan. Gaya hidup sihat memerlukan seseorang yang mampu mengatur masa untuk bekerja, belajar, bermain dan bersantai bersama keluarga dengan bijak. Amalan pemakanan sihat juga perlu dipantau kerana kini, masyarakat semakin mengutamakan makanan segera yang mudah didapati dan sedap. Hakikatnya, makanan segera tidak mempunyai zat yang mencukupi untuk perkembangan pertumbuhan. Nyata,jelaslah bahawa, Sukan dan Rekreasi mendokong konsep yang jelas dan memberi manfaat kepada orang ramai. 1 3. Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah Terdapat 5 komponen yang ditekankan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu, jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Pendidikan jasmani penting kerana terdapat berbagai-bagai faedah dapat diperolehi dalam subjek ini antaranya : 1. Pelajar cergas dan sihat Pelajar yang terlibat aktif dalam sukan dapat menjadi lebih sihat berbanding rakan-rakannya yang lain. Selain itu, mereka lebih matang memandangkan mereka dapat mengaitkan 3 komponen penting dalam pendidikan jasmani iaitu, aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Peluh akibat bersukan pula dapat mengurangkan kandungan toksik-toksik dalam badan seseorang. Sebagai contoh, pelajar yang selalu mengamalkan aktiviti skipping atau jump rope dapat menyihatkan jantung. Dengan ini, pelajar tersebut dapat menjadi lebih sihat dan belajar dengan lebih proaktif manakala pelajar yang tidak aktif akan sentiasa lesu dan tidak mampu menjadi modal insan kelas pertama. 2. Pelajar dapat menangani tekanan Pembelajaran di sekolah boleh jadi satu perkara yang membebankan. Pelajar-pelajar akan merasa stres dengan kerja rumah yang banyak dan kelas yang memenatkan. Jadi, ketika subjek Pendidikan Jasmanilah para pelajar dapat menghilangkan stres dengan bermain di padang mahupun ketika kokurikulum sukan. Perkara ini akan menyeimbangkan pelajar itu dengan pembelajaran akademik dan sukan. Di samping itu, hormon serotonin akan dihasilkan memandangkan Pendidikan Jasmani dan Sukan Rekreasi merupakan subjek yang menyeronokkan. Dengan ini, pelajar yang mempunyai emosi yang ceria dapat mengatasi masalah tekanan dan kemurungan dalam diri mereka serta mampu membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian mereka.

3. Meningkat kemahiran bersosial Kemahiran bersosial merupakan kemahiran yang tidak dipelajari secara bertulis kerana kemahiran ini memerlukan individu tersebut berinteraksi secara lansung dengan masyarakat sekelilingnya. Pelajar yang mampu bersosial dengan baik , mempunyai self-esteem yang tinggi kerana pelajar tersebut berani dan tidak gentar dengan orang lain. Melalui subjek Sukan Rekreasi, pelajar perlu berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain kerana terdapat banyak aktiviti yang memerlukan kerjasama. Setiap individu bertanggungjawab menjaga kepentingan kawan-kawan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran bersosial mereka. Kini, terdapat ramai anak mudak yang mengamalkan sosial bebas dan sosial liar. Perkara ini amat menyedihkan kerana mereka merosakkan diri sendiri. Maka guru di sekolah wajib mengajarkan pelajar kaedah yang sesuai untuk bersosial dengan baik. Sebagai contoh, pelajar yang menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah perlu membantu rakan-rakan mereka yang cedera dan dalam kalangan ahli persatuan itu sendiri, mereka perlu bekerjasama untuk menyelamatkan rakan mereka. Tanpa kemahiran komunikasi dan sosial yan baik, ahli-ahli dalam persatuan itu tidak dapat bekerjasama dan mungkin mencetuskan pergaduhan. Disebabkan itulah, kemahiran bersosial ini penting. 4. Membina sahsiah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar Sukan Rekreasi mampu membina sahsiah diri pelajar cemerlang. Tidak dinafikan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga menerapkan nila-nilai murni dalam diri seorang pelajar. Namun, Sukan Rekreasi juga mampu melakukan perkara yang sama untuk membangunkan peribadi mulia seorang pelajar. Kelab-kelab permainan di sekolah acapkali menganjurkan pertandingan seperti pertandingan bola sepak, bola jarring dan sebagainya. Sudah menjadi adat permainan, ada menang dan ada kalah. Kumpulan yang kalah perlu belajar menerima kekalahan dan belajar daripada kumpulan yang menang. Perkara ini mampu mematangkan pelajar agar mereka tidak terlalu kecewa jika jatuh,namun mereka harus berdiri dan membaiki kesilapan diri. Selain itu, nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan dapat diperolehi. Sesuatu kumpulan perlu bersatu-padu untuk menewaskan pihak lawan. Pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab demi kumpulan mereka , bekerjasama dan tidak mementingkan diri. Hal ini secara tidak lansung dapat memastikan pelajar tersebut memperoleh nila-nilai murni. Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). 4. Jenis-jenis Rekreasi Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Rekreasi Aktif

Rekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu,kebaikan dan sumbangannya terhadap gaya hidup sihat adalah amat besar. Rekreasi aktif memerlukan pergerakan yang cergas untuk memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai tahap ideal. Dengan melakukan senama, aktiviti sukan dan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebih segar dan mampu menjadi cergas dalam urusan kerja mereka juga. Hal ini menjadi kepada modal insane kelas pertama kepada Negara. Rekreasi pasif Seringkali rekreasi pasif menjadi pilihan orang ramai memandangkan aktiviti rekreasi pasif merupakan aktiviti yang santai dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Walaupun rekreasi ini hanya menghilang tekanan mahupun rasa bosan, namun rekreasi ini tetap relevan juga kerana tidak dapat dipertikaikan bahawa, kita juga memerlukan waktu santai untuk window shopping , membaca buku sambil mendengar muzik , untuk menenagkan diri di tempat kerja mahupun di rumah. Perbezaan Aktiviti Aktif dan Pasif Aktif Aktiviti aktif melibatkan tenaga
Seorang individu boleh menghiburkan diri dalam bentuk menggembirakan emosi dan psikologi Contoh : 1. Berenang 2. Mendaki bukit Pasif Aktiviti pasif kurang menggunakan fizikal dan bersifat relaksasi Seorang individu mbersosial dengan baik dengan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama Contoh : 1. Melawat muzium 2. Membeli belah

PENGENALAN KEPADA SUKAN REKREASI


Definisi sukan rekreasi 1. Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. 2. Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. 3. Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. 4. Konsep sukan rekreasi o Berasaskan aktiviti darat

o o o o o o o o o

Lasak Alam o Berasaskan aktiviti air o Berasakan aktiviti dalaman o Campuran kedua aktiviti o Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. o Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. o Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan. o Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka. o Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. o Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. o Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. o Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. o Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. 5. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personalitI pembangunan insan pembangunan negara gaya hidup sihat kepimpinan kecerdasan sosialisasi pendidikan sepanjang hayat dinamik kumpulan

You might also like