You are on page 1of 18

KONSEP 5P - PENGGABUNGJALINAN

Konsep

Penggabungjalinan bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk

menghasilkan pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.

Strategi ini bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara satu sama lain

dan menjadikan aspek pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran, agar pembelajaran tersebut lebih menarik dan bermakna (Kamarudin Haji Husin, 1990).

Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang

berlainan (inter bidang) atau bidang yang sama (intra bidang). Aspek yang digabungjalinkan

Pertama, aspek kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan, membaca,

dan menulis. Guru tidak menggabungjalinkan semua kemahiran dan isi pelajaran dalam satu pengajaran, Raminah Sarban dan Rahim Syam (1987:67). Kemahiran-kemahiran akan digabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kedua iaitu aspek tatabahasa. Aspek ini digabungkan secara teratur dan

tersusun semasa guru menekankan kemahiran bahasa. Aspek ini akan melahirkan murid yang berdisiplin, kerana mereka akan mengikut peraturan tatabahasa.

Ketiga iaitu aspek kosa kata dan peribahasa juga perlu digabungkan

dengan aktiviti kemahiran bahasa. Contohnya, melalui aktiviti lakonan atau perbahasan, membaca teks yang mengandungi peribahasa dan kosa kata (sama ada umum atau istilah), atau melalui latihan penggunaan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan. Prinsip penggabungjalinan

Terdapat prinsip-prinsip dalam strategi penggabungjalinan. Antaranya

ialah guru harus menentukan terlebih dahulu kemahiran utama yang mahu ditekankan dalam sesuatu pengajaran.

Guru hendaklah memikirkan kemahiran sampingan yang bersesuaian

untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

Kemahiran utama akan menjadi fokus utama pembelajaran, manakala

kemahiran sampingan akan menjadi fokus sampingan pembelajaran.

Aras pengajaran dan aktiviti pelajaran berdasarkan kebolehan dan

pencapaian murid.

Guru boleh menggabungjalinkan apa jua sekalipun yang bersesuaian,

berdasarkan sukatan pelajaran, asalkan mencapai objektif. Bentuk Penggabungjalinan

Strategi penggabungjalinan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu

penggabungjalinan kemahiran, bahan dan aktiviti (Kamarudin Haji Husin, 1990).

Di dalam bentuk penggabungjalinan kemahiran, terdapat dua jenis

gabungjalin, iaitu penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran.

Bagi penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran, guru

boleh menggabungkan semua atau beberapa kemahiran bahasa ke dalam satu pengajaran. Guru harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar (Suradi Salim, 1980).

Bagi penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke

dalam satu pelajaran pula, contohnya seperti dalam satu pelajaran bahasa, kemahiran bahasa digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa menjadi kemahiran fokus, manakala kemahiran pendidikan seni dan muzik, menjadi kemahiran sampingan.

Penggabungjalinan bahan pula melibatkan jenis bahan atau tema yang

digunakan, Kamarudin Hj Husin (1990). Bahan-bahan itu terdiri daripada bahan utama (petikan), bahan ransangan (bahan sokongan) dan bahan lisan (aksi rakaman). Contoh bahan utama adalah seperti rencana, ucapan, laporan, dan sebagainya. Contoh bagi bahan ransangan pula ialah gambar, carta, graf, rajah, dan data. Manakala, bahan lisan pula terdiri daripada rakaman ucapan,

wawancara, lakonan, ceramah, dan lain-lain. Berdasarkan contoh, guru boleh menggabungkan sekurang-kurangnya dua jenis bahan atau ketiga-tiga jenis bahan dalam satu pengajaran. Namun begitu, guru mestilah memastikan bahan mempunyai pertalian dan urutan yang baik serta boleh digabungjalinkan dengan berkesan. Contoh aktiviti ialah guru memberikan teks berita kepada murid, kemudian murid membuat ulasan mengenai berita tersebut.

Seterusnya ialah penggabungjalinan aktiviti. Menurut Kamarudin Hj Husin

(1990), dalam perlaksanaan penggabungjalinan aktiviti, guru mestilah meneliti jenis aktiviti yang saling berkait dan boleh digabungjalinkan. Terdapat tiga jenis aktiviti yang boleh dilakukan. Pertama, aktiviti lisan seperti perbualan, temuramah, bercerita, lakonan, dan sebagainya. Contoh aktiviti kedua pula iaitu aktiviti bacaan dan kefahaman. Misalnya, mengesan isi penting, memberi makna perkataan atau rangkai kata, membina ayat, dan lain-lain. Ketiga, aktiviti tulisan seperti mencatat isi, membuat karangan, laporan, atau berita. Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua atau ketiga-tiga jenis aktiviti. Semasa melaksanakannya, guru mesti memastikan aktiviti-aktiviti itu saling berkait.

Jadi, menerusi strategi penggabungjalinan ke dalam satu mata pelajaran

bahasa, pelbagai kemahiran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Strategi ini dapat mengelakkan kebosanan pelajar terhadap pelajaran, jika hanya satu kemahiran sahaja diajarkan. Interaksi antara guru dan murid juga akan lebih mesra (Ee Ah Meng,1990).

KONSEP 5P - PENYERAPAN

Konsep

Penyerapan merupakan proses menyerapkan dan menyatukan ilmu

pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran bahasa. Jenis penyerapan

Proses ini merangkumi beberapa jenis penyerapan. Pertama iaitu

penyerapan pengetahuan atau isi pelajaran. Dalam tahap satu, penyerapan mata pelajaran Alam dan Manusia seperti isi pengetahuan yang berkaitan alam sekitar, tumbuhan, haiwan, kemanusiaan, kemasyarakatan, dan kesihatan, diserapkan dalam pelajaran bahasa. Murid akan memperoleh pengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran Alam dan Manusia, di samping dapat menguasai kemahiran bahasa. Beberapa mata pelajaran lain seperti Agama, Moral, Muzik, Seni, Pendidikan Jasmani, juga boleh diserapkan ke dalam mata pelajaran bahasa (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Pengajaran akan lebih kukuh sekiranya penyerapan pengetahuan diserapkan.

Jenis penyerapan yang kedua iaitu penyerapan nilai murni dan

kewarganegaraan.Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat yang berlandaskan kepada Rukun Negara, hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini selaras dengan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Penyerapan nilai tersebut boleh diserapkan pada bila-bila masa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Ketiga iaitu penyerapan kemahiran berfikir dan kemahiran nilai

tambah. Kemahiran berfikir perlu diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Contohcontoh kemahiran berfikir yang boleh diserapkan dengan pelajaran bahasa ialah menentukan urutan, meramalkan, menyelesaikan masalah dan lain-lain. Namun demikian, kemahiran nilai tambah seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontruktivisme, dan pembelajaran konteksual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran,

kebolehan murid serta sumber yang ada. Pemilihan bahan perlulah sesuai dan hal ini dapat mengelakkan kebosanan di kalangan murid (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman secara tidak lansung, di samping mempelajari kemahiran bahasa. Rasional proses penyerapan

Menurut Ab. Rahman Ab. Rash dan rakan-rakannya (1997), rasional

penyerapan dilihat menerusi dua aspek pendidikan iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.

Melalui aspek pembelajaran, proses ini membantu murid menambahkan

kefahaman dan kemahiran, dengan mematuhi arahan dan peraturan. Guru juga dapat membentuk sikap ingin menambah ilmu pengetahuan serta meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. Corak pemikiran yang terbuka dan rasa ingin tahu juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Seterusnya, guru dapat membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif dan positif kepada murid.

Menerusi aspek komunikasi, guru dapat membantu murid dalam

menguasai pengetahuan mengenai penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, penggunaan intonasi yang sesuai dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks. Hal ini selaras dengan objektif dan matlamat sukatan pelajaran yang digubalkan. Murid akan memahami serta mengamalkan aspek nilai dan tingkah laku yang sesuai demi memperkembangkan diri serta memastikan mereka diterima rakan sebaya dan masyarakat.

KONSEP 5P - PENGGAYAAN

Pengayaan merupakan strategi untuk meluaskan pengetahuan dan

pengalaman, di samping mengukuhkan kemahiran yang dipelajari.

Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), proses ini memberi peluang

kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepimpinan.

Namun, penekanan yang diberikan berbeza-beza mengikut tahap

kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat pelajar. Contoh Aktiviti

Contoh bagi aktiviti pengayaan adalah seperti bacaan tambahan, kerja-

kerja projek, serta permainan dan rekreasi.

Aktiviti bacaan tambahan yang boleh dijalankan seperti membaca buku

cerita, majalah, risalah, atau kad bacaan yang mengandungi tema yang sesuai.

Kerja-kerja projek pula seperti mengadakan lawatan, perlaksanaan

minggu bahasa, membuat laporan, menulis cerita, dan sebagainya.

Guru juga boleh melakukan aktiviti permainan dan rekreasi seperti

mencari benda tersembunyi, teka silang kata, meneka bunyi, permainan sahiba, dan lain-lain.

Guru hendaklah mencipta aktiviti yang boleh melahirkan pemikiran kreatif

dan kritis pelajar.

Peluang sama rata kepada pelajar juga perlu diberikan, bagi

mengembangkan sifat kepimpinan sosial yang sedia ada.

Hal ini seterusnya, akan meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam diri

pelajar.

KONSEP 5P - PEMULIHAN

Pemulihan ialah strategi untuk membantu murid yang bermasalah dalam

penguasaan sesuatu kemahiran atau aktiviti pelajaran.

Guru hendaklah menyedari perbezaan kebolehan murid yang cepat,

sederhana atau lambat menguasai sesuatu kemahiran atau menerima sesuatu isi kandungan pelajaran yang diajar (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).

Proses ini untuk membantu murid yang bermasalah pembelajaran atau

bermasalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).

Sekiranya murid itu mempunyai masalah berat dalam penguasaan

kemahiran tersebut, dia perlu dimasukkan ke kelas khas yang diajar oleh guru khas pemulihan.

Selain itu, murid-murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan, kaedah

dan gerak kerja yang bersesuaian berdasarkan masalah dihadapi. Contohnya, guru memberikan latihan pengukuhan untuk dijadikan kerja rumah.

Guru juga boleh menggunakan tenaga murid pintar untuk mengendalikan

gerak kerja pengukuhan melalui pembelajaran rakan sebaya.

KONSEP 5P - PENILAIAN

Konsep Penilaian

Penilaian bertujuan mendapat maklumat tentang kesan dan pencapaian

objektif pengajaran atau pembelajaran, berdasarkan perlaksanaan pengajaran. Dalam sistem penilaian KBSR, tahap satu mementingkan penilaian kemahiran asas 3M, sementara tahap dua pula mengutamakan penilaian mengenai perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, selaras dengan FPK (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997). Jenis Proses Penilaian

Strategi penilaian terbahagi kepada dua jenis. Pertama, penilaian formatif

iaitu penilaian serta-merta untuk mengesan penguasaan kemahiran yang baru disampaikan. Ujian digunakan untuk mengetahui tentang seseorang (Tuckman, 1975). Contoh ujian yang boleh dibuat, seperti dalam bentuk lisan (termasuk bacaan atau kuiz), pemerhatian, amali atau menjawab soalan bertulis. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), guru hendaklah mengesan kemajuan murid dalam unit pembelajaran yang diajar, di samping dapat mengesan perkembangan pembelajaran murid-murid. Oleh itu, guru mengetahui penguasaan murid dalam kemahiran yang diajar dan juga nilai yang ditanamkan dalam pengajaran. Murid juga mengetahui kelemahan mereka dan berusaha untuk segera mengatasinya.

Kedua iaitu penilaian sumatif yang bertujuan untuk mengetahui

keseluruhan tahap pencapaian murid di akhir pembelajaran. Matlamat utamanya untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid dan biasanya dijalankan di akhir penggal. Markah akan diserahkan kepada penjaga. Daripada maklumat pencapaian, guru dapat mengenal pasti dan menilai keberkesanan bahan, teknik dan kaedah pengajaran. Penilaian ini juga digunakan oleh guru untuk menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pemulihan atau penggayaan (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).

PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut: i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran. ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis. iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan. Prinsip-prinsip penggabungjalinan Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Ada 3 bentuk penggabungjalinan 1. Penggabungjalinan kemahiran 2. Penggabungjalinan bahan 3. Penggabungjalinan aktiviti

1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. K1: Kemahiran mendengar K2: Kemahiran bertutur K3: Kemahiran membaca K4: Kemahiran menulis Sila rujuk rajah di bawah: 2. Penggabungjalinan Aktiviti Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan. 3.Penggabungjalinan Bahan Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.

PENYERAPAN Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut: i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural. iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut: Mencirikan Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan Membuat kaitan dan perhubungan Membanding dan membeza Menyusun atur Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu Membezakan fakta dengan pendapat Menganalisis Mengesan kecondongan pendapat Mengenal pasti sebab akibat

Meramal Mensintesis Mengitlak Membuat analogi Membuat inferens Membuat kesimpulan Menginterpretasi, mentafsir Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan Menilai Menjana idea Merumus, meringkas Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.

Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain. KB: Kemahiran bahasa KS: Kemahiran Pendidikan Seni KM: Kemahiran muzik

PENILAIAN Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian). Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu

1. Penilaian mengesan penguasaan 2. Penilaian mengesan kemajuan 3. Penilaian mengesan pencapaian

Aktiviti Penilaian Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu: i. Penilaian formatif Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan: Mengesan kemajuan pelajar Melihat keberkesanan pengajaran guru Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif pengajaran Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru

ii. Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran. Penilaian ini bertujuan: Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid Membuat perbandingan pencapaian antara murid

PEMULIHAN Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar

ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran.

PENGAYAAN Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas

pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut: a. Menggunakan daya usaha sendiri b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah e. Melibatkan pembacaan luas dan f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah: Pembelajaran akses kendiri Kerja projek Bacaan tambahan Permainan dan rekreasi da Pembelajaran berbentuk komputer

You might also like