You are on page 1of 33

KAJIAN MENGENAI OPERASI MT

6.0: KAJIAN MENGENAI OPERASI MATEMATIK


6.1: KAEDAH PENGAJARAN OPERASI PENAMBAHAN DALAM MATA
PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER.

ABSTRAK
Dalam kajian ini, Nur Shazlina Binti Yussoff telah mengenengahkan masalah
yang dihadapi oleh Patrick, seorang murid berkeperluan khas (slow learner) di sebuah
kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sebuah sekolah di Kuching,
Sarawak. Masalah yang dihadapi Patrick adalah kesukaran membuat operasi tambah.
Pada sub topik penambahan dalam lingkungan 10, Patrick tiada masalah dihadapinya
lebih-lebih lagi jika melibatkan objek. Tetapi, masalah bermula apabila penambahan
melibatkan pengiraan melebihi 10 dan pengumpulan semula disebabkan kekeliruan
Patrick menggunakan jari untuk menjawab soalan pada lembaran kerja yang diberikan.
Beliau telah merancang pendekatan yang sesuai menggunakan objek seperti kayu ais
krim dan blok mainan untuk membantu Patrick. Seterusnya, kaedah melukis lidi beliau
perkenalkan untuk mengelakkan Patrick daripada terus bergantung kepada objek lalu
melambatkannya menyiapkan lembaran kerja. Ternyata selepas enam minggu
menggunakan teknik-teknik tersebut, Patrick dapat memahami konsep penambahan dan
menambah dengan betul dalam jangka masa yang lebih pendek.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk membantu Patrick, seorang murid bermasalah
pembelajaran slow learner, menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan
kaedah melukis lidi; dan menambahbaik amalan p&p saya dalam bilik darjah.

TINDAKAN
Asas yang kuat dalam fakta Matematik adalah satu aspek yang penting dan
sangat diambil kira dalam kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa
kini bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Oleh itu, semua murid perlu
menguasai bidang ini untuk memastikan peluang yang lebih cerah untuk mendapat

pekerjaan pada masa depan. Hal ini tidak hanya tertumpu pada murid normal sahaja
tetapi juga bagi murid bermasalah pembelajaran. Oleh itu, p&p Matematik di kelas PKBP
diberikan penekanan selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan untuk
melahirkan insan yang antaranya berkemahiran dan berdikari yang dapat hidup seiring
dengan masyarakat sekelilingnya. Walau bagaimanapun, penguasaan Matematik muridmurid terutamanya murid-murid berkeperluan khas adalah masih lemah yang
kebanyakannya disebabkan oleh asas Matematik yang lemah. Kemahiran asas Matematik
merangkumi kemahiran pranombor; menulis dan mengeja nombor; operasi tambah, tolak,
darab, dan bahagi.
Semasa mula-mula memasuki kelas PKBP di sekolah tersebut, Nur Shazlina mendapati
semua murid dalam kelas tersebut telah menguasai kemahiran pranombor dan nombor
bulat hasil usaha guru yang mengajar mereka sebelum ini.

Nur Shazlina juga


membuat
satu
ujian
ringkas
merangkumi
subtopik-subtopik dalam
kemahiran pranombor dan
nombor bulat. Berdasarkan
ujian tersebut, didapati
semua murid sudah dapat
menguasai
kedua-dua
topik tersebut dan sudah bersedia menerima pengetahuan baru. Oleh itu, beliau
meneruskan pengajaran kepada topik seterusnya iaitu Operasi Penambahan dalam
lingkungan 5. Sebagai permulaan, beliau menggunakan objek untuk memudahkan mereka
memahami konsep penambahan. Pendekatan yang beliau gunakan untuk mereka mengira
adalah dengan teknik counting on. Antara objek yang telah beliau gunakan untuk mengira
adalah jari murid, kayu aiskrim, penyedut minuman, dan bongkah mainan. Semua murid
dapat memahami konsep penambahan serta menyelesaikan lembaran kerja soalan
penambahan dengan betul. Pada permulaannya, lembaran kerja yang diberikan
mengandungi gambarajah objek sebagai garis panduan untuk memudahkan mereka
menyiapkan soalan tersebut. Gambar 1 merupakan satu contoh lembaran kerja tesebut.

Setelah semua murid dapat menguasai penambahan dalam lingkungan 5,


kemahiran seterusnya diajar iaitu penambahan dalam lingkungan 10 dan 20. Soalan pada
lembaran kerja pula telah saya ubah iaitu dengan tidak melibatkan gambarajah objek.
Ketika inilah kelemahan Patrick mula dikenalpasti. Gambar 2 menunjukkan jawapan
Patrick.

Nur Shazlina
dapati Patrick telah
memberikan jawapan
yang agak pelik
semasa beliau memeriksa lembaran kerjanya. Bermula dari situ, beliau mula mencari
punca bagaimana Patrick boleh memberikan jawapan tersebut. Beliau bertanya kepada
Patrick tentang bagaimana beliau mendapat jawapan tersebut. Beliau juga meminta
Patrick menunjukkan kepada beliau cara dia membuat pengiraan untuk menyelesaikan
soalan-soalan pada lembaran kerja tersebut. Patrick telah menunjukkan cara dia
menggunakan jarinya untuk mengira jumlah pada soalan penambahan yang diberikan.
Masalah timbul apabila penambahan melibatkan jumlah yang melebihi 10. Contohnya
apabila 5 + 6, sebelah tangan menunjukkan 5 dan apabila dia ingin menambah 6, dia
berasa keliru tentang bagaimana untuk menambah 6 sedangkan sebelah tangannya hanya
mempunyai 5 jari. Akhirnya, jawapan yang diberikan oleh Patrick kepada soalan tersebut
adalah 6, berbeza sekali dengan jawapan yang sepatutnya iaitu 11. Disebabkan terlalu
banyak jawapan salah diberikan oleh Patrick, rakan-rakan sekelas yang lain telah
meminggir dan mengejeknya.

Melihatkan keadaan ini, Nur Shazlina sering memberikan lembaran kerja yang
lebih kepada murid-murid lain agar mereka leka membuat lembaran kerja tersebut dan
dalam pada masa yang sama, beliau dapat membimbing Patrick membuat pengiraan
dengan betul. Pada mulanya memang agak sukar untuk mencari kaedah alternatif untuk
memudahkan Patrick mengira. Pada peringkat awal, beliau menggunakan objek iaitu
kayu aiskrim untuk memudahkannya mengira. Setelah Patrick dapat menguasai cara ini,
beliau mengajarnya kaedah melukis lidi dan beliau memintanya membuat perkaitan

antara kayu aiskrim dengan kaedah melukis lidi yang telah beliau ajarkan selepas itu. Ini
kerana walaupun pengiraan menggunakan kayu aiskrim dapat membantu Patrick
menjawab soalan dengan betul, tetapi banyak masa yang diambil dia untuk berbuat
demikian. Oleh itu kaedahmelukis lidi telah beliau perkenalkan pada Patrick agar Patrick
lebih faham dan menjawab soalan dengan betul dalam masa yang lebih pendek.

Di samping mengajar teknik melukis lidi untuk membantu Patrick menyelesaikan


soalan penambahan, Nur Shazlina juga berusaha meningkatkan keyakinan diri Patrick
untuk belajar. Ini sering beliau lakukan dengan memberikan kata-kata pujian kepada
Patrick apabila dia berjaya membuat pengiraan dengan betul. Apabila dia membuat
kesilapan, Nur Shazlina akan menunjukkan cara yang betul dan menggalakkannya
mencuba sendiri. Beliau juga kadang kala mengarahkan rakan-rakan lain membantu
Patrick mengira dengan betul. Hal ini sedikit sebanyak memupuk sifat kerjasama dan
sedikit demi sedikit rakan-rakan lain tidak lagi mengejeknya, malah membantu Patrick
menunjukkan cara yang betul untuk membuat pengiraan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian Nur Shazlina ini berjaya mencapai objektifnya
iaitu untuk membantu Patrick, seorang murid bermasalah pembelajaran slow
learner,menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan kaedah melukis lidi.
Cabaran yang beliau hadapi adalah untuk mengekalkan pengetahuan tersebut dalam
memori jangka panjang Patrick. Namun, dengan teknik pengulangan dan latihan yang
berterusan, beliau percaya Patrick dapat menguasai kaedah ini dan mungkin dapat
membuat pengiraan tanpa bantuan kaedah ini pada masa hadapan.

6.2: PENGGUNAAN GARIS NOMBOR DALAM MEMBANTU MURID


PEMULIHAN TAHUN 2 MEMAHAMI PENOLAKAN DALAM LINGKUNGAN 10

ABSTRAK

Kajian tentang penggunaan garis nombor dalam membantu murid pemulihan


tahun 2 memahami penolakan dalam lingkungan 10 telah dijalankan oleh Ra Fiona Anak
Raban. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan garis nombor
dalam menyelesaikan masalah operasi penolakan dalam lingkungan sepuluh bagi murid
pemulihan Tahun 2. Tinjauan awal mendapati murid sukar untuk memahami konsep
operasi penolakan. Seorang murid pemulihan Tahun 2 terlibat sebagai responden dalam
kajian ini. Fokus kajian ini ialah untuk membantu murid Pemulihan dapat menguasai
kemahiran asas matematik untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Kaedah
perbualan, senarai semak, pemerhatian dan buku lembaran kerja digunakan bagi tujuan
pengumpulan data. Kajian ini telah dijalankan selama 1 bulan. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa berlaku peningkatan fahaman murid terhadap operasi penolakan
dalam lingkungan 10 semasa dan selepas kajian ini dijalankan. Penggunaan garis nombor
ini dapat membantu murid menguasai operasi tolak dengan lebih mudah dan senang.
Selain daripada itu juga, kaedah ini dapat memberi kesedaran kepada guru dan pihak
sekolah dalam pemilihan kaedah dan strategi pengajaran mengikut kesesuaian
terutamanya bagi murid pemulihan bagi meningkatkan kefahaman mereka.

TUJUAN KAJIAN
Hasil daripada masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan kajian tindakan ini
bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran Ra Fiona sebagai
seorang guru Pemulihan Matematik Tahun 2 Kelas Maju melalui pengenalan penggunaan
garis nombor dalam pengajaran fakta asas penolakan dalam lingkungan 10; dan
membantu seorang murid pemulihan Tahun 2 Kelas Maju dalam kemahiran menjawab
soalan bertulis untuk fakta asas penolakan dalam pengajaran penolakan dalam lingkungan
18 melalui penggunaan garis nombor.

TINDAKAN
Menurut Davvis and Simmt (2003), garis nombor merupakan satu bahan konkrit
yang dapat menunjukkan operasi Matematik yang dapat meningkatkan pemahaman
pelajar kita. Selain daripada itu juga, Wiegel (1998 ), menyatakan juga bahawa garis
nombor berstuktur dapat membantu kefahaman murid dalam konsep asas matematik
seperti urutan nombor yang terdapat dalam garis nombor.

Oleh yang demikian, Ra Fiona telah mencuba untuk menggunakan garis nombor
dalam perlaksanaan sesi pengajaran beliau. Ra Fiona dapati Edwin mempunyai masalah
untuk memahami konsep matematik dengan betul. Edwin keliru dengan konsep
penambahan yang telah diajar. Oleh yang demikian, beliau telah merancang beberapa
tindakan awal berdasarkan data awal yang telah beliau diperolehi. Selain daripada itu,
beliau telah menggunakan kaedah lain untuk Edwin mengira dengan betul sebelum
menggunakan garis nombor ini. Kajian ini dijalankan berdasarkan model Kurt Lewin
(1952) dan dijalankan dalam suatu kitaran. Berikut merupakan perancangan yang Ra
Fiona buat :

Tarikh
12 Mac
26 Mac
4 April
9 April
12 April
25 April

Perlaksanaan Tindakan
Pengajaran dan Pembelajaran Operasi Tolak Kali Pertama
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3
Latihan 4
Memberikan penilaian

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan garis nombor telah berjaya meningkatkan
pemahaman murid Kelas Pemulihan Tahun 2 dalam pemahaman operasi tolak dalam
lingkungan 10 dengan lebih baik dan berkesan. Pendekatan ini juga telah menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan selaras dengan salah satu
prinsip dalam pembelajaran koperatif secara umumnya. Kajian ini menyarankan agar
penggunaan bahan bantu yang kreatif dapat membantu murid pemulihan lebih senang dan
faham mengenai sesuatu konsep di samping membuatkan pengajaran itu lebih menarik
dan berkesan.

Posted by kanniammal gapaloo at 05:34 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to


FacebookShare to Pinterest

BBM YANG INOVASI

3.0: BAHAN BANTU MENGAJAR YANG INOVASI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK


MENGAJAR OPERASI MATEMATIK.

Bahan bantu mengajar (BBM) adalah satu alatan yang amat berguna dan
membantu untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar.
Pertamanya, bahan bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Hal ini kerana, murid-murid pemulihan senang atau mudah memahami
konsep sesuatu pengajaran. Kebiasannya, murid-murid pemulihan amat lemah atau
kurang menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Oleh yang demikian, guru
pemulihan menghadapi masalah untuk mengajar murid-murid tersebut . Justeru, guru
boleh menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran supaya maklumat
akan disampaikan kepada murid tersebut.

Selain itu, tujuan bahan bantu mengajar ialah menarik perhatian para pelajar
semasa sesi mengajar. Contohnya, ramai pelajar tidak memberi perhatian semasa guru
mengajar di dalam kelas . Oleh yang demikian, para pelajar akan memberi sepenuh
tumpuan apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Mereka akan lebih aktif dan seronok apabila guru menggunakan pelbagai
jenis bahan bantu mengajar mengikut konsep tertentu.

Tambahan pula, melalui penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran para pelajar akan dapat mengingat sesuatu fakta atau
pembelajaran secara berterusan dalam mindanya. Apabila, mereka belajar dengan
menggunakan bahan bantu mengajar maka mereka boleh mengingat untuk jangka masa
yang panjang.

Saya telah menghasilkan beberapa bahan bantu mengajar (BBM) Matematik yang
inovasi daripada permainan Matematik dengan mengambil kira aspek kesesuaian ciri-ciri
bahan, kepelbagaian kegunaan, mudah alih, adaptasi dan mengambil kira aspek
keselamatan untuk boleh digunakan dalam pengajaran matematik. Semua bahan bantu
mengajar ini boleh digunakan untuk semua operasi matematik.

3.1: OPERASI TAMBAH


3.1.1: PERMAINAN ROLLER COASTER

Bahan bantu mengajar roller coaster ini mempunyai peraturan tertentu.


Pertamanya bahan bantu mengajar ini boleh dimainkan oleh dua atau tiga orang sahaja.
Selain itu, murid pemulihan dikehendaki menggerakkan kereta di atas trek roller
coaster. Seterusnya, dalam roller coaster itu terdapat tiga stesen. Di setiap stesen itu
terdapat kertas yang digulingkan dengan riben. Maka, apabila murid sampai di stesen 1;
mereka dikehendaki membuka kertas tersebut dan membaca soalan. Dalam kertas itu,
mempunyai beberapa soalan yang berkaitan dengan operasi tambah. Murid dikehendaki
menjawab soalan yang terdapat di stesen pertama. Setelah menyiapkan soalan di stesen
pertama, murid dikehendaki bergerak ke stesen dua dan mengulangi permainan ini.
Malah, jika murid tidak dapat menjawab soalan di stesen pertama; maka mereka tidak
boleh meneruskan permainan ke stesen dua dan tiga.

Tujuan, saya menghasilkan bahan bantu mengajar yang inovasi ini adalah untuk

merangsangkan minda murid untuk membuat pengiraan operasi tambah sambil bermain.
Hal ini kerana, murid pemulihan akan melibatkan dirinya dengan baik apabila membuat
pengiraan operasi tambbah sambil bermain. Saya telah mengaplikasikan permainan ini di
SJK(T) Ladang Cairo semasa menjalankan praktikum fasa 1 dalam kalangan murid
pemulihan. Permainan roller coaster ini amat berkesan dalam kalangan murid
pemulihan di SJK(T) Ladang Cairo.

Pada mulanya, murid pemulihan di sekolah tersebut mempunyai masalah dari segi
kehadiran ke sekolah, kurang minat dalam pembelajaran dan tidak begitu aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah saya mengaplikasikan permainan ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan di sekolah itu melibatkan dirinya
dengan sepenuh dan mereka sangat seronok untuk belajar. Mereka dapat menjawab
soalan itu sambil bermain. Maka, jelaslah bahawa murid pemulihan akan minat apabila
menggunakan unsur permainan dalam pengajaran operasi tambah. Oleh yang demikian,
permainan ini amat berkesan dan berguna dalam kalangan murid pemulihan untuk
mempelajari opersi tambah. Bahan bantu mengajar yang inovasi iaitu roller coaster ini
boleh digunakan untuk mengajar selain daripada operasi tambah seperti operasi tolak,
darab dan bahagi.

3.1.2: HORSES TOURING

Permainan horses
touring boleh digunakan
untuk mengajar operasi
tambah. Dalam permainan ini terdapat lima kuda. Di setiap kuda itu merangkumi satu
sampul atau poket. Dalam sampul itu, mengandungi masalah matematik yang berkaitan
dengan operasi matematik . Murid mesti menyelesaikan semua masalah matematik
tersebut. Contoh masalah matematik tersebut ialah:

Ali membeli 3 batang pensil. Ayahnya menghadiahkan 5 batang pensil


lagi.Berapakah jumlah pensil yang ada pada Ali?
Cikgu Amizah memberi 6 buah buku kepada Khazali. Cikgu Roslimah pula
menghadiahkan 3 buah buku kepada Khazali. Berapakah jumlah buah
buku Khazali?
Rokiah mempunyai seutas rantai yang mempunyai 4 manik hitam . Ibunya
menguntai 3 manik merah pada ranyai tersebut. Berapakah jumlah manik
dalam rantai tersebut?
Karim ada 5 ekor ayam dan 3 ekor itik. Berapakah jumlah haiwan yang ada
pada Karim?
Umur Kogila adalah 7 tahun manakala adiknya adalah 3 tahun. Berapakah
jumlah umur kedua-dua adik-beradik?

Saya telah mengaplikasikan bahan bantu mengajar ini , dalam kalangan murid
pemulihan di SJK(T) Ladang Cairo. Mereka telah melibatkan dirinya dengan baik dalam
aktiviti tersebut dan memberi respon yang baik. Selain itu, sebelum ini saya telah
memberi latihan menyelesaikan masalah matematik operasi tambah. Pada ketika itu,
mereka tidak begitu seronok dan tidak memberi respon yang baik. Maka, melalui
permainan horses touring ini murid pemulihan dapat menjawab soalan itu dengan
gembira dan aktif.

Akhir kata, bahan bantu mengajar ini amat berkesan dan berinput kepada semua
murid pemulihan. Guru boleh mengapliksikan bahan bantu mengajar ini untuk mengajar
operasi tolak, darab dan bahagi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar ini pelbagai
kegunaan.

Posted by kanniammal gapaloo at 04:38


MASALAH DALAM OPERASI MT

4.0: MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH


DALAM OPERASI MATEMATIK.

MURID PEMULIHAN

4.1: DISKALKULIA
Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang
mempengaruhi pemerolehan / pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008).
Menurut Departmant for Education Skills 2001 DfES (Pendidikan Disleksia), Diskalkulia
diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau
memperoleh kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam
memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor,
dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Murid-murid
yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran mengenal nombor
dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x,dan . Selain itu, mereka akan
mengalami kesukaran membezakan nilai besar dan kecil. Contohnya, tidak dapat
menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32.

Tambahan pula, murid Diskalkulia menghadapi kesukaran mengira dalam


gandaan dua atau lima dan sebagainya serta tertib menurun. Di samping itu, murid
Diskalkulia mempunyai masalah membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai,
wang, jarak atau cecair. Seterusnya, murid Diskalkulia juga mengalami kesukaran
membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi
dan organisasi ruang; menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat
mengingat langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik dan dalam
pengiraan spontan.

4.2: PRANOMBOR
Menurut Bahagian Pendidikan Guru , Kementerian Pendidikan Malaysia1998(Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat untuk Sekolah Rendah),
konsep pranombor perlu dipelajari oleh murid-murid pemulihan sebelum mereka boleh
menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Malahan, murid-murid
pemulihan menghadapi masalah dalam memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan
tentang nombor keseluruhannya. Hal ini menyebabkan, mereka akan mengalami
kesukaran untuk mengelaskan objek atau benda mengikut warna, bentuk dan saiz. Selain
itu, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam mengenal kuantiti melalui
perbandingan : banyak atau sedikit ; sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau
kurang.

4.3: MEMPUNYAI MASALAH MENGINGAT


Murid pemulihan mempunyai masalah ingatan.Hal ini kerana, otak manusia
terdiri daripada dua bahagian, iaitu hemisfera kiri dan kanan . Bagi kebanyakan orang,
hemisfera kiri lebih dominan berbanding hemisfera kanan. Pada sesetengah kes,
diskalkulia berlaku akibat terdapatnya gangguan atau kekurangan cerebral atau dominasi
hemisfera otak. Oleh hal yang demikian, sebahagian hemisfera otak gagal medominasi
fungsi-fungsi pengiraan. Maka, hal ini menyebabkan murid pemuliahn mengalami
masalah dalam pengiraan matematik dan mengingat nombor-nombor. Selain itu, mereka
akan sering lupa cara-cara membuat pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi.

4.4: KONSEP NOMBOR


Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), konsep
nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda
yang dilihat.Murid pemulihan mempunyai masalah dari segi konsep nombor. Mereka
tidak dapat menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan ,
iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang
mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Murid pemulihan menghadapi masalah
dalam menentukan nilai tempat -kedudukan digit mewakili niai tertentu; asas sepuluhbermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan; penggunaan
sifar- simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud; mempunyai nilai
tambah , iaitu nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.

4.5: OPERASI TAMBAH


Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Murid pemulihan akan
mengalami masalah dalam operasi tambah iaitu menyatukan kedua-dua nombor. Hal ini
kerana, mereka tidak dapat mengingat dan mudah lupa cara untuk mengira operasi
tambah. Murid-murid pemulihan menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan
sedia ada dengan pengetahuan baharu atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam situasi pembelajaran. Selain itu, murid pemulihan gagal menggabungkan keduadua nombor dengan menggunakan bahan maujud dan bentuk lazim. Masalah ini
menyebabkan ,mereka ketinggalan dalam pengiraan asas iaitu tambah.

4.6: OPERASI TOLAK

Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), murid


pemulihan gagal memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti
keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal. Di samping itu, murid pemulihan juga
tidak mengetahui konsep mengambil serta membilang objek yang konkrit (dalam satusatu , dua-dua, dan seterusnya) untuk menjadi satu set objek; membilang serta
mengeluarkan beberapa objek dari sesuatu set objek berkenaan; membilang bilangan
objek yang tertinggal (dalam satu-satu, dua-dua dan seterusnya) ketika tamat proses
pengasingan; dan menyatakan keseluruhan proses yang telah berlaku secara lisan dalam
bahasa komunikasi.

Seterusnya, murid pemulihan akan menghadapi masalah dalam membuat


perbandingan. Antaranya ialah mengambil dua set objek yang berasingan; menyusun
objek dalam sebaris dan membilang objek dalam setiap set objek; memadankan set objek
pertama dengan set objek kedua secara satu dengan satu; dan membilang objek dalam
mana-mana set objek yang tidak ada padanan yang juga disebut sebagai perbezaan antara
kedua-dua set objek. Akhirnya, murid pemulihan juga mempunyai masalah untuk
mengingat fakta asas tolak.

4.7: OPERASI DARAB


Selain itu, murid pemulihan sering menghadapi masalah dalam konsep
pendaraban. Antaranya ialah , mereka tidak dapat tambah berulang; kali atau ganda; baris
dan lajur tatasunan ; dan kombinasi objek. Menurut Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia -1998 (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:
Nombor Bulat untuk Sekolah Rendah),murid pemulihan mempunyai masalah dalam
mengingat fakta asas darab. Menurut Nocolson dan Fawcett -1995(Pendidikan Disleksia),
menerangkan bahawa serebrum otak dan keanehan otak boleh memberi kesan kepada
kawalan motor, perkembangan automatif, dan organisasi sesuatu kemahiran. Hal ini
termasuk kemahiran dalam pengiraan.
4.8: OPERASI BAHAGI
Operasi bahagi ialah songsangan operasi darab kerana proses bahagi akan
membalikkan proses darab. Namun demikian, murid pemulihan mempunyai masalah
dalam operasi bahagi ini. Maka murid pemulihan, gagal mengetahui konsep pembahagian
seperti pembahagian sebagai operasi tolak berulang; pembahagian dengan garis nombor;
pembahagian dengan tatasusunan; dan pembahagian dengan faktor skala. Di samping itu,
murid pemulihan menghadapi masalah dalam algoritma pembahagian. Antaranya ialah
pengiraan dari arah kiri ke kanan; fakta asas bahagi dan tolak; penganggaran; algoritma
darab dan tolak dan langkah-langkah yang coraknya berbeza dan berlainan.

4.9: PENGELASAN
Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia),
pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri
yang jelas. Malah, murid pemulihan mengalami masalah dalam membezakan dan
mengumpulkan objek berdasarkan persamaan dan perbezaan. Tambahan pula, murid
pemulihan mempunyai kesukaran dalam klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan
satu ciri ( contoh: warna atau bentuk atau saiz); dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau
warna dan saiz);dan tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)

4.10: MEMBILANG
Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian murid-murid
memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Murid pemulihan mempunyai masalah dan
kesukaran dalam prinsip membilang. Antaranya ialah prinsip padanan satu dengan satu;
prinsip susunan nombor yang mengikut ururan; prinsip cardinal , iaitu nama dan nombor
yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang; dan ketakberkaitan (order irrelevance),
iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan.

Posted by kanniammal gapaloo at 05:22

Kajian Tindakan Matematik Kelas Pemulihan Khas

Kajian Tindakan ini diadakan setelah saya mengajar kelas Pemulihan Khas. Saya dapati
murid-murid Kelas Pemulihan Khas ini amat lemah dan kurang berminat untuk belajar.
Oleh itu saya telah mendapat idea untuk mencipta alat inovasi sebagai perangsang kepada
murid-murid pemulihan ini untuk belajar terutamanya dalam bahagi dan sifir yang
mereka anggap amat susah. Di sini bolehlah sama-sama kita berkongsi ilmu yang sedikit
ini untuk bersama-sama kita meningkat tahap penguasaan pelajaran anak didik kita.
Semoga dapat membantu mereka dalam membuat latihan dan menarik minat murid untuk
belajar. Alat inovasi ini lebih seronok digunakan bersama-sama dengan rakan-rakan.
Murid-murid aliran perdana juga boleh menggunakan alat inovasi ini. Walau bagaimana
pun alat ini mudah rosak kerana ia dibuat dengan bahan terbuang dan bahan semulajadi
dan kosnya adalah murah. Sekiranya alat ini boleh menarik minat murid belajar, saya
harap supaya alat inovasi ini dapat dikomiselkan dengan peralatan yang moden dan boleh
digunakan untuk semua pelajar.

PROJEK MATEMATIK UNTUK MURID PEMULIHAN KHAS


SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BATU 4 GERIK PERAK.

1.

TAJUK PROJEK

PENINGKATAN KEBOLEHAN BAHAGI SEHINGGA SIFIR 9 BAGI MURID


KELAS PEMULIHAN KHAS BINTANG KEJORA.

2. SINOPSIS

Pelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran yang penting. Ramai muridmurid mendapat keputusan yang mengecewakan kerana gagal dalam matapelajaran
matematik. Ini disebabkan kerana mereka tidak faham dan tidak berminat dalam
matapelajaran matematik. Kenapa murid-murid ini tidak berminat? Banyak faktor yang
mempengaruhi antaranya ialah murid-murid keliru dengan nombor ,malas
menghafal,ambil mudah pelajaran dan tidak mengingati formula. Murid-murid
beranggapan bahawa matapelajaran matematik itu sukar. Oleh itu satu kajian telah
dilaksanakan bagi membantu murid dalam masalah sifir dan bahagi bagi meningkatkan
prestasi mereka dalam pelajaran.

3. KUMPULAN SASARAN

Kajian telah dijalankan keatas murid-murid Pemulihan Kelas BintangKejora SK . Batu 4


Gerik.Dalam kajian ini data dipungut melalui latihan kerja murid, latihan congak , ujian
pra dan ujian pasca.

Memandangkan murid-murid pemulihan susah ntuk menguasai konsep matematik


terutamanya bahagi . Jadi dalam kajian ini saya mengkhususkan untuk menekankan
hanya kepada konsep bahagi sahaja. Untuk mencapai matlamat ini saya telah mereka
satu alat inovasi bagi kemudahan murid untuk memahami konsep dalam matematik
khasnya dalam bahagi. Hasil soal selidik menunjukkan murid-murid berminat untuk
membuat latihan dan suka untuk belajar matematik dengan bermain dengan alat inovasi
yang telah dicipta sebagai pemudah cara bagi murid menyelesaikan masalah bahagi
kepada murid-murid pemulihan. Dalam kajian ini murid telah didedahkan dengan latihan
congak, latih tubi dan kaedah permainan yang telah dijalankan oleh murid sendiri. Kajian
ini mengambil masa sekurang-kurangnya 60 minit bagi setiap sesi pengajaran.

4. LATAR BELAKANG

4.1 Isu Kajian/Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu.

Sukatan pelajaran matematik Kelas Pemulihan Khas lebih menekankan kepada 4 operasi
fakta asas. Dalam setiap operasi iaitu tambah, tolak , darab dan bahagi murid-murid
pemulihan sangat sukar untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi
darab dan bahagi.

Semasa sesi pengajaran dijalankan di dalam kelas didapati murid-murid masih belum
menguasai dan tidak dapat menjawab dengan betul fakta asas darab dan bahagi. Masalah
ini dikenalpasti melalui latihan congak dan latihan kerja semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu ia perlu diatasi kerana ia menjejaskan pembelajaan dan
kegagalannya di dalam peperiksaan yang dijalankan kelak.

4.2 Masalah-masalah yang dihadapi.

Masalah ini timbul kerana guru kurang kepakaran dalam mengajar murid pemulihan
khas. Pendekatan secara individu juga kurang dijalankan. Oleh itu, guru perlu memainkan
peranan sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut pencapaian
murid. Pelbagai teknik pengajaran perlu dilakukan serta alat bantu mengajar perlu
digunakan dan dipelbagaikan untuk membolehkan murid memahami dengan mendalam.

Melalui pemerhatian, latihan kerja dan ujian congak pengkaji mendapati murid masih
tidak mendapat menguasai konsep bahagi dengan betul. Oleh itu pengkaji cuba
mengkaji masalah ini agar kefahaman murid dalam masalah bahagi dapat diatasi.
Seterusnya murid-murid dapat belajar konsep matematik dengan rasa yang seronok dan
minat yang tinggi dalam pelajaran matematik.

5. OBJEKTIF INOVASI

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:


1 Bagi meningkatkan kemahiran murid dalam menyebut dan mengenal serta
mengingati sifir 1 hingga 9.
2

Bagi mempertingkatkan kemahiran fakta asas bahagi.

3 Bagi merancang tindakan dan menilai keberkesanan tindakan dalam menangani


penyelesaian masalah bahagi.
4

Bagi meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran matematik.

Sebagai langkah menarik minat murid belajar.

menghasilkan satu suasana belajar yang menyeronokkan.

6. TARIKH MULA DAN TARIKH SIAP PELAKSANAAN.

Tarikh kajian dilaksanakan pada awal bulan Oktober 2011dan tarikh siap
pelaksanaannya pada akhir bulan November 2011.

7. PELAKSANAAN KAJIAN.

7.1 Bentuk Bahan.


Inovasi yang dirancangkan ialah menggunakan alat permainan dalam pembelajaran.
Oleh kerana murid pemulihan suka bermain jadi saya telah mereka satu permainan
pembelajaran khasnya untuk pelajar mesyelesaikan masalah bahagi yang sukar oleh
murid-murid pemulihan. Bahan inovasi tersebut saya namakan Pianao Bahagi kerana
alat tersebut berbentuk seperti piano. Bahan untuk inovasi ini saya gunakan dari bahanbahan terbuang dan alam semulajadi. Antara bahan diperlukan ialah buluh yang boleh
didapati daripada hutan sekeliling rumah. Kotak-kotak terbuang dan guli untuk
pengiraan dalam operasi ini.

7.2 Pengendalian.

7.2.1 Kaedah Temuramah.


Pengkaji membuat tinjauan masalah pelajar secara menemuramah dan didapati 90 %
murid tidak membuat kerja rumah dan tidak mengulangkaji pelajaran di rumah.
Kebanyakan pelajar bermain dan menonton televisyen dengan tidak terkawal. Ibu bapa
juga tidak dapat memberi bimbingan kepada pelajar tersebut.
Ada diantaranya terlalu sibuk dengan pekerjaan tiada masa bersama anak-anak. Ada juga
ibu bapa murid/pelajar yang mempunyai pendidikan rendah jadi tiada pengetahuan untuk
membantu anak membuat ulangkaji di rumah. Segelintir daripada ibu bapa murid

tersebut mempunyai masalah tidak tahu membaca terutamanya ibu bapa murid orang asli.
Ada juga di antaranya pernah dipenjara kerana masalah pengambilan dadah.
Kesimpulannya murid-murid ini kebanyakannya adalah terbiar tanpa kawalan yang
sepatutnya. Mereka hanya belajar hanya disekolah sahaja tanpa meneruskan
pembelajaran dirumah masing-masing. Tiada kesinambungan pembelajaran oleh ibu
bapa di rumah. Oleh itu murid-murid mudah lupa apa yang telah dipelajari di sekolah.

7.2.2 Latihan Congak.


Semasa sesi latihan congak di dalam kelas diadakan. Penyelidik memdapati 90 % murid
tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh penyelidik. Ada sebilangan kecil
pelajar dapat menjawab soalan tetapi mengambil masa yang terlalu lama untuk
menyelesaikannya.

7.2.3 Latihan Bertulis

Berdasarkan kajian bertulis sama ada didalam buku tulis atau dalam lembaran kerja,
didapati banyak kesalah yang dilakukan oleh murid. Daripada 10 soalan yang diberikan
oleh guru hanya 2 atau 3 soalan sahaja yang dapat dijawab dengan betul .

7.3 Pengendalian.
Bagi mengatasi masalah pembelajaran murid , pengkaji telah mereka satu alat inovasi
untuk digunakan sewaktu pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Ada 3 tindakan yang
perlu diikuti oleh murid-murid . Dalam setiap tindakan guru mengajar menggunakan

aklat inovasi yang telah direka oleh guru. Bagaimana alat inovasi ini digunakan boleh
rujuk lembaran seterusnya.

Tindakan 1 (minggu 1-2 )

Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan ialah:


1.

Mengenal dan Membilang Nombor hingga 100.

Tindakan 2(minggu 2-4)

1.

Menjawab sebarang soalan bahagi dengan menggunakan alat permainan inovasi


yang telah direka oleh guru.

Tindakan 3 (minggu 4-5)

Menghafal sifir

8 Menjawab sebarang soalan bahagi tanpa alat inovasi. (Selepas murid menguasai
konsep bahagi dengan kaedah permainan).

7.4 Perbelanjaan

Oleh kerana alat inovasi ini hanya menggunakan bahan semula jadi dan bahan-bahan

terbuang jadi kos membinanya adalah murah.

8.

BENTUK KEJAYAAN

8.1 Pengurusan Kos Operasi.

Seperti yang telah disebut bahawa pembinaan alat inovasi ini adalah dari bahan- bahan
terbuang maka kos operasinya adalah murah. Ini bergantung pada jenis alat yang dibina
guru . Dalam kaedah ini guru hanya perlu membeli cuma biji guli. Mencari buluh dan
kotak-kotak yang terbuang sahaja. Namun begitu guru perlu kretif untuk membuat reka
cipta yang menarik dan cantik untuk menarik minat murid belajar.

8.2 Penjimatan Masa.

Di dalam kelas biasa murid sudah belajar mengenal dan membilang nombor. Begitu
juga didalam kelas pemulihan murid mengikuti pengajaran mengikut sukatan pelajaran
pemulihan. Guru cuma perlu mengikuti sukatan pelajaran biasa Cuma ditambahkan
dengan alat permainan inovasi di dalam kelas. Alat ini boleh digunakan sepanjang
tempoh pembelajaran dan boleh digunakan oleh murid di dalam kelas aliran perdana.
Jimat kos ,jimat masa dan boleh digunakan bila-bila masa dan dimana sahaja.

8.3 Peningkatan Keberkesanan.

Dalam kajian ini guru dapat melihat dengan jelas hasil keberkesanan pembelajaran
dengan kaedah alat permainan Piano Bahagi ini. Sebelum murid diperkenalkan dengan

alat inovasi ini jawapan murid dalam soalan yang diberi oleh guru amat mengecewakan
kerana tidak dapat menjawab soalan dengan jawapan yang betul dan tepat. Murid juga
tidak menguasai konsep bahagi. Namun selepas menggunakan alat inovasi ini jawapan
murid hampir 100% betul. Bukti boleh dilihat dengan merujuk kertas jawapan murid. Ada
diantara murid langsung tidak tahu menjawab soalan dengan menghantar jawapan
kosong. Namun selepas guru menggunakan alat inovasi tersebut murid tersebut boleh
menjawab soalan itu.
Setiap soalan yang diberikan kepada murid adalah berlainan soalan. Hal ini adalah
dikuatiri murid-murid meniru jawapan kawan-kawannya kerana murid-murid pemulihan
ada yang tidak mahu buat kerja kerana tidak tahu konsep bahagi. Walaupun soalan yang
berlainan setiap murid memberi jawapan yang betul setelah menggunakan alat inovasi
ini.

8.4 Peningkatan dalam tahap kepuasan guru/pelajar.


Setelah melalui sesi pembelajaran dengan menggunakan kaedah permainan dalam
pembelajaran. Murid-murid semakin seronok untuk belajar matematik. Wujud minat
yang mendalam dalam diri mereka terhadap pelajaran. Hal sedemikian telah memberi
kepuasan dalam pengjaran guru. Guru seronok untuk mengajar dan murid pula seronok
untuk belajar. Guru pemulihan tidak lagi merasa tertekan dalam kelas pemulihan.

9. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN

Sebelum ini guru pemulihan merasa amat tertekan dalam menghadapi murid-murid
pemulihan yang terdiri dari pelbagai jantina kaum dan agama. Pelbagai cara telah
dilakukan untuk memulihkan murid-murid ini. Lebih sukar lagi kepada murid-murid
orang asli kerana mereka sering ponteng sekolah dan sikap mereka yang mudah lupa.
Tidak berminat untuk belajar. Dengan pelbagai teknik dan cara guru pemulihan cuba
membantu mereka. Hinggalah timbul idea untuk membuat satu alat inovasi dalam kelas
pemulihan. Dengan adanya alat permainan di dalam kelas pemulihan ini telah menarik
bukan sahaja murid-murid pemulihan tetapi murid-murid dari kelas perdana juga datang
untuk belajar menggunakan kaedah ini.

Cara permainan boleh rujuk dalam lembaran yang dikepilkan. Untuk membuat alat
permainan ini juga boleh dirujuk dalam lampiran yang disediakan.
Pengkaji berharap supaya alat inovasi ini boleh dikomersialkan dengan menggunakan
teknologi moden dan digunakan untuk kemudahan guru dan murid-murid diseluruh
Malaysia. Walau bagaimana pun hak cipta adalah terpelihara dan tidak boleh dikeluarkan
tanpa kebenaran. Selamat Maju Jaya.

CARA MEMBINA PIANO BAHAGI.

Bahan yang diperlukan.

9 batang buluh ukuran 9 inci

10 9 batang buluh ukuran 7 inci


11 9 batang buluh yang telah dibelah panjang 1 kaki.
12 2 kotak terpakai sederhana besar.
13 1 gulung loeytape.
14 100 biji guli.

Cara membuatnya.

Tebuk 9 lubang ukuran buluh 9 inci pada permukaan kotak 1 secara selari seperti
gambarajah 1 di bawah.

Gambarajah 1

Kemudian masukkan buluh dalam setiap lubang tersebut. Cantumkan hujung buluh 9 inci
dengan setiap hujung buluh 7 inci dimana perlu diruncingkan terlebih dahulu. Gunakan
loytape supaya buluh itu teguh dan susunkan secara melintang. Lihat gambar rajah 2.

Gambarajah 2

Setelah itu cantumkan kotak kedua seperti bentuk piano. Susunkan buluh yang telah
dibelah selari dengan buluh 7 inci tadi. Cuba masukkan biji guli disetiap lubang buluh
dan pastikan guli itu bergerak kebawah dan masuk ke dalam buluh yang dibelah itu.
Lihat gambarajah 3.

Gambarajah 3
Akhir sekali warnakan kotak seperti piano biasa. Murid boleh guna alat ini untuk belajar
bahagi. Letakkan nombor 1 hingga 9 pada setiap buluh untuk memudahkan murid
menggunakan piano bahagi ini. Piano bahagi ini siap untuk digunakan.

Gambar menunjukkan murid sedang menggunakan alat inovasi .

Cara penggunaan
15 Pelajar diberi beberapa soalan bahagi. Dengan menggunakan Piano Bahagi pelajar
dikehendaki menyelesaikan masalah bahagi tersebut.
16 Contoh soalan : 9 3 = _____
17 Pelajar akan mengambil 9 biji guli dan memasukkan setiap biji tersebut ke dalam
3 batang buluh yang terdapat pada Piano Bahagi secara bergilir-gilir sehingga habis.
18 Pelajar akan mengira bilangan guli yang terdapat pada setiap lorong buluh. Pelajar
akan mendapati setiap lorong buluh akan mendapat 3 biji guli. Ini bermakna 9 bahagi
3 bersamaan dengan 3.
9 3=3

Lampiran 1

Gambar Piona
Bahagi yang masih
dalam pembinaan

Lampiran 2

Gambar Piona Bahagi yang telah siap dibina.

Lampiran
3

Beberapa orang pelajar sedang menggunakan Piano Bahagi.

Lampiran 4.

Soalan-soalan bahagi sehingga sifir 9.

Disediakan oleh:

Cikgu Siti Aminah binti Talib.


Guru Pmulihan Khas

You might also like