You are on page 1of 2

Teks pengacara majlis Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia ASP Tuan ______________________ Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion

3,Bidor Hadirin dan hadirat dipersilakan bangun untuk menyanyikan sama-sama menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat. Hadirin dipersilakan duduk. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang berbahagia, ASP Tuan _________________________, Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 3,Bidor,Yang Berusaha Tuan Hj Mohammad shaari bin khalid, yg dipertua pibg sk tapah, Yang dihormati, en. Mohammad rosli bin ahmad, guru besar sk tapah, Penolong-penolong kanan, barisan ajk guru, para guru yang setia, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Selamat datang saya ucapkan. Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana kita dapat bersama-sama menghadiri mesyuarat agung tahunan pibg sk tapah kali ke 13.

Bagi meneruskan acara dan memohon keberkatan ilahi, dipersilakan af ustaz yusri bin kamaruddin untuk membacakan doa. Jazakalllah ya ustaz. Seterusnya mempersilakan tuan hj mohammad shaari bin Khalid selaku yang dipertua pibg untuk menyampaikan ucapan. Sebagai mengenang jasa ydp pibg sesi 2013/14 dipersilakan puan hasmah binti zainal abiding penolong kanan pentadbiran sk tapah mengiringi tuan guru besar sk tapah untuk menyampaikan cenderahati. Dipersilakan. Seterusnya dipersilakan pula en. Mohammad rosli bin ahmad, guru besar sk tapah selaku penasihat pibg, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan dengan segala hormat.

Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan ini menjemput encik damanhuri bin hussin, mengiringi penolong kanan kokurikulum en amarjit singh untuk menyampaikan cenderamata. Sampailah masa dan saat ketikanya untuk kita mendengar ucapan perasmian. Dengan itu dipersilakan dengan segala hormatnya ASP Tuan _____________________________ penolong pegawai pemerintah pga batalion 3, untuk menyempurnakan perasmian mesyuarat agung pibg ke 13, Dipersilakan tuan. Terima kasih diucapkan. Sebagai tanda penghargaan dipersilakan Encik Halim bin Abdullah, naib yang dipertua pibg mengiringi tuan hj mohammad shaari bin Khalid ydp pibg untuk menyampaikan cendrahati, dipersilakan. Berakhirlah sudah ucapan perasmian mesyuarat pibg tapah 2014 , dipersilakan tuan guru besar dan penolong-penolong kanan mengiringi ASP Tuan ______________________ bergerak ke bilik sains untuk jamuan ringan. hadirin dan hadirat sekalian, sebelum mesyuarat agung diadakan, kita akan mencabut 5 penonton bertuah. Tuan-tuan diminta untuk melihat nombor masing-masing. Jika nombor tuan-puan bertuah, sila tampil kehadapan untuk mengambil hadiah. Hadirin dan hadirat sekalian, dengan ini kami menyerahkan majlis tuan hj mohammad shaari bin Khalid untuk memulakan mesyuarat agung pibg kali ke 13. Dipersilakn tuan haji.

You might also like