You are on page 1of 7

6.

0 KONSEP ALAM Maksud Alam

Segala mahkluk yang ada di langit dan di bumi yang diciptakan oleh Allah SWT. Untuk kegunaan dan kemudahan manusia. Penciptaan alam ini adalah untuk menyempurnakan kehidupan manusia di dunia. Bahagian Alam

Alam Musyahadah Alam Ghaib Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keupayaan akal manusia. Contohnya seperti haiwan tumbuhtumbuhan, bahan galian dan sebagainya Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia. Kewujudan alam ini dapat di fahami melalui keimanan dan keyakinan yang teguh kepada Allah SWT. Contohnya pahala, dosa, Malaikat, alam akhirat, alam arwah, alam arasy dan alam kursi.

Perbezaan antara Alam Musyahadah dengan Alam Ghaib Alam Musyahadah Alam yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia Boleh dimanfaatkan untuk kemudahan Manusia Alam yang boleh dikaji dan dibuat penerokaan untuk mengetahui kegunaannya Semua manusia dapat melihat alam Musyahadah Alam Ghaib Alam yang tidak boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia. Alam Ghaib adalah untuk menguji tahap keimanan manusia Akal manusia tidak mampu memikirkan hakikat sebenar alam ghaib Hanya orang yang mati sahaja akan berada dalam alam ghaib

Kenikmatan yang diperolehi di alam ini tidak kekal

Kenikmatan yang diperoleh dalam alam ini seperti syurga, neraka akan kekal selama-lamanya

Hikmah beriman dengan perkara ghaib Menjadikan manusia taat dan patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT. Menjadikan manusia takut melakukan maksiat dan kemungkaran kerana menyedari bahawa malaikat sentiasa memerhati perbuatan mereka Menjadikan manusia sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT. Menjadikan manusia melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah SWT. Menjadikan manusia sentiasa istiqamah dalam melakukan pekerjaan. Menjadikan manusia mempunyai motivasi yang tinggi dalam kehidupan seharian. Hikmah kerahsiaan alam ghaib Menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Menguji keimanan manusia kepada perkara ghaib Meningkatkan ilmu pengetahuan manusia Menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT. Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Alam Ghaib yang akan dilalui setiap manusia selepas mati Mati Alam Kubur Kiamat Hari Kebangkitan

Syurga

Padang Masyhar Titian Sirat Mizan

Neraka

Alam tanda kekuasaan Allah Keunikkan alam ini menunjukkan kekuasaan penciptaannya. Kesempurnaan Alam ini melambangkan kesempurnaan Allah SWT. Tiada sebarang mahkluk pun yang dapat menandingi kekuasaan Allah SWT. Cara meningkatkan keimanan dengan melihat Alam ini Menyakini bahawa semua yang ada dalam alam ini adalah milik Allah SWT Menyakini alam ini adalah sementara dan akan musnah. Menyakini bahawa penciptaan alam ini tidaklah sia-sia 7.0 KONSEP KEHIDUPAN

Sebenarnya sejak dari dulu cendekiawan dari seluruh dunia lagi mengkaji tentang kehidupan dan ilmu kerohanian. Sebelum zaman kebangkitan barat, semua pengkaji dan pemikir datang dari timur. ini tidak berkecuali para pemikir islam yang mengkaji dari pelbagai sumber sehinggalah ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism) diterokai. Malangnya, ada segelintir manusia yang mempelajari ilmu kerohanian ini atau ilmu tasawwuf untuk mendapat kelebihan sesuatu seperti kebal , berjalan atas air, dan sebagainya.

Guru kerohanian, para Nabi-Nabi, ahli sufi, para rishi, arahat, sami dan pendeta telah cuba mengungkapkan rahsia kehidupan melalui pelbagai model untuk memudahkan orang awam. Pernahkah kita terfikir, adakah di Arasy Allah ada Hukum seperti didunia yang kita diami ini? Sebenarnya Allah mencipta dunia ini dengan kehendaknya. Di mana kesemua jenis hukum manusia. semua jenis turutan dalam alam semesta. hukum gravity, hukum apungan air, suhu maksimum kepanasan dan apa yang wujud di dalam dunia ini adalah dengan kehendak Allah Taala.

Allah SWT mencipta semua itu untuk menguji manusia semasa hidup di dunia.

Tetapi manusia lalai dengan kemewahan dunia sehingga manusia tidak dapat membayangkan nikmat syurga dan seksaan api neraka. Allah SWT dah

'memprogramkan' kehidupan manusia dengan kemampuan yang terbatas.

Dunia ini tidak lain tidak bukan adalah salah satu permainan untuk menguji hamba-hamba-Nya yang mana ada satu kuasa yang hebat telah merancang undangundang dan hukum-hukum alam didalamnya. Firman Allah Taala yang bermaksud: Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau..." (surah Muhammad ayat 36)

Sebelum kita dilahirkan, semasa kita berada di alam roh, kita telah mengakui bahawa Allah SWT itu tuhan kita. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi" -Al A'raf 172 Allah Taala telah memberi tugasan kepada kita berdasarkan firman -Nya yang bermaksud : Dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia itu kecuali u ntuk beribadah (menyembah) kepadaKu

Kita dilahirkan ke dunia bukan untuk membuat pilihan, tetapi kita sudah buat pilihan semasa dalam rahim ibu kita. Sekarang, kita cuba cari dan mengerti pilihan yang kita buat. Mengapa kita dilahirkan didunia? Apakah tujuan hidup kita?. Ingatlah, manusia dihudupkan dengan tanggungjawab iaitu mengabdikan diri kepada Allah Taala pencipta sekelian alam. semua yang wujud dalam dunia ini mempunyai kelemahan, boleh termusnah dan bersifat sementara.

8.0 KONSEP KEMATIAN.

Setiap manusia akan mati sama ada orang tua, dewasa, orang muda, atau kanak-kanak. Kematian seorang manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT dan telah tertulis di Loh Mahfuz dan semasa dalam kandungan seorang ibu ajal maut seseorang telah pun ditetapkan. Inilah saat dinanti-nantikan setiap manusia, tidak kira agama apa yang dianuti, pastinya mati akan datang menjemput kita. Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadis, kita mempercayai kehidupan, kematian, dan kehidupan selepas mati wajib dilalui semua manusia.

Bagaimana sihat seseorang, berkuasa dan dilimpahi dengan kekayaan, manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah, Nabi dan Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Tuhan, bahkan yang menjadi kekasih Allah pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di Padang Mahsyar. Firman Allah SWT yang bermaksud: Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat . (Surah an-Nisaa, ayat 78)

Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri kerana jasadnya menjadi busuk, dimakan cacing, tulang belulang menjadi hancur lebur dan roh keluar dari badan manusia.

Kubur atau alam barzakh adalah tempat permulaan alam akhirat. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh.

Sebaik saja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengebumikan dan

berjalan pulang, maka suasana gelap, dua malaikat Munkar dan Nakir datang menghampiri serta mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah, alam barzakh adalah episod ngeri hingga datangnya hari kiamat.

Mereka berkeadaan seperti orang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan. Ingatlah wahai sekalian umat Islam bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang yang bercakap mengenai kematian, alam barzakh dan Mahsyar kerana sibuk dengan kelazatan kehidupan dunia.

Akhirnya mereka terkejut besar apabila Malaikat Izrail datang mencabut nyawa. Saidina Ali pernah berkata: Manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga daripada tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak.

Kesibukan mencari keseronokan dunia adalah penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Contohnya, penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan terlarang bagi menambah lagi nikmat keseronokan.

Perbuatan ini seolah-olah menggali lubang kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung seksaan hidup dengan penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ada ajaran sesat tidak menerima hakikat kematian pemimpinnya. Mereka sering mendakwa keajaiban pemimpin yang kadang kala lebih hebat daripada Rasulullah SAW dan Khulafa alRasyidin.

Firman Allah SWT bermaksud: Tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali-Imran, ayat 185)

Menghadapi kematian pemimpin yang disayangi sememangnya perit dan sukar diterima. Kita perlu mencontohi sikap waras Abu Bakar ketika berdepan kewafatan Nabi SAW. Beliau memujuk Umar al-Khattab yang masih terkejut seraya berkata: Ketahuilah, sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah sentiasa hidup tidak akan mati.

Oleh itu perbanyakkanlah amal ibadah, amal soleh, amal kebajikan dan sedekahlah sebanyak yang mampu kerena sedekah yang ikhlas akan meringankan azab di alam barzakh dan hari akhirat. Sedekah jariah yang berterusan akan mendapat perlindungan Arasy di Padang Mahsyar dan membatu ketika timbangan amal (Mizan), terdapat pintu khusus di syurga untuk mereka yang banyak bersedekah ketika di dunia. Mereka yang banyak bersedekah dengan rahmat Allah SWT akan diizinkan masuk kepintu tersebut dengan hati yang tenang dan gembira.

You might also like