You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GEMILANG, 13050 BUTTERWORTH, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG. No. Tel. : 043511381 Faks.

:043511084 http//:sksgemilang.blogspot.com Emel: sksgemilang@gmail.com

Ibu bapa / Penjaga yang dihormati,


Sebagaimana yang Tuan / Puan sedia maklum, 1BestariNet adalah inisiatif unggul Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar. Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog VLE (Virtual Learning Environment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan. Dengan itu, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah: pada bila-bila masa, di mana jua. Dalam pelaksanaan program ini, setiap pelajar dan ibu bapa / penjaga akan diberikan satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai guna. Antara kegunaannya ialah: Mengakses platform frog VLE Mengakses emel peribadi Yes Mengakses semua enjin pendidikan maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education Setiap pengguna mempunyai hak akses yang berlainan dalam frog VLE. Sebagai ibu bapa, Tuan / Puan akan dapat mengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai maklumat khas yang akan dipaparkan oleh pihak sekolah. Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk mula menggunakan frog VLE: Nama: _____________________________________ ID Pengguna (Login ID): ________________@yes.my Kata Laluan (Password): _______________________ Nama: _____________________________________ ID Pengguna (Login ID): ________________@yes.my Kata Laluan (Password): _______________________

URL VLE Sekolah: https://_________________________________.1bestarinet.net

Penggunaan Internet dan frog VLE oleh anak-anak Tuan / Puan adalah tertakluk kepada terma-terma yang terkandung dalam Perjanjian Penggunaan Terkawal yang akan diberikan oleh pihak sekolah. Kami mengesyorkan Tuan / Puan meneliti isi kandungan perjanjian tersebut dan seterusnya memberi panduan kepada anak-anak Tuan / Puan untuk mematuhi syarat-syarat penggunaan tersebut, demi kepentingan anak-anak Tuan / Puan. Dalam usaha merealisasikan transformasi pendidikan ini, ibu bapa / penjaga diseru untuk bersama-sama dengan pihak sekolah sepanjang pelaksanaan penggunaan VLE. Kerjasama dan sokongan Tuan / Puan amat diperlukan dalam memastikan kejayaan program ini.

Sekiranya Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila berhubung dengan pihak sekolah. Tuan / Puan juga boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.net serta di laman web rasmi FrogAsia di www.frogasia.com untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

Bersama ke arah Transformasi dalam Pendidikan.


Yang benar,

............................................... Pengetua / Guru Besar

You might also like