You are on page 1of 8

Soalan 1:

Judy telah mengambil gambar Jimmy, Karen dan Mike. Dia tanya mereka, "Berapakah banyak cara boleh tiga anak bersama berdiri dalam satu garis?"

Strategi 1 : Menggunakan model (Use a model)

Langkah 1 : Memahami masalah

1) Untuk mencari cara yang berbeza yang tiga anak boleh berdiri dalam satu garisan. 2) Untuk mencari bahawa setiap anak boleh menjadi yang pertama, kedua atau ketiga.

Langkah 2 : Menyusun rancangan

1) Mana-mana anak boleh menjadi yang pertama, kedua atau ketiga

Langkah 3 : Melaksanakan rancangan

JIMMY

KAREN

MIKE

Ketika membina model, perhatikan bahawa ada 2 cara untuk Jimmy menjadi yang pertama, 2 cara bagi Karen untuk menjadi yang pertama dan 2 cara bagi Mike menjadi yang pertama. Pertama, mari kita bermula dengan:

Tapi, ada juga cara lain di mana anak-anak boleh berdiri segarisan.

Maksudnya ada 6 cara anak-anak boleh berdiri sejajar. 1. Memastikan semua cara tiga kanak-kanak boleh berdiri dalam satu garisan dikira semula. Memastikan Jimmy berdiri pertama dan mempunyai 2 gambar yang mendapati Karen dan Mike berdiri di tempat yang berbeza. Memastikan Karen berdiri pertama dan mempunyai 2 gambar yang mendapati Karen dan Mike berdiri di tempat yang berbeza. Memastikan Mike berdiri pertama dan mempunyai 2 gambar yang mendapati Karen dan Jimmy berdiri di tempat yang berbeza. Oleh itu, semua terdapat 6 cara yang boleh ketiga-tiga kanak-kanak tersebut bersama berdiri dalam satu garis.

Langkah 4: Menyemak semula

2. Setiap tujuan dilaksanakan untuk mencari jumlah cara tiga orang anak-anak boleh berdiri sejajar.

Strategi 2 : Membuat Jadual (Make a Table)

Langkah pertama : Memahami masalah

1) Untuk mencari cara yang berbeza di mana tiga anak boleh berdiri dalam satu garisan . 2) Perhatikan bahawa setiap anak boleh menjadi yang pertama, kedua atau ketiga.

Langkah kedua : Menyusun rancangan

1. Anak yang mana-mana boleh menjadi yang pertama, kedua atau ketiga. 2. Membuat jadual untuk mencari semua cara yang berbeza. Pilih salah satu anak-anak menjadi yang pertama, dan satu lagi untuk kedua. Yang terakhir akan menjadi ketiga.

Langkah ketiga : Melaksanakan rancangan

Apabila membuat jadual, notis bahawa mempunyai 2 cara untuk Jimmy menjadi yang pertama, 2 cara bagi Karen untuk menjadi yang pertama dan 2 cara bagi Mike menjadi yang pertama. Pertama Jimmy Jimmy Karen Karen Mike Mike Kedua Karen Mike Jimmy Mike Karen Jimmy Ketiga Mike Karen Mike Jimmy Jimmy Karen

Kesimpulannya, ada 6 cara yang membolehkan anak-anak berdiri dalam satu garisan.

Langkah keempat: Menyemak semula

1. Memastikan semua cara tiga kanak-kanak boleh berdiri dalam satu garisan dikira semula. Memastikan Jimmy berdiri pertama dan mempunyai 2 gambar yang mendapati Karen dan Mike berdiri di tempat yang berbeza. Memastikan Karen berdiri pertama dan mempunyai 2 gambar yang mendapati Karen dan Mike berdiri di tempat yang berbeza. Memastikan Mike berdiri pertama dan mempunyai 2 gambar yang mendapati Karen dan Jimmy berdiri di tempat yang berbeza. Oleh itu, semua terdapat 6 cara yang boleh ketiga-tiga kanak-kanak tersebut bersama berdiri dalam satu garis.

2. Setiap tujuan dilaksanakan untuk mencari jumlah cara tiga orang anak-anak boleh berdiri sejajar.

Justifikasi

Dalam soalan ini, strategi 1 iaitu menggunakan model lebih sesuai untuk menyelesaikan masalah ini.

Model ialah bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk dan menjelaskan bagaimana sesuatu (misalnya mesin) berjalan. Terdapat tiga jenis model, antaranya ialah model berskala, model potongan dan model olok-olok. Kebaikan menggunakan model adalah kerana ia mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh dilihat, ia boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kesesuaian penglihatan, ia boleh menunjukkan objek yang tersembunyi atau tertutup malah ia boleh menunjukkan ciri-ciri yang penting. Di samping itu juga, model boleh memuatkan objek sebenar yang kompleks dan boleh dibuka dan dipasang semula. Model akan membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih baik, menarik dan fleksibel.

Ia mewakili benda-benda yang besar yang boleh bergerak seperti muka bumi atau sistem solar, benda-benda yang lebih kecil seperti atom atau bendabenda yang besar seperti gunung atau bangunan tinggi. Benda-benda lain yang boleh dijadikan model termasuklah benda-benda yang hidup seperti badak sumbu, manusia, katak, nyamuk, dan sebagainya. Terdapat juga model yang lebih halus dan canggih seperti enjin jam, kapal selam dan sebagainya. Pengaplikasian benda-benda yang kongkrit seperti model boleh membantu proses pembelajaran terutama semasa peringkat awal dalam proses

pembelajaran.

Model-model ini diperbuat daripada kertas lumat, tanah liat, plastik, abuk kayu dan sebagainya. Dalam pelajaran seni halus bahan-bahan mentah ini digunakan untuk membuat boneka, topeng, tembikar dan sebagainya. Model biasanya digunakan dalam pelajaran sains, matematik, geografi, dan bahasa. Dalam mata pelajaran Perdagangan dan Kemahiran Hidup, model-model juga

digunakan sebagai bahasa simulasi. Tadika juga banyak menggunakan modelmodel dalam pengajaran gengan lebih menumpukan kepada kaedah simulasi dan permainan.

Dengan menggunakan model dalam soalan ini, kita boleh melihat susunan Jimmy, Karen dan Mike yang berbeza dengan jelas. Saya memilih strategi ini adalah kerana kanak-kanak yang masih kecil lebih suka model yang cantik. Dengan sebab inilah, saya akan lebih senang mejelaskan cara menyelesaikan masalah kepada kanak-kanak yang masih belajar di sekolah rendah.

Dengan model ini, kita bolehlah kaitkan nama tokoh-tokoh dalam soalan kita dengan tokoh-tokoh katun yang paling terkenal dan menarik. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan berasa menarik terhadap soalan ini dan memberi semua tumpuan kepada guru-guru yang sedang mengajar. Dengan model inilah, kanak-kanak lebih mudah mendapat idea-idea yang ingin disampaikan oleh guru.

Refleksi

Semasa saya baru menerima kerja kursus ini, saya berasa beban kerana pada mulanya saya tidak tahu sebarangan maklumat tentang penyelesaian masalah dengan menggunakan model Polya.

Saya berasa bersyukur kerana tugasan ini dibuat dalam kumpulan dan dapat berkongsi ilmu dengan ahli kumpulan saya. Dalam kerja kursus ini, kami telah memberi banyak idea yang kreatif dan kritis masing-masing. Dalam proses kerja kursus ini, saya mendapati sifat kerjasama adalah amat penting dalam kehidupan kita. Hal ini demikian, kita akan lebih mudah untuk menyiapkan sesuatu tugas.

Untuk menyelesaikan kerja kursus ini, saya telah pergi perpustakaan IPG KAMPUS GAYA untuk mencari maklumat. Saya berasa bersyukur kerana perpustakaan institut yang saya berada mempunyai buku-buku yang berbagai supaya menyenangkan pelajar institute ini mencari maklumat. Tambahan pula, saya juga menyedari bahawa Internet merupakan suatu bahan yang penting dalam kehidupan kita. Apabila saya tidak dapat mencari maklumat yang saya ingin dari perpustakaan, saya telah melayari internet untuk mendapat maklumat yang lebih dan mendalam. Teknologi yang maju ini telah memudahkan saya membuat kerja kursus kerana saya menggunakan Microsoft Word untuk menjalanan sepanjang kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana saya telah menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Kerja kursus ini adalah hasil saya sepanjang sebulan ini. Harap pensyarah saya akan memuaskan kerja kursus saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah memberi bantuan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Disediakan oleh: Goh Kah San

You might also like