Kepercayaan yang diberikan ini ditambahkan pula dengan penyuburan budaya sentiasamempelajari sesuatu yang baru, perkongsian maklumat antara pekerja serta budayakerja berpasukan. Secara otomatik sesebuah organisasi itu akan lebih bersifat dinamik,progresif dan yang paling utama ialah pihak pengurusan atasan bukan lagi merupakanpihak utama yang menentukan segala dasar, polisi dan arah tuju sesebuah perniagaan.Ia kini lebih bersifat kolektif iaitu hubungan strategik antara majikan dan pekerja.Akibatnya ia telah mempopularkan organisasi yang berkenaan dan ianya lebih dikenalisebagai pengurusan organisasi berasaskan pembelajaran (OBP). Iaitu yang bersifatproaktif, kreatif di dalam penyelesaian masalah serta mendapat penyertaan menyeluruhgolongan pekerja bagi aktiviti anjuran organisasi. Dalam konteks negara kita Malaysia,selaras dengan usaha mengaplikasikan kegiatan ekonomi berasaskan pengetahuan
(knowledge based economy)
, OBP bakal menerima impaks yang lebih positif berbanding dengan organisasi yang masih mengekalkan corak pengurusan di zamanindustri
(industrial based economy)
. Iaitu yang hanya memfokuskan kepada kuantitibarangan secara besar-besaran dan mendapat keuntungan hasil daripadapenjualannya.Untuk dikenali sebagai OBP bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penerapanbudaya pengurusan strategik yang komprehensif, lengkap dengan misi dan visikewujudannya. Antara pengisian yang perlu dilalui sebelum dikenali sebagai OBP ialahkebebasan di dalam melaksanakan pekerjaan (empowerment), aktif di dalam aktivitipengumpulan dan perkongsian pengetahuan dalaman, pengumpulan dan perkongsianmaklumat luaran serta sifat ingin berubah daripada status quo dan menggalakkanpekerja menggunakan kreativiti tersendiri di dalam melaksanakan tugas masing-masing.Bagi kebanyakan organisasi di dunia tidak kira di negara maju dan sedangmembangun, isu kebebasan perlaksanaan pekerjaan oleh pekerja satu ketika dahuluseolah-olah tidak dapat diterima. Kebanyakkannya berpendapat sekiranya inidipratikkan, ia bakal mendatangkan masalah. Golongan pekerja dianggap akan besar
Leave a Comment