You are on page 1of 4

LAPORAN PEMBENTANGAN PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan Eklektik Pembentangan pertama merupakan tugasan yang mengkehendaki saya dan ahli

kumpulan yang terdiri daripada Norhaslinda, Mohd Faiz dan Mohammad Anas menyediakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang mengaplikasikan pendekatan pengajaran eklektik. Pendekatan pengajaran eklektik merupakan gabungan dua pendekatan, iaitu pendekatan induktif dan deduktif. Dalam mengaplikasikan pendekatan ini, guru seharusnya menguasai kedua-dua pendekatan tersebut agar dapat melaksanakan p&p yang menarik dan berkesan. Tajuk pengajaran kami pada hari tersebut ialah Suasana Di Pasar Malam. Guru memulakan sesi p&p dengan pendekatan induktif di mana fakta atau contoh dikemukakan dengan tayangan video yang menggambarkan Suasana Di Pasar Malam kepada murid. Oleh sebab video yang hendak ditayangkan tidak dapat dibuka, kami meminta bantuan rakan-rakan lain untuk melakonkan Suasana Di Pasar Malam. Kemudian, guru membuat kesimpulan dengan menceritakan suasana di pasar malam berdasarkan video yang ditayangkan serta menceritakan kepada murid apa yang terdapat di pasar malam. Selepas membuat kesimpulan, guru meminta murid memberi contoh dengan menggunakan kaedah penyoalan kepada murid. Kami meneruskan pembentangan dengan menggunakan pendekatan deduktif di mana guru membuat kesimpulan sebelum meminta murid memberikan contoh-contoh berdasarkan soalan yang disoal. Kesimpulan yang dibuat guru adalah berdasarkan jawapan yang disoal murid pada langkah yang sebelumnya. Setelah murid memberi contoh, guru meminta murid membuat generalisasi dengan menulis karangan pendek berdasarkan gambar yang ditayangkan. Dengan menggunakan pendekatan eklektik, guru dapat mempelbagaikan aktiviti yang dapat menarik minat murid agar terlibat dengan aktif dalam p&p yang dilaksanakan.

LAPORAN PEMBENTANGAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA - Simulasi Kumpulan kami telah ditugaskan untuk membentang satu aktiviti yang berkaitan dengan simulasi. Seperti yang diketahui, simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan hamper menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesame sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat dan membincangkan keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang timbul. Aktiviti yang kami jalankan bagi teknik simulasi ialah dengan mengadakan perbincangan yang seakan-akan dengan rancangan Wanita Hari Ini di mana kami memilih topik Kes Pembuangan Bayi yang makin berleluasa pada masa kini sebagai satu isu yang harus dicari jalan penyelesaian untuk mengurangkannya. Kami memainkan peranan masing-masing sebagai pengacara, Pakar Motivasi, Ketua Polis Daerah, Wakil Pelajar IPT dan individu yang pernah terlibat dalam gejala pembuangan bayi. Sebelum mengadakan sesi perbincangan, kami memulakannya dengan lakonan kes pembuangan bayi agar dapat menggambarkan situasi yang ingin dibincangkan. Perbincangan dimulakan dengan pengacara menyoal setiap individu berdasarkan peranan masing-masing. Pakar Motivasi telah membincangkan perkara yang menjadi faktor kepada gejala ini yang kian berleluasa terutamanya di kalangan remaja. Manakala Ketua Polis Daerah telah membincangkan tentang statistik kes pembuangan bayi yang makin meningkat setiap tahun. Wakil Pelajar turut memberi pandangannya terhadap kes ini yang banyak melibatkan remaja yang masih menuntut di IPT. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif kepada IPT yang terdapat di negara kita. Pelajar yang memainkan peranan sebagai individu yang pernah membuang bayi telah berjaya memainkan peranannya apabila menceritakan pengalamannya serta kesan kepada dirinya setelah melakukan gejala terkutuk itu. Setiap pelajar berjaya memainkan peranan masingmasing semasa sesi perbincangan di mana mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh pelajar lain sebagai penonton dan keputusan dapat dibuat untuk menyelesaikan masalah yang dibincangkan berdasarkan peranan yang

dipertanggungjawabkan.

LAPORAN PEMBENTANGAN PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM P&P BAHASA MELAYU (RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN) Kajian Masa Depan Tugasan seterusnya yang harus kami bentangkan ialah pengaplikasian kemahiran bernilai tambah dalam p&p Bahasa Melayu. Kami dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengintegarsikan kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) dalam setiap aktiviti p&p yang dilaksanakan. Kami telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar sebagai tajuk pengajaran kami pada hari tersebut. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) diperkenalkan untuk mendidik generasi baru bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab. Pada langkah pengajaran set induksi, aspek KMD yang diterapkan oleh guru ialah dengan membina senario dan mewujudkan imaginasi murid melalui tayangan video yang ditayangkan. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan tayangan yang dilihat mereka agar dapat meningkatkan daya imaginasi murid sebelum masuk ke langkah pengajaran. Dalam langkah pengajaran pertama, aspek KMD yang digunakan guru ialah pengumpulan maklumat di mana guru menyediakan soalan perbincangan yang mengkehendaki murid menyelesaikannya dalam kumpulan masing-masing. Dalam langkah pengajaran yang kedua, guru menekankan aspek KMD strategi, ramalan dan analisis dalam aktiviti yang dijalankan. Guru menyediakan soalan kefahaman yang memerlukan murid membuat strategi, ramalan dan analisis yang bersesuaian dengan soalan yang dikemukakan. Antara soalan yang dikemukakan ialah fenomena lain yang mungkin berlaku akibat pencemaran, kesan kepada generasi akan

datang sekiranya pencemaran makin berleluasa dan strategi menangani masalah pencemaran. KMD merupakan kemahiran bernilai tambah yang memerlukan guru

memahaminya dengan lebih mendalam agar dapat melaksanakan p&p yang lebih berkesan untuk mencapai objektif pengajaran. KMD juga dapat meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis murid untuk memikirkan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan yang berlaku. Aktiviti berkumpulan dan perbincangan amat sesuai dengan p&p yang mempunyai kemahiran bernilai tambah KMD.

You might also like