Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
12Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari

Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari

Ratings: (0)|Views: 469 |Likes:
Published by yangshah

More info:

Published by: yangshah on Oct 26, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/15/2012

pdf

text

original

 
ULASAN JURNALTAJUK JURNAL: MONETARY POLICY AND THE FINANCIAL DECISION OFFIRM (KEBERGANTUNGAN KEPUTUSAN KEWANGANSESEBUAH FIRMA TERHADAP POLISI MONETARI)PENULIS:THOMAS F. COOLEY DAN VINCENZO QUADRINISUMBER:ECONOMIC THEORY 27, 243-270
Thomas F. Cooley dan Vincenzo Quadrini merupakan dua orang pengkaji yang telahmengkaji kesan perubahan polisi monetari terhadap pelbagai aspek. Dalam kertas kajianini, pengkaji telah melakukan kajian perubahan yang berlaku dalam sesebuah firma darisegi membuat keputusan kewangan apabila berlaku perubahan dalam polisi monetari.Pengkaji telah membina model keseimbangan umum dengan mengambil beberapafirma yang telah lama beroperasi dalam pasaran dan faktor kewangan memainkan peranan penting dalam membuat keputusan pengeluaran dan pelaburan. Apabila ekonomimengalami kejutan, pengkaji telah menyatakan bahawa firma kecil lebih bertindak balasterhadap kejutan tersebut berbanding dengan firma yang besar. Dengan kata lainkesannya adalah terhadap pengeluaran ataupun output firma tersebut. Pengkaji jugamenyatakan dapatan kajian lain yang diperolehi adalah ketidaktentuan pulangan pelaburan saham akibat daripada kejutan ekonomi monetari.Dalam kajian ini, pengkaji telah menyatakan bahawa terdapat jurang perbezaanyang besar antara firma yang besar dengan firma kecil dalam membuat keputusan darisegi kewangan bagi sesebuah firma. Pernyataan pengkaji dibuktikan melalui kajianFazzari et al. (1988) dan pengkaji-pengkaji lain yang menyatakan bahawa firma kecilmemberikan lebih keuntungan, membayar faedah yang lebih rendah kepada pemegangsaham, membuat pinjaman bank yang lebih banyak dan membuat pelaburan melebihi berbanding firma yang besar. Pengkaji turut menyatakan kajian lain yang dijalankanuntuk mengukuhkan hipotesis mereka seperti Gertler dan Gilchrist (1994) dan Gilchristdan Himmelberg (1996, 1998) dimana mereka menyatakan keputusan pelaburan bagifirma kecil lebih banyak bergantung kepada aliran tunai firma tersebut. Kesannya firma
 
kecil bertindak balas dengan kejutan ekonomi monetari berbeza jika dibandingkan deganfirma besar.Untuk mengkaji bagaimana geseran kewangan memberi kesan kepada kejutanekonomi, pengkaji telah melakukan kajian bagaimana geseran kewangan membawakepada kepelbagaian firma dari pandangan ekonomi. Firma mempunyai kepelbagaian jumlah ekuiti yang memberi kesan terhadap keputusan kewangan dan skala pengeluaran.Perubahan di dalam struktur modal begitu ketara kesan daripada keputusan kewanganyang dibuat oleh sesebuah firma. Pengaji tidak mengambil kira perbezaan teknologiantara firma di dalam kajian ini. Pengkaji hanya menumpukan kepada perbezaan keadaankewangan bagi sesebuah firma.Pengkaji telah mengandaikan bahawa semua firma mempunyai akses yang samaterhadap sesuatu teknologi untuk menghasilkan barangan yang sama. Firma membiayaimodal (kilang) melalui pinjaman yang dibuat daripada perantara kewangan (syarikatkewangan, bank, pelabur dan lain-lain). Semakin banyak had pinjaman yang dapat dibuatoleh sesebuah firma, semakin banyak pengeluaran dapat dibuat dan keuntungan jangkaanadalah lebih tinggi. Firma perlu membuat keputusan dalam menentukan kadar leverage(nisbah hutang dan ekuiti) bergantung kepada jumlah ekuiti yang dimiliki dalamsesebuah perniagaan.Pengkaji juga menyatakan bahawa perkembangan sesebuah firma turut bergantung kepada keputusan kewangan dan pelaburan yang dibuat. Setiap keputusanyang dibuat oleh sesebuah fira mestilah selari dengan kehendak dan keperlua industriyang diceburi. Mengikut teori Gibrat, pertumbuhan firma dengan saiz firma adalah tidak  berkaitan sama sekali. Teori tersebut disahkan melalui kajian yang telah dibuat oleh Hall(1987) dan Evans (1987a) menunjukkan kadar perkembangan firma sektor pembuatandan ketidakpastian di dalam sesebuah industri tidak bergantung kepada saiz dan tempohoperasi firma tersebut. Pengkaji melihat bahawa firma yang kecil berkembang denganlebih cepat, menghadapi pelbagai faktor dalam perubahan dan mempunyai kadar  pengkoordinasian kerja yang tinggi. Pengkaji juga melihat bahawa firma yang kecilmembuat pinjamam lebih tinggi berbanding dengan firma yang besar, menerbitkandividen yang kecil kepada pemegang saham dan pelaburan mereka bergantung kepadaaliran tunai yang ada.
 
Untuk kajian ini, pengkaji telah menghasilkan model ekonomi dimana denganmengandaikan bahawa kepelbagaian firma adalah pembolehubah terhadap polisimonetari. Perubahan dalam pengeluaran agregat yang disebabkan oleh kejutan ekonomimonetari disebabkan oleh tindakbalas firma kecil terhadap kejutan itu. Dari itu, pengkajitelah merumuskan bahawa firma kecil lebih bertindakbalas terhadap kejutan ekonomimonetari berbanding dengan firma yang besar.Pengkaji turut menjelaskan bahawa kejutan ekonomi monetari memberi kesanyang lebih besar ketika sesebuah firma sedang menanggung hutang yang besar. Turutdinyatakan bahawa kejutan ekonomi monetari lebih memberi kesan terhadapketidakstabilan pulangan saham berbanding dengan ketidakstabilan dalam keuntungan,dividen dan juga pengeluaran agregat. Kejutan ekonomi monetari memberi kesanterhadap perubahan kadar inflasi, memberi kesan terhadap kadar bunga dan seterusnyaterhadap nilai sesebuah firma dalam pasaran akhirnya memberi kesan terhadap pulangansaham pasaran.Pengkaji telah menggariskan tiga model dalam kajian ini iaitu firma, isi rumahdan perantara kewangan dan bank pusat. Ketiga-tiga model tersebut dijelaskan denganterperinci dari pelbagai aspek. Untuk firma, pengkaji telah memberikan pembolehubah bersandar dan tak bersandar yang terdapat di dalam fungsi pengeluaran. Setiap pembolehubah diperincikan seperti buruh, ekuiti dan barang pertengahan yang dibelidaripada firma lain. Pengkaji menyatakan bahawa buruh dan input pertengahan adalah pelengkap kepada modal. Bagi isi rumah, pengkaji turut menghasilkan fungsi yangmengira pemaksimuman utiliti. Model ketiga adalah syarikat kewangan dan bank pusat dimana pengkaji menerangkan bagaimana sesebuah syarikat kewangan berfungsi denganmenerima deposit daripada isi rumah dan menggunakannya untuk memberi pinjamankepada firma mengikut masa. Syarikat kewangan turut menerima suntikan dana daripada bank pusat. Pengkaji menerangkan fungsi bank pusat mengawal syarikat kewangandalam memberi pinjaman kepada firma.Pengkaji turut membincangkan beberapa masalah yang dihadapi oleh firma dan juga isi rumah. Permasalahan di dalam sesebuah firma ialah membuat keputusan untuk memilih antara inisiatif modal ataupun buruh dalam pengeluaran untuk meminimumkankos dan memaksimumkan keuntungan. Pengkaji turut menerangkan permasalahan yang

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nabilah Marzuki liked this
ArJuna RaJa liked this
Nur Iqlas liked this
mz_cuties liked this
Sadiq Sigaraga liked this
cutew liked this
Zahidi Hj Ahmad liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->