You are on page 1of 1

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat majmuk di Negara kita. Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalam masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza, bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang dibuat murid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka sahaja tanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Hal ini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan murid tersebut. Pendedahan awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya ini harus diberikan kepada para pendidik supaya mereka dapat memahami serta mengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid. ecara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan warga sekolah. !ara ini juga dapat merapatkan jurang antara murid yang mempunyai tara" sosioekonomi yang berbeza terutamanya bagi kaum #ndia yang setengah daripada mereka terdiri daripada golongan bawahan dan jauh beza dari kaum lain. eterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan negara. $uru perlu menguruskan bilik darjah yang mesra supaya dapat membentuk suasana yang kondusi" untuk murid yang terdiri dari pelbagai kaum di Malaysia. %malan pedagogi yang rele&en perlu diterapkan supaya moti&asi murid sentiasa berada di tahap yang tinggi untuk menerima proses pembelajaran yang dilaksanakan. etelah melaksanakan pengurusan kelas yang sesuai dengan pelbagai budaya murid, guru pula disarankan untuk melaksanakan proses penilaian supaya tidak ada murid yang tercicir dari arus pendidikan yang akhirnya akan memberi impak kepada pembangunan negara. Murid yang dikenal pasti bermasalah perlulah dibantu walau dengan apa cara untuk memberikan peluang pendidikan yang adil kepada semua rakyat.

You might also like