You are on page 1of 4

SULIT PPG - PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN / PENDENGARAN / PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

NAMA KURSUS : PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KOD KURSUS : PKU 3112 SOALAN UJIAN AMALI

ARAHAN KEPADA CALON:

1.

Pentaksiran amali ini dijalankan berdasarkan perancangan yang telah anda sediakan. Anda perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Pelaksanaan projek hendaklah menunjukkan pengetahuan mengenai prinsip dan konsep serta peranan Pemulihan Dalam Komuniti. Projek yang dianjurkan hendaklah menekankan penglibatan untuk penambahbaikan program pemulihan dalam komuniti dan mencadangkan pelaksanaan yang ideal hasil pembacaan dari artikel jurnal. Anda juga dikehendaki membuat perbandingan situasi PDK yang dilawati dengan artikel yang dibaca.

2.

3.

4.

5.

________________________________________________________________

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) diwujudkan sebagai program alternatif berkonsepkan pemulihan di institusi kepada orang kelainan upaya (OKU). Pendekatan ini dijalankan berasaskan rasional bahawa sebahagian besar daripada OKU tidak memerlukan rawatan pemulihan sepenuh masa di institusi. Program ini memerlukan penglibatan aktif ibu bapa / penjaga, ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu OKU hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program pencegahan, pembangunan dan pemulihan secara bersepadu daripada pelbagai sektor perlu dijelmakan melalui kerjasama yang erat antara pihak OKU sendiri, keluarga, komuniti, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) dan agensi kerajaan yang berkaitan.

SOALAN TUGASAN

Secara

berkumpulan,

anda

dikehendaki

menyediakan

aktiviti

kemasyarakatan yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Kumpulan anda perlu merancang dan melaksanakan program tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Anda juga dikehendaki membaca dan merumus dua jurnal berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di pusat-pusat yang mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas. Buat rumusan, dan analisis tentang perkhidmatan-perkhidmatan tersebut dengan membuat

perbandingan dengan perkhidmatan yang disediakan di PDK yang anda jalankan. Membuat refleksi tentang tugasan yang telah dilaksanakan.

PERINCIAN TUGASAN 1. 2. Memilih sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Merancang dan melaksanakan aktiviti di pusat penyediaan perkhidmatan untuk OKU. Pelaksanaan aktiviti hendaklah sekurang-kurang tiga kali lawatan. 3. Pelaksanaan aktiviti perlu berfokuskan kepada penambahbaikan program dengan cara:

a. Sebelum pelaksanaan Penyediaan kertas kerja, Meninjau keadaan PDK sebelum aktiviti dijalankan Membuat jadual pelaksanaan, Cadangan aktiviti Plan penyediaan laporan dan sebagainya

b. Melaksanakan program seperti Tugas dan peranan anggota kumpulan. Membuat perancangan berdasarkan jadual laporan pelaksanaan mengikut jadul perancangan Penglibatan komuniti (JK PDK)

c. Membuat penilaian. Membuat laporan keseluruhan aspek penambahbaikan yang dibuat. Membuat perbandingan dengan artikel yang dibaca Mencadangkan pelaksanaan program PDK yang ideal.

3.

Aktiviti penambahbaikan boleh dilaksanakan dalam bentuk fizikal dan prasarana serta pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Buktibukti pelaksanaan seperti gambar dan video perlulah disertakan.

4.

Tugasan ini adalah tugasan individu. Bagaimana pun anda boleh bergerak secara berkumpulan untuk menjalankan aktiviti di pusat yang memberi perkhidmatan.

5.

Kreativiti, kemahiran bahasa dan cara penulisan yang baik diambil kira dalam penyediaan penulisan ini.

6.

Kuiz berkaitan PDK akan diberi di akhir kursus.

ARAHAN PENTADBIRAN

1.

Tugasan ini hendaklah ditaip di kertas saiz A4 dengan menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau 1.5 baris . 3

2.

Sumber / bahan rujukan/maklumat perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (Contoh : APA).

3.

Bahagian kulit luar laporan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut: 3.1. 3.2. 3.3. 3.4. 3.5. 3.6. 3.7. Nama Institusi Nama Program Nama PDK Nama Ahli dan No.Kad Pengenalan Angka Giliran Nama Penilai Tarikh Penyerahan

4.

Menyerahkan laporan lengkap projek PDK dua minggu selepas projek dilaksanakan.

@ Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like