You are on page 1of 31

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MUZIK
TAHUN SATU

2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU

MUZIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2010

KANDUNGAN RUKUNEGARA i

FALSAFAH PENDIDIKAN

PENDAHULUAN

ii

MATLAMAT

ii

OBJEKTIF

iii

FOKUS MATA PELAJARAN

iii

ORGANISASI KANDUNGAN

iv

S T A N D A R D (Kandungan dan Pembelajaran) Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun 1 1

Glosari

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

demokratik; mencipta masyarakat

yang adil di mana

kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip berikut :-

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii

PENDAHULUAN
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan

MATLAMAT
Kurikulum Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk

program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan. Kurikulum ini digubal dengan memberikan tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk

membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.

meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Untuk mencapai tujuan ini, kurikulum ini dibina dengan bertumpu kepada empat modul kurikulum utama iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.

iv

OBJEKTIF
Kurikulum Muzik murid sekolah rendah bertujuan untuk

FOKUS MATA PELAJARAN


Kurikulum Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum berikut; Modul Pengalaman Muzikal Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.

membolehkan berikut;

mencapai

standard

pembelajaran

i.

mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik, mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal, menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik, membaca dan menulis notasi muzik,

ii.

Modul Penghasilan Muzik Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.

iii.

Modul Apresiasi Muzik iv. Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.

v.

menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.

vi.

ORGANISASI KANDUNGAN
Pada tahun satu hingga tiga, Muzik diajar dengan Kurikulum Muzik Sekolah Rendah merupakan program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan dari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan ini disusun pendekatan bertema yang menitikberatkan elemen-elemen kreativiti. Antara tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik, Mulanya Di Sini dan Alunan Muzik Ku. Tema-tema ini

berasaskan modul kurikulum berikut: i. ii. iii. iv. Pengalaman Muzikal Penghasilan Muzik Apresiasi Muzik Membaca dan Menulis Notasi Muzik

dirancang sebagai paltform awal kepada murid untuk meningkatkan kemahiran muzikal dan berkarya secara kreatif seterusnya lebih menghargai muzik. Pada tahun tiga hingga enam, fokus pengajaran dan pembelajaran murid akan diperluas kepada permainan alat muzik berpic iaitu rekorder dan xylofon serta pengenalan kepada penggunaan perisian notasi muzik.

Susunan keempat-empat modul kurikulum ini bukanlah hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan Setiap modul

kandungan kurikulum ini diorganisasikan.

kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran

menunjukkan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid.

vi

KURIKULUM MUZIK TAHUN 1

KURIKULUM MUZIK TAHUN 1

MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

Murid menyanyi lagu dengan ton suara, dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo. Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo. Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi gerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1

Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.

1.1.1

Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul. - suara bercakap - suara menyanyi - suara memanggil - suara berbisik - suara lelaki dan perempuan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.2

Menyanyi dengan postur yang betul. - postur duduk - postur berdiri

1.1.3

Mengajuk pic dengan tepat. - pic tinggi - pic rendah

1.1.4

Menyanyi mengikut tempo. - cepat - lambat

1.1.5

Menyanyi dengan dinamik. - lembut ( p ) - kuat ( f )

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.6

Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.

1.2

Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

1.2.1

Memainkan perkusi mengikut detik. - postur - cara memainkan

1.2.2

Memainkan perkusi mengikut tempo. - cepat - Lambat

1.2.3

Memainkan perkusi dengan dinamik. - lembut ( p ) - kuat ( f )

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.3

Membuat gerakan mengikut muzik.

1.3.1

Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi. - dinamik kuat/ lembut - pic tinggi/ rendah - tempo cepat/ lambat - bunyi panjang/ pendek

1.3.2

Membuat gerakan berdasarkan lirik dan mud muzik. - lagu aksi (action song) - permainan nyanyian (singing games)

MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1

Menghasilkan idea muzikal kreatif

2.1.1

Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan dan perkusi mulut.

Aktiviti penerokaan suara: meniru suara haiwan

- meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi

Aktiviti perkusi badan: - bertepuk tangan - menepuk peha - memetik jari

Aktiviti perkusi mulut: - klik lidah

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2

Mencipta corak irama mudah. - mengajuk corak irama - mencipta jawapan kepada soalan irama yang diberikan

2.1.3

Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa. - mengajuk melodi - mengimprovisasi jawapan kepada soalan melodi yang diberikan

MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

Murid mengenal pasti warna ton suara manusia. Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1

Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir.

3.1.1

Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar. - suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.

Muzik Popular Muzik Tradisional Malaysia Muzik Klasik Barat Muzik Asia 3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar. - mud (riang, sedih, marah dan takut) - tempo (cepat-lambat) - tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal) - dinamik (kuat-lembut)

GLOSARI

GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1

PERKATAAN

PENERANGAN

Dinamik (Dynamic)

Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang digunakan ialah :

Istilah Piano Forte

Simbol

Makna Bunyi lembut Bunyi kuat

p f

Lagu aksi (Action song)

Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

Melodi (Melody)

Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.

Contoh Melodi:

11

PERKATAAN

PENERANGAN

Mud (Mood)

Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

Muzik Asia (Asian Music)

Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah: a. Ghazal dari Malaysia b. Gamelan Bali dari Indonesia.

Muzik instrumental (Music Instrumental )

Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

Muzik Klasik Barat (Western Classical Music)

Muzik yang berasal dari negara Barat. Contoh: Symphony No.5 oleh Beethoven.

Muzik Popular (Music Popular)

Muzik semasa yang dikenali ramai.

Muzik Tradisional Malaysia (Malaysian Traditional Music)

Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia. Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.

12

PERKATAAN

PENERANGAN

Muzik Vokal (Music Vocal)

Muzik yang mengandungi nyanyian. Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

Permainan Nyanyian (Singing Games)

Pic (Pitch)

Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

Postur (Posture)

Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik.

Repertoir (Repertoire)

Koleksi lagu.

Teknik konvensional

Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.

Tempo (Tempo)

Kelajuan sesuatu karya muzik. Contoh: Tempo cepat atau lambat.

13

PERKATAAN

PENERANGAN

Tekstur (Texture)

Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.

Warna ton (Tone Colour)

Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan. Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.

14

You might also like