You are on page 1of 18

1

FAKULTI PENDIDIKAN

MUKA DEPAN TUGASAN


SESI: 2010/2011

NAMA DAN
NOMBOR PELAJAR: FAIZAH BINTI OTHMAN
(P 54507)
KOD KURSUS

: GGGC 6033

TAJUK TUGASAN : PENGHAPUSAN JAMINAN


( Tugasan Individu)
PENEMPATAN GURU PELATIH
PENSYARAH

: DR. RUSLIN BIN AMIR

PENGAKUAN
Saya akui tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya, samada secara eletronik atau
cetakan.
TANDA TANGAN: __________________________ TARIKH: 25 Mac 2011

KANDUNGAN
Halaman
1.0

PENGENALAN

2.0

SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA

3.0
4.0

2.1

Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka

3-4

2.2

Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka

4-7

SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI


MALAYSIA

ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN


PENEMPATAN GURU PELATIH
4.1
4.2

5.0

Isu-isu yang membawa kebaikan


Isu-isu yang membawa keburukan

KESIMPULAN

RUJUKAN

7-8
7 -11
11-15
15
16-17

3
TAJUK : PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH

1. PENGENALAN
Guru pembina bangsa. Itulah yang sering diungkapkan oleh masyarakat. Namun untuk
melahirkan bakal guru bukanlah sesuatu yang perkara yang mudah. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2007), penghapusan bermaksud perihal (perbuatan,tindakan dan
sebagainya) menghapuskan. Jaminan pula membawa maksud tanggungan. Jaminan atau
tanggungan di sini ditujukan kepada pihak kerajaaan. Manakala penempatan bermaksud
perihal menempati atau menempatkan. Bakal guru ataupun dikenali juga sebagai guru
pelatih adalah terdiri daripada penuntut-penuntut bidang pendidikan sama ada di Institusi
Pendidikan Guru (IPG) mahupun di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang
menawarkan bidang pendidikan tidak kira jurusan apa sekalipun. Pada masa ini, guru
pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Walau
bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan
Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan
berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Pelbagai isu yang timbul hasil daripada
perubahan dasar yang baru sahaja ditimbulkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang
akan dilaksanakan sepanjang tahun 2011 sehingga 2015.
2. SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA.
2.1 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka
Sejarah pendidikan (rendah,menengah dan tinggi) di Malaysia pada umumnya
dipengaruhi oleh gelombang politik yang berlaku di Tanah Melayu dan serantau. Apabila
British campur tangan dalam pemerintahan Tanah Melayu sejak 1874, sistem pendidikan
tradisional secara beransur-ansur digantikan dengan sistem pendidikan baharu yang
dicorakkan untuk kepentingan British. Kejutan semasa Perang Dunia Kedua,

4
menyemarakkan kesedaran politik dan menyuntik semangat dalam kalangan penduduk
tempatan agar mereka mengambil berat tentang pendidikan yang bakal menentukan masa
depan nusa dan bangsa.
Berkaitan pendidikan aliran Melayu, sebelum penubuhan Maktab Perguruan
Melaka pada tahun 1901, tidak wujud sebarang latihan formal perguruan di NegeriNegeri Selat. Kekurangan guru diatasi dengan mengamalkan sistem mengupah murid
sekolah darjah atas mengajar sebagai guru. Kelemahan sistem ini ialah tiadanya
penyeliaan rapi daripada pihak pengurusan sekolah dan ramai pelajar yang

telah

menamatkan kursus dengan baik, akhirnya meninggalkan profesion perguruan kerana gaji
yang rendah. Akibatnya kerjaya guru sebelum tahun 1901 sebahagiannya diisi oleh para
penganggur yang separa terdidik. ( CO 717 Colonial Office 119/51668 Federated
Malay States Annual Report of the Education for the year 1935: 9).
Penubuhan MPSI di Tanjung Malim pada 23 November 1922 meningkatkan mutu
latihan profesion perguruan aliran Melayu. Dalam sejarah pendidikan tinggi di Malaysia,
MPSI bukan sahaja penting sebagai tapak yang melahirkan ramai pejuang kemerdekaan,
tetapi juga sebagai institusi latihan perguruan yang banyak menyumbang kepada
pembangunan pendidikan sehingga zaman setelah merdeka..
2.2 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka.
Kemerdekaan membawa kesan yang besar kepada semangat dan prinsip pendidikan di
Tanah Melayu. Tumpuan kini ialah kepada usaha mewujudkan suatu sistem pendidikan
kebangsaan tetapi turut membenarkan pengamalan bahasa dan budaya orang bukan
Melayu di Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, penubuhan universiti dan kolej di
Malaysia selepas merdeka berkait rapat dengan keperluan guna tenaga manusia dan hal
ini kelihatan dalam semua Rancangan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai
contoh, meskipun objektif utama RMK-1 (1996-1970) adalah untuk mengurangkan
masalah sosioekonomi dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan
jurang pendapatan antara rakyat di negara ini, kerajaan sedar bahawa pertumbuhan

5
ekonomi tidak boleh bertunjangkan bekalan bahan mentah sedia ada sahaja tetapi juga
kepada pengemblengan daya cendekia atau kuasa akal penduduknya. Selaras dengan itu,
institusi pendidikan juga ditubuhkan dengan lebih banyak lagi bagi mendidik bakal-bakal
guru dan memenuhi keperluan pendidik di seluruh Malaysia demi melahirkan generasi
yang seimbang dalam aspek yang menyeluruh.
Perkembangan dalam pendidikan tinggi di Malaysia menjadi bertambah rancak
dan berdaya maju apabila pengurusan pendidikan diberi tumpuan khusus dengan
penubuhan Kementerian Pendidikan Tinggi yang tersendiri pada 27 Mac 2004. Salah satu
wawasan pendidikan tinggi Malaysia ialah menyumbang kepada tuntutan untuk
membangunkan masyarakat dan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan pada peringkat
kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Pertumbuhan di dalam sektor perkhidmatan ini
menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat di dalam graf di
bawah :

Menurut Othman Mustapha (2010), di dalam RMK-10

(2011-2015) pula

memberikan penumpuan kepada lima teras strategis di mana salah satunya adalah
membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Rombakan di dalam sistem
pendidikan
keguruan dan

juga akan dilaksanakan dengan meningkatkan daya tarikan profesion


menghasilkan guru terbaik. Empat inisiatif utama mempertingkatkan

kualiti guru secara signifikan ialah :


2.2.1 Menjadikan profesion keguruan pilihan utama, dengan penekanan kepada ganjaran
kewangan, pembangunan kerjaya, berprestij, pembangunan nusa bangsa
2.2.2

Mengukuhkan latihan perguruan melalui latihan praktikum

2.2.3

Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

2.2.4

Peralihan kepada Sistem Terbuka dalam latihan guru

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian


tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara
bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik meneliti tahap
perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung
falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi,
perkembangan UPSI telah melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -1957),
era MPSI (1957 1987), dan era IPSI (21 Februari 1987 April 1997). Tiga era ini juga
memperlihat wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75
tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti,
apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997
menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 dan 133 yang bertarikh 24 Februari 1997
(Sumber : Laman web UPSI). Perubahan demi perubahan dapat dilihat kepada

7
perkembangan pendidikan tinggi (perguruan) di Malaysia. Ini adalah selaras dengan
peningkatan pasaran global demi memenuhi sumber perkhidmatan perguruan.

3. SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI MALAYSIA


Menurut Baharin Abu & Azura Abdul Aziz (2008), isu penempatan guru menjadi isu
yang paling hangat dikemukakan oleh guru pelatih kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia. Guru pelatih yang berada di tahun terakhir iaitu semasa semester dua tahun
empat, kesemua guru pelatih ini dikehendaki mengisi boring penempatan. Mengikut
prosedur, guru pelatih dikehendaki mengisi dua tempat pilihan mengajar mengikut
kehendak masing-masing. Walaubagaimanapun penentuan lokasi penempatan mengajar
bagi guru pelatih hanya akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Oleh yang demikian berbagai masalah masih juga timbul di mana terdapat guru pelatih
yang engkar dengan penempatan tersebut. Dato Noh Omar (Utusan Malaysia, 22 Mac
2007), masih terdapat sekolah-sekolah yang kekurangan guru. Beliau turut menyatakan
bahawa terdapat guru yang enggan ditugaskan di kawasan luar bandar.
Senario penempatan guru pelatih ini semoga dapat diperbaiki kearah yang lebih
baik dengan adanya pembentangan RMK-10 yang lalu dimana penghapusan jaminan
guru pelatih ini akan dihapuskan. Ini bermakna seandainya penempatan guru pelatih tiada
lagi jaminan dari KPM akan memberikan kesan kepada guru pelatih untuk
mempertingkatkan diri masing-masing dan lebih bersungguh untuk menerima
penempatan di lokasi seluruh Malaysia ini meskipun di kawasan luar bandar.
4. ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN
GURU PELATIH
Setiap sesuatu perlaksanaan dasar yang baru pasti akan menimbulkan beberapa isu yang
akan diperkatakan oleh masyarakat, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun

8
tidak. Isu-isu yang timbul terdiri daripada isu-isu yang membawa kepada kebaikan dan
juga keburukan:
4.1 Isu-isu yang membawa kepada kebaikan :
4.1.1

Hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik ditawarkan jawatan


guru

Menurut Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim (2009), bagi
Institusi Pendidikan Negara, khususnya membabitkan IPTA, pihak kerajaan telah
menekankan prinsip dan falsafah kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan
untuk pembangunan tamadun manusia. Buktinya, RMK-9 telah memperuntukkan
sejumlah bajet yang cukup besar (RM 1.15 bilion) bagi membangun dan
menambahbaikkan

institusi

pendidikan

negara

di

semua

peringkat

rendah,menengah dan tinggi. Yang lebih penting lagi, institusi pendidikan tinggi
(IPTA/IPTS) telah diberikan amanah mengambil inisiatif utama untuk
memodenkan dan memajukan ilmu pengetahuan, khususnya yang bakal
memberikan nilai tambah (value added) untuk program pembangunan negara
menuju wawasan 2020. Sehubungan itu guru-guru pelatih juga tidak terlepas
daripada senario ini. Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih akan
menjadikan mereka berlumba-lumba untuk memperolehi pencapaian terbaik bagi
mendapatkan penempatan.
4.1.2

Memastikan penetapan keperluan kualiti minimum.

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) sentiasa berusaha meningkatkan kualiti


tenaga pengajar dengan meningkatkan kelayakan guru. Sebelum tahun 1996, guru
pelatih yang mendapat latihan di maktab perguruan dianugerahi sijil. Tetapi sejak
tahun 1996, kursus di maktab perguruan telah dinaikkan taraf yang membolehkan
pelatih dianugerahi diploma setelah tamat kursus. Pada masa yang sama, semua
guru yang telah mempunyai sijil perguruan diberi latihan secara berperingkat

9
untuk dinaikkan taraf menjadi guru yang mempunyai diploma. KPM telah
mengurangkan jumlah guru yang tidak mempunyai latihan ikhtisas perguruan dan
meningkatkan jumlah guru yang mempunyai ijazah. Menurut sumber Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 1990-2000, menunjukkan
pertambahan seramai 42 972 orang guru (163.0%) yang mempunyai ijazah dan
pengurangan seramai 11 302 orang guru (-63.2%) yang tiada latihan pada tahun
2000 berbanding pada tahun 1990. Berlandaskan ini, di dalam perancangan RMK10 yang menyatakan bahawa jaminan penempatan kepada guru-guru pelatih akan
dihapuskan memberikan satu pandangan positif bahawa KPM perlu menetapkan
kualiti minimum kepada guru-guru pelatih ini bagi mereka melepasinya sebelum
terpilih untuk menjawat jawatan guru. Ini secara tidak langsung akan menaikkan
lagi kualiti guru-guru di Malaysia.
4.1.3

Meningkatkan lagi persaingan guru pelatih

Satu temuramah yang telah saya lakukan kepada dua orang guru pelatih yang
sedang menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,
Melaka sepakat menyatakan bahawa mereka akan lebih bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan tempat yang terbaik di sepanjang pengajian mereka sekiranya
mereka tiada jaminan penempatan dari KPM. Berbanding dengan keadaan
sekarang mereka belajar dalam keadaan yang selesa sahaja tanpa ada kerisauan
untuk memperolehi pencapaian terbaik kerana telah dijamin penempatan kerja
oleh KPM.
4.1.4

Menambahbaik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan

Satu temuramah yang telah saya jalankan kepada pihak pentadbir iaitu Guru
Besar dan Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,
Melaka juga sepakat menyatakan bahawa kualiti sistem pendidikan secara
keseluruhan akan bertambah baik lantaran pasti akan dilaksanakan kajian semula
tentang sistem pendidikan perguruan apabila pembentangan RMK-10 mengenai

10
penghapusan jaminan guru pelatih ini yang akan dilaksanakan disepanjang
tempoh RMK-10 ini.

Menurut Mohammed Sani Ibrahim (2007), di dalam

Standard Kompetensi Bakal Guru diadakan saringan di peringkat awal pemilihan


bakal guru lagi. Iaitu calon-calon yang terpilih mestilah terdiri daripada mereka
yang benar-benar ikhlas ingin menjadi insan guru. Calon-calon ini pula hendaklah
telah melepasi beberapa peringkat penapisan syarat-syarat yang telah ditetapkan
oleh kementerian sendiri.
4.1.5

Meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada sistem terbuka


bagi menambah sumber guru pelatih..

Menurut Jamil Ahmad & Norlia Goolamally (2008), Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) di Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab melatih guru-guru
untuk keperluan sekolah rendah dan menengah

melalui Program Pendidikan

Perguruan Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan. Kesemua program


dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu melahirkan guru-guru yang berketrampilan
tinggi dalam pelbagai bidang, berdaya saing , berakhlak mulia, mengamalkan
nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi. Institut Pendidikan Guru
(IPG) merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab menyediakan
bakal-bakal guru yang terlatih. Selain dari IPG, latihan perguruan juga
dilaksanakan oleh pihak universiti melalui Fakulti Pendidikan masing-masing.
Walau apa jua institusi yang melatih bakal-bakal guru ini, jaminan penempatan
bagi mereka tetap ada. Namun begitu di dalam

RMK-10 yang turut

membentangkan mengenai penghapusan jaminan penempatan guru pelatih juga


membawa kepada peralihan system sedia ada kepada sistem terbuka dalam
latihan guru. Sudah pastinya lebih banyak institusi-institusi pengajian tinggi
swasta akan wujud bagi mewarnai pertumbuhan sistem pendidikan perguruan di
Malaysia. Bakal-bakal guru juga sudah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh
bagi melengkapkan diri untuk menempatkan diri masing-masing di dalam
profesion perguruan yang memerlukan sumber tenaga professional.

11

4.1.6

Kredebiliti profesion perguruan dipandang tinggi.

Penghapusan jaminan guru pelatih juga akan membawa kepada

peningkatan

kredibiliti profesion perguruan itu sendiri di mana graduan-graduan yang lahir


dari institusi-institusi perguruan adalah mereka yang mencapai prestasi yang baik
sama ada keputusan akademiknya mahupun latihan perguruannya. Terdapat
perbezaan di antara guru yang berprestasi baik dan berprestasi lemah. Menurut
dapatan kajian oleh Halimah harun dalam Jurnal Pendidikan 31 (2006:83-96)
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia menggariskan ciri guru
pelatih yang berprestasi baik dan berprestasi lemah. Guru pelatih yang berprestasi
baik mempunyai sikap yang tidak menyalahkan orang lain jika ada kesilapan,
rajin, dedikasi dan selalu buat perubahan dalam pengajaran, seronok bekerja,
mengharap yang terbaik dan mengambil nasihat dan maklumbalas manakala sikap
guru yang berprestasi lemah adalah selalu menyalahkan pelajar jika hadapi
masalah dalam kelas, kecewa dengan kerjaya guru, tidak mendapat kepuasan,
menyatakan kerjaya guru membosankan dan tidak seronok, tidak mengambil
maklum balas daripada pengalaman lepas, malas, degil dan tidak mengambil
nasihat dan tidak menggalakkan pelajar untuk belajar.
4.2 Isu-isu yang membawa kepada keburukan :
4.2.1

Meningkatkan pengangguran kepada guru pelatih yang tidak mempunyai


keputusan yang baik.

Masalah siswazah menganggur merupakan satu isu yang member cabaran besar
terhadap perkembangan pendidikan tinggi Negara semasa. Walaupun jumlah
mereka yang menganggur tidak dipastikan secara mutlak, namun anggaran tidak
rasmi menunjukkan jumlahnya mencecah seramai 60 ribu orang atau merupakan
11 peratus daripada jumlah yang menganggur ( MTEN 2001, Ishak Yusoff et al.
2004, Zulkifly Osman & Ishak Yusoff 2005, Utusan Malaysia 2005a, Utusan

12
Malaysia 2005b) dalam Zulkifly Osman et al. (2006). Kadar pengangguran ini
adalah secara global tanpa mengambil kira bidang pengajian. Namun adakah
dengan

adanya

penghapusan

jaminan

penempatan

guru

pelatih

akan

mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran dalam bidang perguruan pula?


Ini sudah pasti akan berlaku kepada guru pelatih yang tidak mempunyai
keputusan yang baik. Ini dipersetujui oleh seramai 40 orang rakan guru dan 8
orang pula mengatakan tidak pasti berdasarkan soalselidik yang saya lakukan di
SK Batu Berendam 2, Melaka.
4.2.2

Peningkatan gejala sosial

Menurut Ab. Rahman Ismail (2008), gejala sosial adalah perlakuan negatif
anggota masyarakat yang tidak memberi manfaat kepada kekuatan amalan sistem
sesebuah negara. Justeru, ia akan menjejaskan keseimbangan pembangunan
negara. Senario gejala sosial sejak akhir-akhir ini berlaku dengan berleluasa. Ini
berkait rapat juga dengan pengangguran di kalangan guru pelatih. Kesan daripada
pengangguran guru pelatih yang tidak mendapat penempatan mengajar ini juga
akan mengakibatkan gejala sosial semakin meningkat. Ini adalah disebabkan
mereka tiada pekerjaan yang tetap dan juga desakan ekonomi yang memuncak.
4.2.3

Standard Kompetensi Bakal Guru yang lebih ketat

Pemilihan bakal guru hendaklah dibuat berdasarkan tapisan dan beberapa kriteria
seperti tapisan pertama: peringkat awal permohonan, tapisan kedua: ujian
kecergasan pelbagai (multiple intelligent test), tapisan ketiga: temuduga dan
tapisan keempat: pemeriksaan perubatan. Bakal-bakal guru juga perlu melepasi
Standard Kompetensi Bakal Guru, merupakan pernyataan-pernyataan yang
menjelaskan penghasilan yang perlu dicapai iaitu standard 1: kelayakan
akademik, standard 2: kepelbagaian kemahiran dan standard 3: Sahsiah dan
keterampilan ( Mohammed Sani Ibrahim, 2007). Sehubungan itu dengan
terlaksananya

penghapusan

jaminan

penempatan

guru

pelatih

dan

13
mengenengahkan sistem terbuka di bidang pendidikan perguruan maka sudah
pastilah segala tapisan dan standard-standard yang perlu dipenuhi oleh bakalbakal guru menjadi lebih ketat untuk dilepasi kerana persaingan yang lebih
banyak perlu ditempuhi.
4.2.4

Bidang perguruan semakin ditakuti untuk diceburi

Laporan di dalam akhbar Utusan Malaysia 5 Julai 2010 menyatakan, jika anda
bercita-cita dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda
berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini.Nyata sekali, UPSI tidak
pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya.
Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus
yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia.
UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab
itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam
menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.
Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan
kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolahsekolah. Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih
boleh menjadi pensyarah di politeknik. Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang
berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya
tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh
menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang
akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.
Dari laporan yang dinyatakan oleh pihak akhbar, akan menjadikan bidang
perguruan ini semakin ditakuti untuk diceburi oleh bakal-bakal graduan kita. Ibu
bapa juga yang dahulunya menjadikan bidang perguruan sebagai pilihan pertama
untuk membuat pilihan bagi anak-anak mereka melanjutkan pelajaran, kini

14
menjadi pilihan yang lebih ke bawah ataupun boleh menjadi pilihan terakhir jika
isu ini berlanjutan.

4.2.5

Sistem pendidikan tinggi yang tidak terkawal

Utusan Malaysia bertarikh 5 Julai 2010 melaporkan, masyarakat masih


beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan
Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan
di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin
melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin
ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru. UPSI
meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan
berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan
semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran
sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan
melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
Manusia. Senario yang berlaku ini menjadi satu kebimbangan pada seluruh
masyarakat lebih-lebih lagi di dalalam pelaksanaan penghapusan jaminan
penempatan guru pelatih di dalam tempoh RMK-10 ini.

4.2.6

Tiada lagi jaminan kerjaya bagi graduan pendidikan

Di dalam satu laporan akhbar Berita Harian Online bertarikh 10 Disember 2010,
yang menyentuh tentang Memartabatkan profesion guru bukan dengan
penyerapan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menyatakan meskipun GSTT
banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke
jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang
berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan. Dengan penyerapan
GSTT ke

jawatan tetap akan menyebabkan lebih ramai bakal guru untuk

15
mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Ini
menunjukkan graduan pendidikan tiada lagi jaminan kerjaya perguruan bagi
mereka kerana terpaksa bersaing dengan pelbagai pihak termasuklah GSTT.
Segala isu yang timbul ekoran daripada penghapusan jaminan penempatan
guru pelatih berdasarkan sepanjang pelaksanaan tempoh RMK ke-10 ini sama ada
baik atau pun buruk perlulah dipandang positif oleh seluruh masyarakat Malaysia.
Segala perancangan dan pelaksanaan bagi setiap pembaharuan yang ingin
dilaksanakan adalah bermotifkan kearah yang lebih baik dan dipandang tinggi
oleh seluruh dunia terhadap perkembangan pendidikan negara kita.

5. Kesimpulan
Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik memerlukan
profesion perguruan membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Anjakan
secara holistik yang harus diketengahkan ini perlu bersifat proaktif di mana semua
pihak turut terlibat sama ada diperingkat dasar, institusi pendidikan, bakal-bakal
guru dan juga masyarakat. Ini adalah bagi memastikan profesion ini kekal sebagai
profesion yang mulia, profesional dan akan terus mendapat tempat dalam
masyarakat. Bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, maka
tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu profesion perguruan adalah amat
relevan sekali.Oleh itu apa juga perubahan yang telah dan bakal dilaksanakan oleh
kerajaan perlulah kita bersama-sama mengembleng tenaga untuk menjayakannya
demi mempertingkatkan taraf profesion perguruan di Malaysia.

16

Rujukan

Ab. Rahman Ismail. 2008. Gejala sosial remaja: implikasi terhadap keselamatan negara.
Jurnal YADIM Bil 10: 240 255.
Bahrin Abu dan Azura Abdul Aziz. (2008). Tahap Kesediaan Guru Pelatih UTM
Berkhidmat di Sabah Dan Sarawak. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia.
Berita Harian Online. 10 Diseber 2010
CO 717 Colonial Office. Federate Malay States Education Policy in Malaya 1920-an
1950-an).
Halimah Harun. Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan 31, 2006 83-96.
http://www.tutor.com.my/
http://www.upsi.edu.my/
Jamil Ahmad & Norlia Goolamally. (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem
Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Open University Malaysia.
Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim. 2009. Perubahan sosial dan
impaknya terhadap pembentukan modal insan menurut Ibn Khaldun. Jurnal
Hadhari Bil 1: 45-76

17
Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion Perguruan. Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Kamus Dewan. 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.th.). Pembangunan pendidikan 2001-2010
perancangan bersepadu penjana kecemerlangan pendidikan.
Othman

Mustapha.

(2010).

Rancangan

Malaysia

Kesepuluh

(RMKe-10)

dan

Pendidikan: Matlamat dan Teras. Program Seminar Siswazah Universiti Malaya.


Utusan Malaysia 5 Julai 2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info.
Utusan Malaysia 22 Mac 2007 http://www.utusan.com.my/utusan/info
Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Graf pertumbuhan RMKe9.
Zailan Moris. (2007). 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (29572007). Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.
Zulkifly Osman, Ishak Yussof dan Zainizam Zakaria. (2006). Hala Tuju dan Cabaran
Pendidikan Tinggi Negara di Bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (20062010).

18

You might also like