Umum mengetahui bahawa pendidikan memberikan sumbangan yang besar ke arah pembangunan sosio- ekonomi negara dalam pelbagai bidang kerana peranannya berlaku disetiap peringkat ekonomi. Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai memelihara dan mengasuhanak- anak. Menurut Kidd J.R (1973), pendidikan ialah perkembangan penyuburan fikirandan kuasa- kuasa semulajadi yang sistematik. Oleh kerana pendidikan amat penting kepada pembangunan sesebuah negara, maka lahirlah pendidikan formal seperti yang dilaksanakandalam sistem pendidikan di Malaysia kini. Pendidikan formal ialah pendidikan yang sangatdiinstitusikan, dilaksanakan secara berperingkat- peringkat mengikut umur dan berstruktur iaitu mengikut hieraki yang berlangsung dari sekolah rendah sehingga ke kemuncak universiti.Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perkembangan yang pesat sejak negara mula mencapai kemerdekaan. Bagi meningkatkan mutu pendidikan negara, dasar-dasar pendidikan sentiasa dikaji dan kurikulum sekolah diperkemaskan bagi memastikankeberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru selaras dengan perkembangan pesat yang sedang dialami oleh negara dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, politik dan sosial. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai wawasan 2020, negara amatmemerlukan pertumbuhan yang produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi,tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta bersedia untuk turutserta dalam mencapai perkembangan ekonomi globalisasi.Kewujudan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini merupakan antara pemangkin kepada perubahan sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenagayang mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru. Pengubahsuaian sistem pendidikan negaramemerlukan perubahan yang besar dari segi amalan dan budaya di peringkat sekolah rendahdan sekolah menengah. Sistem persekolahan yang ada pada masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan kepada teknik hafalan kepada pembelajaran yang boleh meransang pemikiran dan kreativiti dengan mengambil kira pelbagai kebolehan dangaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membinakonsep kendiri. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapatmelahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani danintelek. Justeru itu, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan secara menyeluruhdan aktif untuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara kita.
Leave a Comment