You are on page 1of 15

KESELAMATAN BENGKEL

PUNCA KEMALANGAN
KECUAIAN MANUSIA

TEMPAT KERJA

MESIN DAN PERALATAN

LANGKAH KESELAMATAN DI BENGKEL


1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Gunakan pakaian pelindungan yang sesuai semasa bekerja. Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran mesin yang sedia ada sebelum memulakan kerja. Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan dan pintu kecemasan yang ada di dalam tempat kerja. Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan mesin berada didalam keadaan yang baik dan lapurkan pada guru anda jika terdapat kerosakan Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti selepas menggunakannya. Jika mengesyaki terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan lapurkan kepada Guru anda. Jangan mulakan kerja sehigga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulihkan. Semua pelajar mestilah faham tentang langkah langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan , kebakaran atau kecemasan.

KESELAMATAN DIRI DAN RAKAN


PAKAIAN:
Sesuai dengan kerja yang dilakukan Tidak terlalu ketat atau longgar Pakai sarung tangan kulit semasa kerja Pakai kasut keselamatan/safety shoes TATAKERJA:
Sentiasa patuhi arahan dan prosedur yang telah ditetapkan Guna peralatan mengikut kesesuaian kerja Pastikan tempat kerja bersih dan kemas Tanggal sarung tangan semasa kendalikan gerudi atau mesin.

KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN PERALATAN KETUKANGAN DAN MESIN.


Pilih alat yang betul akan kesesuaian dengan kerja yang akan dilakukan . Jangan gunakan mesin atau peralatan yang belum tahu akan cara operasinya. Alat yang tajam mestilah dibawa matanya menghala ke bawah . Apabila bekerja di bahagian atas , memanjat dan meniti alat hendaklah digantung atau diletakkan di dalam bekas yang selamat . Sebelum menggunakan alat kuasa lektrik ( power tool ) pasti ia dalam keadaan memuaskan. Jika terdapat kerosakan jangan cuba untuk diperbaiki tanpa kebenaran.

KESELAMATAN ELEKTRIK.
1) pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat atau penebatnya berada dalam keadaan yang baik. 2) Punca punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mengikut peraturan yang telah ditepikan oleh Jabatan Bekalan Lektrik atau IEE. 3) Alat alat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik. 4) Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik, seperti penguji atau Meter pelbagai 5) Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan pengaliran elektrik .Gunakan kasut getah yang kering dan tidak berminyak. 6) Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu mengendalikan alat alat elektrik. 7) Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai- dawai elektrik yang tidak bertebat. 8) Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang dapat memutuskan bekalan pada keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya kebakaran atau kemalangan elektrik. 9) Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi hadnya contohnya jika punca bekalan ialah 15 ampere, jangan gunakan beban 20 Ampere

PERANTI @ PELINDUNG KESELAMATAN

5.1 Renjatan elektrik Puncanya :5.1.1 Kerosakan alat-alat elektrik seperti kabel yang pecah dan sebagainya. 5.1.2 Kerosakan alat pelindung pada mesin. 5.1.3 Kabel bumi tidak disambungkan ke bumi. 5.1.4 Kesilapan semasa mengubah suai peralatan. Oleh itu sebarang kerja penyambungan hendaklah dibuat oleh orang yang ditauliahkan. 5.2 Kebakaran elektrik Puncanya :5.2.1 Penggunaan kabel yang tidak bersesuaian dengan arus yang digunakan. 5.2.2 Penggunaan fius yang tidak bersesuaian dengan kadar arus. 5.2.3 Kilat 5.2.4 Pelindung arus tidak dapat memutuskan arus bila berlakunya litar pintas.

LANGKAH UNTUK MENGHIDARI DARI BAHAYA RENJATAN ELEKTRIK


. 6.1 Mesin dan alat elektrik hendaklah dibumikan dengan baik. 6.2 Pastikan semua fius pemintas, pemintas kilat, pemutus litar dan alat kecemasan pada mesin itu di dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 6.3 Pastikan semua sambungan wayar elektrik dibaluti dengan penebat. 6.4 Jangan menggunakan alat elektrik sambil berdiri di lantai yang basah dan tangan yang basah. 6.5 Jangan mengubahsuai alat-alat elektrik tanpa kebenaran dan pemerhatian oleh mereka yang ditauliahkan

You might also like