You are on page 1of 1

Pada 4 Mac 2014, kami telah berjaya mementaskan drama kreatif kanak-kanak yang bertajuk Si Tikus dan Singa.

Kami telah dapat banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru ketika mementaskan drama kreatif ini. Selepas semua drama kreatif telah dipentaskan, kami telah diberikan taklimat tentang kualiti dan kesesuaian drama kreatif oleh En Badrul. Beliau telah memberikan pandangannya dari segi positif dan negatif. Antara ilmu yang kami dapat kumpul selepas mementaskan drama ini ialah cara mengaplikasi seni sebagai barang hiasan ketika persembahan drama kreatif ini. Sebagai contoh, kostum pelakon-pelakon dibuat menggunakan pelbagai bahan seperti polistren, kotak dan banyak lagi. Sebagai bakal guru, perkara ini amat penting digunakan supaya proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya dapat menjadikan guru lebih kreatif. Kami juga dapat mengetahui cara mengekspresi sesuatu melalui hasil karya. Ekspresi kreatif adalah proses yang penting dalam penghasilan karya. Apresiasi seni juga melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran. Secara tidak langsung, kami dapat menerapkan amalan menjaga keindahan persekitaran melalui penggunaan bahan-bahan kitar semula. Kami juga telah menceritakan hasil kerja sendiri melalui bahan hiasan pentas dan kostum yang direka secara tidak langsung. Drama kreatif kami ini telah digabungkan dengan gerakan kreatif yang merangkumi main peranan, berlakon, menyanyi dan menari. Selepas pementasan drama kreatif ini apa yang kami dapat ialah kepentingan bekerjasama antara ahli kumpulan supaya dapat melakukan sesuatu yang menarik dan dapat menarik perhatian kanak-kanak prasekolah. Gerakan kreatif yang kami lakukan perlulah diiringi lagu supaya murid akan tertarik. Apa yang kami lihat dengan reaksi kanak-kanak prasekolah yang melihat pementasan drama ini ialah mereka gembira dan ada mengikut sikit demi sedikit pergerakan yang kami buat contohnya apabila lagu permulaan kami dimainkan, lagu Rasa Sayang dan juga Boria Suka-suka.

You might also like