You are on page 1of 5

TRANSKRIP 2 - TOKOH AGAMA Satu temubual dengan tokoh agama iaitu Tn.

Othman Yaacob selaku pensyarah dan ustaz di Jabatan Agama Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) telah dijalankan pada 18 Febuari 2014 yang berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia. Berikut merupakan transkripnya : Desmond : Selamat petang En, Saya Khor Desmond dari PISMP semester 3 opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Saya datang ingin membuat temu bual dengan encik berkaitan dengan perpaduan dalam tugasan Hubungan Etnik WAJ 3106. Tn Othman Desmond : Selamat petang. Ya, boleh. Ada apa yang hendak ditanya? : Saya nak tanya di manakah encik tinggal? Kaum di situ adakah terdiri daripada berbilang kaum? Dan adakah perpaduan wujud sekitar tempat tinggal encik? Tn Othman : Ya, saya tinggal di pinggir Bandar Kota Bharu. Kebanyak penduduk di situ merupakan orang Melayu dan hubungan penduduk di situ memanglah rapat sekali. Desmond : Sekiranya begitu, bagaimanakah dengan perpaduan di kawasan lain yang mempunyai kaum yang berbeza? Adakah mereka akan melakukan kerja dalam satu kumpulan yang sama? Tn Othman : Pada pandangan saya, semuanya juga begitu rapat sekali. Tiadanya apa-apa isu masalah perpaduan. Selalunya ketika adakan kenduri pun yang melayu akan menjemput cina datang. Bagi aktiviti gotong-royong memanglah bersama. Desmond : Bolehkah Encik berkongsi pengalaman berkaitan dengan pergaulan antara pelbagai kaum semasa zaman persekolahan dan pada masa kini? Tn Othman : Semasa saya masih belajar, saya belajar di sekolah kebangsaan sahaja, semua rakan-rakan saya adalah berbangsa melayu. Tiadanya apa-apa yang berbeza. Sehinggalah saya mengajar di sekolah di Sabah, barulah saya mula bergaul dengan bangsa lain. Semua kaum semua akan berturun bersama, bergotong-royong

amatlah baik antara satu sama lain. Desmond : Oh. Sekiranya macam tu, pada pandangan encik, adakah isu agama akan mencetus isu perpaduan kaum atau tidak? Tn Othman : Pada pandangan saya, memanglah perbezaan agama tidak akan mencetuskan ketidak perpaduan antara kaum. Dalam islam,

kebanyakkannya menekankan tentang

perpaduan. Contohnya di

Kelantan, walaupun bangsa Cina hanya terdapat bilangan yang sikit, namun mereka masih boleh berniaga dengan baik sekali, tiadanya apa masalah juga. Bagi yang terdapat masalah itu hanya merupakan persepsi sesetengah orang yang sengaja memperbesarkan sesuatu isu. Di Malaysia langsung tiada masalah sebegini seperti di Myanmar yang orang bukan islam akan dihalau. Desmond : Dalam reality sekarang, adakah encik berasa terdapat perubahan dalam perpaduan kaum dalam generasi kini berbanding dengan generasi Encik dahulu? Tn Othman Desmond : Tiada, malah ada yang lebih baik berbanding dahulu. : Pada masa kini, sikap manusia telah mencetuskan banyak isu perpaduan, Sering kali kita mendapati segolongan kecil yang sanggup menggadaikan sesuatu untuk kepentingan diri dan menyebabkan ketidak perpaduan antara masyarakat. Apakah pendapat encik dan bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini? Tn Othman : Pertama sekali, kita seharusnya mempertepikan cemburu antara puak. Kita semua merupakan makhluk dicipta tuhan dan semuanya adalah sama, tiadanya siapa yang lebih baik dan siapa yang mempunyai kekurangan. Untuk mengatasi masalah sebegini, kita haruslah memperbanyakkan interaksi antara kaum seperti mengadakan

perbincangan, adakan ziarah menziarahi dan lebihkan komunikasi antara satu sama lain. Desmond : Encik berasa isu perpaduan akan membawa apa kesan kepada masyarakat tak? Tn Othman : Negara akan lebih aman dan maju tanpanya pergaduhan, masalah yang tidak diperlukan dan tidak harus wujud.

Desmond

: Jika berbanding dengan luar Negara yang terdiri daripada sesuatu bangsa sahaja, apakah kelebihan dan kelemahan Malaysia dengan pelbagai kaum?

Tn Othman

: Ia memanglah lebih baik sekiranya diketepikan isu memntingkan diri sendiri.

Desmond

: Pada pandangan Encik terhadap peristiwa 13 Mei 1969 dan adakah peristiwa tersebut masih meninggalkan kesan kepada Negara atau generasi masa kini?

Tn Othman

: Pada awal-awalnya peristiwa ini meninggalkan kesan seperti saling mencurigai, manakala selepas itu, wujudnya Barisan National yang mengambil langkah-langkah untuk menyatukan semuala kaum-kaum dan gabungkan balik. Peristiwa ini haruslah dilupakan dan bukannya diperbesarkan lagi.

Desmond

: Berkaitan dengan isu hangat kini yang melarang penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian, apakah pula pandangan encik terhadap isu ini?

Tn Othman

: Perkataan Allah ini bolehlah diguna semua bangsa, ia tidak dimilikki sesiapa tertentu sahaja sedangkan pelbagai kaum pun telah

menggunakan perkataan ini sejak dahulu tetapi haruslah tengok situasi tertentu supaya tidak menyebabkan pertelingkahan berlaku. Peristiwa yang dibangkitkan sebelum ini merupakan sikap manusia yang suka memperbesarkan sesuatu. Tidak ada masalah untuk digunakan oleh mana-mana kaum. Desmond : Seterusnya, adakah perbezaan agama akan menyebabkan masalah bahasa dan komunikasi dan seterusnya menyebabkan masalah prasangka antara kaum juga menyumbangkan kepada isu perkauman? Tn Othman : Memanglah akan tidak baik tentang masalah bahasa dan komunikasi yang wujud. Desmond : Adakah sistem pendidikan yang berbeza seperti SRJK dan SK menimbulkan masalah secara tidak langsung? Adakah system vernakular British dahulu masih memberi kesan terhadap generasi

masa kini? Tn Othman : Masa ini memang masih ada lagi sekolah vernakular tetapi telah ditambah baik seperti adakan sistem pendidikan yang sama, subjek wajib belajar sama, ahasa pengantar yang sama dan paling pentingnya semuanya perlulah belajar bahasa Malaysia. Pada masa kini, telah banyak murid melayu yang belajar di SRJK seperti di sekolah Chung Hwa Rantau Panjang, dan banyak murid cina yang belajar di SK. Secara tidak langsung, semua murid menjadi sama taraf dan tiadanya perbezaan walaupun sekolah yang berbeza. Jenis sekolah tidak memberi kesan yang banyak terhadap murid masa kini. Desmond : Apakah punca-punca lain yang menyumbang kepada masalah perpaduan? Tn Othman : Sama seperti yang telah diperkatakan, tiadalah kecuali sikap manusia sendiri yang pentingkan diri yang sengaja memperbesarkan sesuatu, terdapat prasangka terhadap orang lain. Desmond : Pada masa kini terdapat pelajar yang berbeza standard, kualiti, tahap, adakah ia akan menyebabkan ketidakpuasan antara kaum? Encik ada apa cara untuk menyelesaikan masalah sebegini tak? Tn Othman : Mungkin perbezaan ini akan menyebabkan timbulnya penghasutan antara satu sama lain.Cara untuk mengatasinya adalah seperti yang dikatakan, mewujudkan suatu sekolah sahaja ia itu SKM, sekolah kebangsaan Malaysia dan tidak membezakan apa-apa. Tiadanya perbezaan seperti SK, SRJK, tiadanya perbandingan, tiadanya hasutan, semuanya menjadi sama. Desmond : Dari segi agama, sekiranya terdapat isu perpaduan ini, encik ada apa cadangan sebagai penyelesaian masalah tak? Tn Othman : Dari segi agama, kita haruslah belajar bersama untuk mengetahui tentang setiap agama yang berbeza. Kita hendaklah tahu mengenai sejarah semua agama dahulu. Sekiranya ada apa persoalan hendaklah berbincang bersama. Desmond : Sebagai seorang pendidik pula, apa yang kami boleh buat mengenai isu

agama dengan isu perpaduan? Tn Othman : Sebagai pendidik, kami bolehlah adakan forum, seminar ataupun aktiviti yang membolehkan kami berbincang bersama. Kami hendaklah memberi peluang kepada murid untuk bertanya dan membantu mereka mencari jawapan tentang persoalan dalam mereka barulah mereka akan lebih memahami satru sama lain, tiadanya prasangka.

Perbincangan bersama amatlah penting. Desmond : Akhir sekali, adakah encik berasa pelancaran program Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri adalah berkesan dan dapat mengeratkan perpaduan kaum? Tn Othman : Ya, program tersebut amatlah bagus, tetapi pelaksanaan perlulah diubahsuai dan ditambah baik lagi. Sebagai contohnya dengan mengumpulkan ketua kaum, mengadakan forum dan berbincang bersama, cari persamaan dan mengetepikan perbezaan. Perbincangan amatlah penting untuk mengetahui dan memahami satu sama lain. Desmond : Itu sahaja temubual saya dengan encik. Terima kasih atas kerjasama encik. Tn Othman : Sama-sama

You might also like