Professional Documents
Culture Documents
1.
NAMA
: i. Hasnan bin Yusop ii. Azhari bin Wahab : i. 670527-03-5019 ii. 810928-11-5505 : i. Pegawai Hidupan Liar G48 ii. Pegawai Hidupan Liar G41 : Jabatan PERHILITAN
2.
NO.K/PENGENALAN
3.
JAWATAN
4. 5. 6.
JABATAN
TAJUK KURSUS/SEMINAR : Lawatan Sambil Belajar ke Singapura TEMPAT : Singapore Zoo, The National Orchid Garden, Sungei Buloh Wetland Reserve, Jurong Bird Park. : 25 Mei 2011 27 Mei 2011 / 3 Hari
7. 8.
TARIKH/TEMPOH
PERBELANJAAN/TAJAAN : Bahagian Pembangunan (Pembangunan Modal Insan - PMI), Jabatan PERHILITAN KANDUNGAN KURSUS Tarikh 25 Mei 2011 Rabu 2.00 pm - 10.00 pm 26 Mei 2011 Khamis 8.00 am - 6.00pm 27 Mei 2011 8.00 am 6.30pm :
9.
10.
Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi hasil daripada Lawatan Sambil Belajar ke Singapura ini. Antaranya adalah dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta dapat mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman dalam pengurusan hidupan liar dalam kurungan, landskap dan penyelenggaraan kawasan. Faedah yang lain adalah mengenalpasti dan mempelajari teknik-teknik terkini serta teknologi dan jalinan kerjasama dapat dikongsi dalam pengurusan kawasan tanah lembab dan hidupan liar dalam kurungan. Terdapat juga beberapa konsep landskap serta sistem pengurusan di tempat-tempat yang dilawati boleh digunapakai di Paya Indah Wetlands bagi meningkatkan imej PIW.
Singapore Zoo & Night Safari Zoo merupakan tempat eksibit hidupan liar yang dibuka untuk kunjungan orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat hidupan liar yang dipamerkan. Oleh yang demikian, banyak kemudahan dan aktiviti yang disediakan bagi memudahkan pelawat mendapat kepuasan dalam kunjungan mereka. Antaranya adalah seperti berikut:
Penulisan papantanda informatif dan interaktif yang memberi maklumat kepada pelawat mengenai kedudukan hidupan liar pada masa kini serta perkara yang wajar dan tidak wajar dilakukan terhadap hidupan liar tersebut.
Konsep eksibit terbuka amat menarik perhatain pelawat. Selain dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat, pelawat juga berpeluang berinteraksi dengan hidupan liar yang tidak merbahaya tanpa halangan pagar atau tembok pemisah.
Papantanda masa memberi makan hidupan liar disediakan. Pelawat tidak terkeliru dan bebas memilih untuk memberi makan hidupan liar yang diminati.
Perkhidmatan tram, buggy dan kereta tolak disediakan bagi memudahkan pelawat mengelilingi kawasan Zoo yang luas serta perkhidmatan ini juga boleh digunakan oleh pelawat yang kurang upaya dan kanak-kanak.
Night Safari dan Zoo Singapore merupakan dua lokasi yang berbeza dan ini membolehkan pengunjung melihat 2 situasi dan kategori hidupan liar yang berbeza iaitu nokturnal dan diurnal. Disamping itu, kebajikan hidupan liar juga lebih terjaga kerana waktu hidupan liar didedahkan kepada pelawat adalah kurang dan ini dapat mengurangkan stress hidupan liar tersebut.
The National Orchid Garden Lebih 2000 spesies orkid boleh ditemui di taman ini. Setiap tahun proses hybrid telah dilakukan oleh pengurusan taman bagi memastikan semua orkid yang ditanam boleh bertahan di dalam taman ini. Semua pelawat yang datang amat mengangumi dan dapat menikmati kepelbagaian, kekayaan dan keindahan orkid ini.
Rumah sejuk ini menempatkan orkid yang kebiasaanya tumbuh di atas pergunungan hutan hujan tropika.
Pengurusan tanam menyediakan beberapa tempat dengan tanaman orkid yang menarik untuk dijadikan kawasan photo spot oleh pelawat.
Sungei Buloh Wetland Reserve Merupakan kediaman spesies flora dan fauna tanah lembap serta burungburung berhijrah. Aktivi atau akawalan penguatkuasaan undang-undang yang ketat bagi mengekalkan kebersihan kawasan serta menjaga keselamatan hidupan liar dan pelawat.
Sukarelawan dikalangan pelajar IPT/sekolah yang bertindak sebagai fasilitator junior untuk membantu mengendalikan program kesedaran awam. Ini memberi kelebihan kepada jabatan dalam mendekati pelajar bagi menanamkan semangat menjaga alam sekitar, khususnya hidupan liar.
Bilik Interpretif yang didekorasikan menggunakan warna menarik perhatian pelawat untuk melihat dan membaca informasi yang ditulis.
Bahagian bawah bumbung wakaf dihiasi dengan kepingan hasil lukisan tangan oleh peserta-peserta program pembersihan dan program kesedaran sebagai penghargaan.
Menara pemerhatian dibina melebihi kanopi pokok supaya pelawat dapat melihat keseluruhan kawasan serta burung yang bertenggek di atas pokok.
Papantanda pemberitahuan no. telefon yang boleh dihubungi jika pelawat mengalami kecemasan.
Merupakan eksibit bagi kebanyakan spesies burung. Pelbagai aktiviti disediakan yang mampu memberi perbezaan pengalaman kepada pelawat. Eksibit terbuka dan tertutup yang dibina amat mesra pelawat serta memberi keselesaan kepada hidupan liar yang dipamerkan.
Tren disediakan di dalam kawasan taman bagi memudahkan pelawat meninjau kawasan taman dari atas. Tren tersebut melalui kawasan-kawasan eksibit terbuka dan tertutup yang boleh melihat burung-burung dengan jelas.
Di taman burung ini juga diadakan persembahan burung-burung untuk pelawat secara terbuka. Pelawat juga diberi peluang untuk beraksi bersama burungburung yang dilatih khas agar mendegar arahan.