You are on page 1of 1

PENGHARGAAN Sepanjang pelaksanaan kerja kursus pendek ini, kami telah menerima bantuan daripada pelbagai pihak.

Dengan kerjasama yang diberi dan bantuan yang diterima, barulah kami boleh menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan lancar. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. Beliau telah membantu dan menyemak kerja kursus kami dengan penuh sabar. Beliau juga memberi petunjuk dan nota yang jelas sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini, ini telah menyenangkan dan mempercepatkan proses penghasilan kerja kursus ini. Selain itu, kami ingin berterima kasih antara satu sama lain kerana telah berkerjasama menghasilkan kerja kursus ini. Kami saling tolong-menolong serta nasihat-menasihati demi menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Akhirnya, kami ingin berterima kasih kepada tokoh yang memberi kerjasama sepanjang temubual dijalankan serta pihak-pihak lain seperti penerbitpenerbit buku yang telah memberikan kami maklumat dalam penghasilan kerja kursus ini. Dengan bantuan semua, barulah kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar sebelum masa serahan. Terima kasih!

iii

You might also like