You are on page 1of 5

Jamuan Hi – Tea

Unit Kimi’A’ KMPk


Pada hari Isnin 19 Oktober 2009 satu jamuan Hi-Tea unit kimi’A’ KMPk telah diadakan
di Restoran Laksamana Cheng Ho, Ipoh. Jamuan ini melibatkan semua pensyarah
kimi’A’ dan pembantu makmal kimi’A’ KMPk. Majlis bermula tepat pukul 3.00 petang
dan setiap ahli jamuan diMESTIkan membawa satu hadiah istimewa. Tujuan jamuan ini
diadakan adalah sebagai meraikan tamatnya sem I dan merapatkan tali silaturrahim antara
sesama pensyarah kimi’A’ dan juga pensyarah dengan pembantu makmal kimi’A’.
Antara acara yang berlangsung sepanjang jamuan adalah ucapan dari Timbalan Pengarah,
Ketua Jabatan dan juga Puan Ketua Unit. Selain itu acara ‘kotak beracun’ dan diselang
seli dengan cabutan hadiah bertuah sebagai acara kemuncak jamuan pada petang tersebut.
Majlis tamat pada pukul 5 petang. Walau pun penat, terpancar kepuasan di dalam diri
setiap pensyarah dan staf makmal kimi’A’ kerana dapat berkongsi kegembiraan sebagai
satu pasukan dan saling bertukar-tukar hadiah. Walau pun jamuan Hi-Tea ini diadakan
buat julung-julung kalinya, adalah diharapkan yang jamuan Hi-Tea seperti ini dapat
diteruskan pada setiap sesi. Insya 4W1…

P/s – Terima kasih daun keladi kepada semua yang telah menjayakan jamuan Hi-Tea ini.
Jasa kalian hanya 4W1 sahaja yang mampu membalas. Amin…

Disediakan oleh :
Mohamad Shehdi b Ragiun

1
Pensyarah dan staf makmal kimi’A’ KMPk sem I sesi 2009/10 yang menghadiri jamuan
bergambar kenangan sebelum majlis jamuan Hi-Tea bermula
Gambar-gambar sepanjang jamuan Hi-Tea berlangsung….

2
3
4
5

You might also like