You are on page 1of 1

Kepada, En.

Lee Sin Fatt Ketua Unit Pengajian Cina Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. 23 MEI 2013.

Tuan, Permohonan untuk Meminjam Peralatan

Dengan segala hormatnya, saya Belinda Hii Lu Ing, pelajar PPISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2012 Semester 2 ingin memohon kebenaran tuan untuk meminjam peralatan dari Persatuan Bahasa Cina atas tujuan penggunaan dalam persembahan tarian kipas sempena perayaan Jubli Emas IPG Kampus Gaya.

2. Peralatan yang kami pinjamkan termasuklah 9 buah kipas dan 9 set pakaian tradisional cina. Kami akan memulangkan peralatan-peralatan tersebut pada 8 Julai 2013 (Isnin).

3. Semoga tuan dapat menghulurkan bantuan atas hal ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak tuan dalam hal ini.

Sekian.

Saya yang benar,

(BELINDA HII LU ING)

You might also like