You are on page 1of 10

MEMBINA BAHAN PENGAJARAN BUKAN ELEKTRONIK

AKTIVITI
Permainan

Bahasa Pemintal Lidah Pasangan Minimal Lakonan

Dapat mengukuhkan kemahiran bahasa

Ciri Permainan Bahasa

murid. Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara m-m, m-g. Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti. Arahan dan peraturan yang jelas. Dapat dijalankan dalam waktu dan tempat yang sesuai.

Contoh Permainan Bahasa


Bingo Perkataan Mencari Perkataan Tersembunyi Mencari Harta Kata Silang Kata Dua Suku Kata Arnab dan Kura-kura

Pemintal Lidah
Bermaksud satu ayat atau frasa yang mudah tetapi sukar untuk disebut dengan jelas dan tepat @ Ungkapan yang direka bentuk mengandungi kata-kata yang mempunyai suku kata mudah, mempunyai persamaan rima dan ada kaitan ceritanya tetapi susah untuk disebut dengan betul dan pantas.

Aktiviti pemintal lidah ini dapat membantu murid menghafal, menyebut dengan betul dan tepat Latih tubi pemintal lidah boleh membantu murid yang menghadapi masalah membunyikan fonem. Pemintal lidah juga merupakan latihan asas mendengar, membaca dan bertutur yang berkesan kepada murid

Pasangan Minimal
Latih tubi pasangan minimal bertujuan melatih murid menyebut perkataan yang hampir sama sebutan bunyinya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Pasangan kata ini mempunyai perbezaan kata yang kecil sahaja kerana melibatkan dua fonem yang berbeza.

Murid yang dikenal pasti kurang mahir menyebut perbezaan fonem ini perlu dilatih untuk menyebut perkataan ini berkali-kali agar sebutannya fasih dan betul. Ini akan dapat membantu murid yang pendiam, pemalu atau tidak yakin untuk bertutur.

balang

calang

Namakan aktiviti yang dijalankan oleh guru untuk murid murid dengan menggunakan dua perkataan tersebut. (A) Aktiviti pemintal lidah (B) Aktiviti pasangan minimal (C) Aktiviti membatang suku kata. (D) Aktiviti membina perkataan dan ayat.

Manakah ayat yang sesuai untuk guru menjalankan aktiviti pemintal lidah bagi murid-murid yang menghadapi masalah dari segi sebutan?
(A) Dalam dulang ada tulang. (B) Padang bola itu luas sungguh. (C) Di kampung saya ada lombong. (D) Rumah-rumah roboh ditiup angin.

You might also like