20 tahun berikutnya, Dunant menghadapi hidup yang lebih malang kerana beliauterpaksa bergantung hidup kepada belas kasihan sahabat-sahabatnya dan elaun yang kecildari keluarganya.. Namun, kadang-kala beliau akan menghadirkan diri di kalangan orangramai di Perancis, German, Itali dan England untuk diberi penghormatan atassumbangannya terhadap penubuhan Palang Merah atau bersabit dengan projek-projek lain yang ada kaitan dengannya. Pada tahun 1887, beliau tinggal di Hidden, Switzerland.Kemudian, pada tahun 1897, kerana gangguan kesihatan dan keadaan usianya yangsaemakin lanjut, beliau telah dimasukkan ke hospital tempatan dan di situlah beliautinggal selama 18 tahun.Walau bagaimanapun, jasa beliau masih dihargai oleh orang ramai. Pada tahun1895, seorang wartawan muda dalam ekspidisinya di pergunungan berdekatan Hidden,telah mendapat berita mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara beliau.Bermula saat itu, dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun tinggal dalamkeadaan daif serta serba kekurangan. Tawaran untuk membantu beliau semakinmencurah-curah.Kemudian, pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan beliaudengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama, yang dikongsi bersama denganFrederic Passy, seorang warganegara Perancis.Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant telah menghembuskannafasnya yang terakhir di Hidden.3
Leave a Comment
pbsm