3.Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus menerus ataudipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham4.Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas aktiviti-aktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam sistem kapitalisme dandemokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal5.Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di bawah sistemkapitalisme telah dibebankan bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi juga denganbayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan6.Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi hasratsetiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingandengannya
Sosialisme
Kegelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu menghasilkan kezaliman ke atasmasyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di Barat. Kelahiransosialisme mula mendapat sambutan dan begitu laris. Prinsip sosialisme adalah:1.Mengembalikan kuasa ekonomi daripada golongan Borjuis (kapitalis) kepada golonganproliter (petani dan buruh)2.Menyerahkan semua sumber alam dan sumber ekonomi kepada negara untuk diagihkansama rata kepada rakyatDi bawah sistem sosialisme, hakmilik kerajaan ke atas sumber dihadkan kepada tanah danmodal yang digunakan secara besar-besaran. Industri-industri besar dimiliki dan dikawaloleh negara manakala kebanyakan perniagaan kecil dimiliki oelh individu.Secara umumnya, individu dalam sebuah negara sosialis memiliki dan menguasai lebihbanyak harta berbanding dengan individu di bawah sistem komunisme tetapi sangat kurangberbanding dengan milik individu di bawah sistem kapitalisme.Oleh kerana di bawah sistem sosialisme banyak industri dimiliki dan dijalankan oleh negara,maka kebebasan menjalankan aktiviti hanya terdapat dalam kerja-kerja yang dijalankanoleh persendirian. Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun begitu peluanguntuk menjadi ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil berbanding dengansistem kapitalisme.
Komunisme
Sosialisme berjuang untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada golongan proliter secarademokrasi dan sederhana. Walau bagaimanapun sehingga menjelang perang Dunia Ke-2(1940-1945) ia kurang berkesan mencapai matlamatnya. Pendekatan baharu menggunakankekerasan dicadangkan iaitu dikenali sebagai komunisme. Ianya mendapat sambutan diBarat sesudah kegagalan sosialisme dalam revolusi Perancis, yang bermotokan persamaan(equality), kemerdekaan (liberty) dan persaudaraan (fretinity).