Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Memahami Perjuangan Islam

Memahami Perjuangan Islam

Ratings:

4.67

(3)
|Views: 1,295 |Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Feb 24, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/12/2012

pdf

text

original

 
Memahami Perjuangan Islam
MUQADDIMAH
 Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasipihak-pihak yang menentangnya.Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itumenggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yangpasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.Mahu tidak mahu, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama adadalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahapkeimanan seseorang.Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telahdihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.
PERJUANGAN DAN JIHAD
 Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihadadalah kata terbitan (masdhar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh danberpenatan mengerjakan sesuatu. Jahada pula bererti memerah tenaga.Jahada al-‘aduw berertimemerangi musuh.Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatumatlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperanganatau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimanadinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:Maksudnya:Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalahperkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan.Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untukmemenangkan Islam.Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhandi antara sesam manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada hartabenda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-matabertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yangdiamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yangmemberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”
 
Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkanagama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia.Lalu, di dalam usaha berdakwah itu,mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datangdari kebanyakan orang- orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancamandari musuh dakwah.Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad,merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja.Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hakumat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidakmelaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dantentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah s.w.t. Cabaran dan tentangantersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.
AQIDAH ASAS PERJUANGAN
 Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatanIslam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama keranapersoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen.Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islamsentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid.Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusiatau perubahan besar -besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuankepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang disrahkan hanya kepada Allah.Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yangutama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia . Islam adalah revolusi terhadapkenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulanmaut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah.Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. selaras dengan pengertiankalimah Islam sendiri.Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan iniSyed Qutb menyatakan:“Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zamanlampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakanzaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah.Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yangsangat berhati-hati dan berwaspada.”
 
Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yangsebenar,jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golonganAllah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya.Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifatmenyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifatmerampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan. Dalamperkara ini, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allahdan jauhilah taghut.”Peranan utama para rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hambaNya. Ia terdiridari dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan di antara satu sama lainiaitu:• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa• Menyeru supaya menjauhi taghutJelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah danmentaatinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.
MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM
 Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananyasyariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yangbermaksud:Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arabdesa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untukmendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannyadan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antaramereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demimenegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)Allah s.w.t. sendir menuntut agar agamaNya ini siletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepadamanusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supayadimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)Al-Maududi menyatakan:“Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenangmesti diserahkan kepadaNya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mestiditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku,maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis.”Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskanterus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yangada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalm konsep dan etika peperangan dalam Islam

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Mohd Zulhilmi liked this
Ummi Salina liked this
zfaqir liked this
ainul29 liked this
anaummi liked this
Mohd Qazar Yusop liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->