You are on page 1of 1

DEFINISI MULTIMEDIA Media merujuk kepada alat perantara komunikasi yang menghubungkan sesuatu sumber kepada sasarannya.

Media juga dapat membantu manusia untuk menerima, menafsir atau dan menikmati kejadian di dalam persekitaran dengan lebih jelas. Terdapat pelbagai jenis media, antaranya ialah media cetak dan media elektronik. Media cetak merupakan bahan yang dicetak atau ditulis maklumat di atasnya sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai. Multimedia adalah integrasi, gabungan dan persembahan secara teratur yang diasaskan pada platform sistem komputer peribadi. Sistem komputer peribadi inilah yang mengawal pelbagai jenis data media. Data media ini adalah merupakan elemen-elemen teks, grafik, audio, imej kaku, video dan animasidi dalam satu atau lebih kombinasi. Penggabungan elemenelemen ini akan meningkatkan kesan mesej yang akan disampaikan kepada pengguna. 1972- Permainan komputer pertama iaitu ATARI dilancarkan dan sambutan di kalangan pengguna cukup hebat. 1975- Komputer peribadi pertama dilancarkan. Ia mempunyai kuasa pemprosesan rendah, digunakan untuk perakaunan dan inventori. 1980- Storan cakera keras ditingkatkan. Komputer boleh boleh memaparkan grafik ringkas, digunakan untuk statistik dan ramalan. 1987- Komputer berkeupayaan untuk papar warna, grafik, animasi dan bunyi yang lebih canggih. Ia digunakan dalam pemprosesan kata dan penerbitan meja. 1995- komputer yang mempunyai ciri multimedia pula diperkenalkan. Ia berkeupayaan untuk mengintegrasikan video digital, audio, animasi dan teks ke dalam satu persekitaran digital. Seterusnya, penghasilan mikro komputer (dekstop) dengan kelajuan pemproses yang lebih laju. Ini membolehkan sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk atau klik pada objek menggunakan tetikus serta arahan yang dikehendaki lebih mudah dan meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer.

You might also like