Professional Documents
Culture Documents
hutan adalah lebih rendah kerana litupan tumbuh-tumbuhan yang banyak. Di samping itu, pertambahan oksigen di atmosfera bumi yang berpunca daripada prosese fotosintesis akan memastikan pengurangan karbon dioksida secara tidak langsung. Ini kemudiannya dapat mengurangkan risiko berlakunya fenomena "kesan rumah kaca" atau "kesan rumah hijau". Dengan itu, peningkatan suhu bumi dapat dikawal. Hal yang sama terjadi di bandar-bandar besar, di mana hutan sangat berguna sebagai agen pembersih udara kerana daun-daun dan dahan-dahan pokok bertindak sebagai penyaring udara kotor. Hal ini menunjukkan bahawa hutan mampu mengimbangi iklim sesuatu kawasan di samping merendahkan suhu dan menyamankan udara berbanding dengan kawasan yang hutannnya telah ditebang. Biasanya suhu adalah lebih tinggi dan kawasan tersebut menjadi lebih panas.
SUMBER MAKANAN
Di hutan banyak terdapat buah-buahan liar yang boleh dimakan dan selalunya dikumpulkan oleh masyarakat tempatan sebagai sumber makanan. Di negeri Sabah misalnya, terdapat kira-kira 200 spesies tumbuhan hutan yang boleh di makan buahnya. Antara contoh buah-buahan hutan yang sedia popular di Malaysia amnya pada masa kini tetapi masih belum ditanam secara meluas ialah kelubi (Zalacca conferta), salak hutan (Z. affinis), petai (Pithecellobium jajanica dan P. singularis), keredas (P. bubalinum), dan jering (P. jiringa). Untuk buah-buahan ini, hutan masih menjadi sumber utama bagi mendapatkannya. Malah banyak buah-buahan yang telah ditanam berasal daripada waris liar dari hutan tropika, contohnya durian (Durio zibethinus), rambutan (Nephelium lappaceum), langsat/duku (Lansium domesticum), dan mangggis (Garcinia mangastana). Di Sabah, banyak buah-buahan yang terdapat di pasaran berasal dari hutan dan belum ditanam secara meluas. Antaranya ialah terap (Artocarpus odoratissimus), bambangan (Mangifera decandra), beluno (M. caesia), liposu (Baccaurea angulata), dan kembang semangkuk (Scaphium macropodum). Selain buah-buahan, ulam juga menjadi bahan makanan yang penting sebagai sumber vitamin dan juga sumber ubatan masyarakat tempatan. Contohnya daun kadok (Piper sarmentosum), daun pegaga (Hydrocotyle asiatica), putat (Barringtonia spp), selom (Oenanthe javanica), menkudu (Morinda elliptica), cekur (Sauropus androgynus), ulam
raja (Cosmos caudatus), kantan (Phaeomaria speciosa), dan daun kesom (Polygonum minus) adalah antara ulam yang paling popular. Di hutan di Malaysia terdapat lebih 50 jenis ulam yang sesuai sebagai bahan makanan tetapi kurang popular.
Malaysia, turut memiliki tidak kurang dari 7000 spesies tumbuhan yang dikira dapat menghasilkan unsur-unsur perubatan. Hutan sememangnya merupakan gedung semula jadi yang memainkan perana penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden.Sebelum perkembangan kimia sintesis di akhir abad yang lepas, penyediaan ubat-ubatan moden dari tumbuhan hanyalah menerusi prosese pengekstrakan bahan-bahan aktif dari tumbuhan tersebut. Setelah kimia sintesis berkembang, bahan-bahan aktif dari tumbuhan telah disintesis secara separa atau sepenuhnya dan analog baru yang lebih berkesan dan selamat juga telah berjaya dikeluarkan. Tumbuhan ubat-ubatan sebagai sumber ubat-ubatan moden menerima saingan yang kuat daripada ubat-ubatan sintetik dan pada suatu masa seolah-olah kesemua ubat moden boleh didapati dari sumber sintetik. Walau bagaimanapun tumbuhan ubatan tetap mempunyai peranan di dalam pembangunan ubat-ubatan moden menerusi cara-cara berikut : Sebagai sumber terus ubat-ubatan moden seperti murfina, strofantin, atrofin, dan digitoksin. Sebagai sumber bahan mula untuk sintesis ubat-ubatan yang lebih berkesan dan lebih selamat. Sebagai model bahan bioaktif untuk program sintesis ubat-ubatan moden. Oleh yang demikain timbuhan ubat-ubatan memainkan peranan yang penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden yang baru. Kebanyakan ubat-ubatan moden yang telah disintesis berasal daripada bahan-bahan aktif tumbuhan. Kepentingan tumbuhan ubat-ubatan sebagai sumber ubat-ubatan moden tidak boleh disangkal lagi. Pada masa ini, terdapat 121 jenis ubat moden yang telah berjaya dihasilkan daripada 95 spesies tumbuhan dan sebahagian besar daripadanya masih tidak dapat dihasilkan secara sintetik. Kini sebanyak 23 jenis ubatan moden daripada 45 ubat-ubatan moden yang dikaji daripada Hutan Hujan Tropika telah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) untuk penggunaan di Amerika Syarikat. Di antara bahan terpenting yang digunakan oleh perubatan moden ialah alkaloid biokompaun yang dihasilkan oleh banyak kategori tumbuh-tumbuhan. Biom hutan tropika contohnya mengandungi bilangan tumbuh-tumbuhan beralkaloid terbanyak dan pada kepekatan tertinggi berbanding man-mana biom lain. Alkaloid tumbuh-tumbuhan mempunyai aplikasi perubatan, ini termasuklah dalam penghasilan kokain, kuinin, kafein, nikotin, efedrin, dan reserpin. Alkaloid yang paling terkenal barangkali ialah vinkristin dan vinblastin. Alkaloid ini adalah hasil derivatif sejenis bunga tropika , "rosy periwinkle" atau dikenali sebagai kemunting Cina atau tapak dara yang mempunyai 2 jenis iaitu satu berbunga merah jambu dan satu lagi berwarna putih. Pohon ini berkerabat dengan pohon Madagaskar Periwnkle (Catharantus roseus G Don). Ia memberi peluang sembuh 80% kepada kanak-kanak yang menghidap sakit leukimia. Kedua-duanya juga digunakan secara meluas di dalam rawatan kanser payudara, rahim, dan testikular. "Rosy Periwinkle" diketahui dari bomoh-bumoh asli di Madagascar dan Jamaica. Ubat yang dihasilkan dari tumbhan ini mencapai nilai US$90 bilion pada tahun 1970 dan dianggarkan jumlah ini meningkat 15% setiap tahun. Selain itu, kalanolida dan kastatolida dan terbitannya dari pokok bintagor (Calophyllum lanigerum) yang mempunyai anti-AIDS dan "taxol" Daripada Taxus brevifolia untuk mengubat barah. Sekurang-kurangnya 1400 spesies tumbuhan tropika dipercayai berpotensi untuk rawatan kanser, 2000 berkesan sebagai kontraseptif dan lebih 600 spesies pula berpotensi untuk pengguguran janin. Penemuan ubat-ubatan baru daripada tumbuhan telah menimbulkan kesedaran baru kepada pelbagai pihak khasnya syarikat-syarikat farmaseutikal daripada negara-negara barat untuk menjalankan kajian penyaringan biologi terhadap tumbuhan ubat-ubatan secara besar-besaran.
Apabila taraf hidup penduduk di sesebuah negara meningkat maka sudah pasti permintaan untuk rekreasi dan pelancongan juga turut meningkat. Peranan hutan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan perlulah diuruskan dengan baik tetapi tidak semua kawasan hutan sesuai dijadikan kawasan rekreasi. Banyak negara telah menetapkan kawasan yang tertentu untuk tujuan rekreasi dan pelancongan. Biasanya, tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah kawasan hutan yang mempunyai air terjun dan terletak di kawasan pergunungan untuk berkelah, berkhemah, dan bersiarsiar. Manakala kawasan hutan yang mempunyai jeram, sungai dan belukar sesuai untuk memancing. Malaysia misalnya mempunyai khazanah hutan yang tertua di dunia, maka perkembangan ini tentunya menggalakkan industri pelancongan yang kini menjadi sumber pendapatan negara. Para pelancong asing akan datang melawat negara kita semata-mata untuk melihat keindahan hutan semula jadi yang berpotensi sebagai pusat pelancongan yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan. Selain dapat menyelami Hutan Hujan Tropika, para pelancong juga boleh menikmati keindahan hutan pantai dan hutan gunung di Malaysia, seperti Pantai Desaru, Taman Negara Bako, Gunung Kinabalu, dan Bukit Fraser. Manakala penduduk yang terdedah kepada kesibukan dan kesesakan kota boleh menenangkan minda dan lari dari bayangan kota dengan berkunjung ke tempat-tempat rekreasi yang menghijau ini.
1. Definisi Sumber semulajadi merupakan punca terdapatnya bahan-bahan yang terjadi dengan sendirinya, bukan buatan manusia. Bahan yang dibuat oleh manusia tidak dipanggil sumber semulajadi. Ia dipanggil sumber buatan. Sumber-sumber semulajadi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu; Sumber Mineral Sumber Hutan Sumber Laut
2 Sumber Mineral Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk dari sebatian semulajadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di Malaysia. Sumber mineral yang penting adalah seperti berikut; Petroleum Gas Asli Bijih Timah Emas
2.1 Petroleum Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi. Petroleum terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta tahun untuk membentuk. Petroleum digali di tengah laut dan juga digali di kawasan daratan di sesetengah tempat. Hasil tapisan petroleum ialah petrol, diesel, kerosin, tar dan lain-lain.
2.2 Bijih Timah Bijih Timah dilombong di kawasan lombong bijih timah. tempat yang popular dengan bijih timah adalah Kinta dan Kuala Lumpur. malaysia memang terkenal dengan hasil bijih timah yang bermutu tinggi. Kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah adalah kapal korek dan mendulang. Bijih timah boleh digunakan untuk menyadur tin, membuat tin aluminium dan mematri alat-alat elektronik.
2.3 Gas Asli Gas asli merupakan sumber penting yang terdapat di perut bumi. Cara melombong gas asli adalah sama dengan cara melonbong petroleum. Gas asli digunakan untuk menjadi bahan bakar. Contoh: Gas untuk memasak
2.4 Emas Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas sangat beharga dan mahal harganya. Emas digali di kawasan daratan seperti di Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas seperti cincin, rantai dan juga perhiasan-perhiasan lain.
3. Sumber Laut Malaysia terkenal dengan laut yang biru dan terkenal dengan hasil lautnya. Laut China Selatan seluas 531.1 km persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura. Sumber laut dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu; Makanan Pelancongan Kemudahan Harian
3.1 Makanan Rakyat Malaysia telah dianugerahkan dengan dengan bermacam-macam sumber makanan laut. Sumber makanan ini telah menjadi punca rezeki untuk segelintir masyarakat Malaysia yang menjadi nelayan. Industri ini telah menjadi antara penyumbang ekonomi Malaysia, antaranya Malaysia mengeksport hasil laut ke Singapura.
3.2 Perlancongan Perlancongan adalah antara penyumbang ekonomi utama Malaysia sekarang. Malaysia bertuah kerana memiliki antara pulau-pulau yang tercantik di dunia dan berjaya menarik ribuan pelancong asing dari luar dan dalam negeri. Antara pusat perlancongan yang terkenal di dunia iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Redang.
3.3 Kemudahan Harian Seperti yang kita tahu, air merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa air banyak perkara yang tak dapat kita lakukan contohnya tidak dapat memasak, membasuh dan lain-lain.
4. Sumber Hutan Hutan di Malaysia merupakan hutan jenis hutan hujan khatulistiwa (Tropika) dan dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 % peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.4 % (20.36 Hektar) daripada jumlah kawasan keseluruhanya. Disamping kaya dengan Flora dan Faunaya, hutan di Malaysia menyediakan sumber- sumber yang lain. Sumber-sumber tersebut adalah : Perabut dan Kraftangan Makanan Rempah- ratus
4.1 Perabut dan Kraftangan Banyaka produk-produk perabut dan kraftangan yang dapat dihasilkan daripada hasil hutan di neegara kita. Ianya bukan sahaja cantik, malah berkualiti tinggi, kayu- kayu seperti jati, cengal , dan meranti merupakan kayu yang mempunyai pasaran yang tinggi.
4.2Makanan Pada zaman dahulu, manusia mencari sumber makanan di merata-rata tempat.salah satu tempatnya adalah hutan. Hutan di Malaysia menyediakan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, ulamulaman , haiwan-haiwan dan sebagainya.
Gambarajah 18 Ulam-ulaman
4.3Rempah ratus Dahulu, Tanah Melayu dijajah oleh barat. Barat mengkehendaki Tanah Melayu kerana kawasan pelabuhan yang strategik. selain itu, barat amat tertarik dengan hasil buminya. Salah satu hasil bumi atau hutan yang amat berharga ialah rempah ratus. Rempah ratus amat berguna dalam menyedapkan rasa makanan, mamanaskan badan dan juga bau yang dapat menenangkan fikiran.