You are on page 1of 4

1.0 PENDAHULUAN 1.

1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu Mengikut sejarah sukan ini, permainan sofbol dicipta pada tahun 1887 Chicago, Amerika Syarikat oleh George W. Hancook, seorang pemberita. Beliau telah memperkenalkan permainan sofbol sebagai satu permainan dewan (indoor) dengan mengambil ciri-ciri penting dari permainan besbol.Pelbagai nama seperti kitten ball, mushall dan ladies baseball telah digunakan sebelum sofbol diterima secara umum dan rasmi pada tahun 1926. Pasukan Petugas Sukarelawan ( Peace Corps) Amerika yang datang bertugas di Malaysia pada tahun 60 an telah memperkenalkan dan mempopularkan permainan ini di sekolah dan institusi pendidikan sebagai satu aktiviti rekreasi. Sebelum ini, permainan raundas (rounders) lebih dikenali oleh masyarakat tempatan. Sejak awal tahun 70 an permainan sofbol telah menjadi salah satu permainan dalam program sukan ko kurikulum di sekolah dan maktab perguruan. Setiap permainan sama ada secara individu atau pasukan seperti sofbol, badminton dan ragbi sentuh memerlukan kemahiran yang tertentu. Menurut Borhannudin bin Abdullah dan rakan-rakan (2008), pasukan yang memadang memerlukan kemahiran menyambut, membaling, melempar dan memadang.Manakala pasukan lawan pula memerlukan kemahiran memukul, menampan, dan melakukan larian tapak. Justeru,kemahiran asas dalam permainan sofbol iaitu menangkap bola tinggi amat penting. Saya mempunyai pengalaman yang lama dalam mengajar murid-murid sekolah menengah. Setelah saya ditukarkan ke sekolah rendah, saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani sepenuhnya. Saya dikehendaki untuk mengajar murid Tahun 4 sebanyak 4 kelas,murid Tahun 5 sebanyak 4 kelas dan Tahun 6 sebanyak 5 kelas bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sewaktu saya mengajar murid Tahun 5 Amanah tentang kemahiran asas dalam permainan sofbol iaitu menangkap bola tinggi , saya dapati dua pertiga daripada murid Tahun 5 Amanah gagal melakukan kemahiran menangkap bola tinggi dengan kemas. Kebanyakan bola tidak dapat ditangkap dengan kemas ataupun terlepas dari sasaran. Saya melihat bahawa tahap koordinasi mereka sangat lemah. Pergerakan mereka untuk menangkap bola sofbol tidak licin. Selain itu, masih ramai murid yang tidak dapat menumpukan perhatian untuk menangkap bola sofbol pada fasa

layangan bola. Saya juga mendapati bahawa mereka tidak menghadap ke arah bola dengan kedua-dua belah tangan di hadapan badan. Ini merupakan punca-punca utama murid-murid tahun 5 Amanah tidak dapat menangkap bola tinggi dengan kemas bagi membantu pemadang mematikan giliran menyerang pihak lawan dalam pertandingan sofbol. Saya juga terdengar kata-kata murid-murid Tahun 5 Amanah saya takut bola sofbol jatuh atas kepala. Ada juga murid yang berkata saya sudah tengok bola datang ke arah saya, tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menangkap bola tersebut. Saya menyedari bahawa saya perlu melakukan perubahan dan perlu mendedahkan kepada mereka kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan

sofbol.Kebetulan saya juga mempunyai kemahiran dalam mengajar permainan sofbol. Saya juga telah mempraktikkan satu cara untuk membantu murid-murid Tahun 5 Amanah ini, namun begitu, masih ramai dalam kalangan mereka yang gagal menguasai kemahiran menangkap bola tinggi. Setelah diselidik, saya dapati sebelum saya hadir di sekolah ini, mereka tidak pernah didedahkan dengan permainan-permainan seperti sofbol, bola baling, hoki dan sebagainya. Setelah saya berfikir, saya dapati bahawa mereka lemah kerana kurangnya pendedahan dan pendekatan teknik menangkap bola yang betul. Saya dapati guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani hanya mengarahkan pelajar mereka bermain badminton tanpa menerangkan terlebih dahulu teknik yang betul atau bermain permainan seperti dam, congkak, scrabble dan chess. Saya benar-benar kecewa perkara ini berlaku kepada mereka. Mungkin ada antara murid-murid ini mempunyai bakat dalam bersukan, tetapi tidak dicungkil atau diberi peluang. Oleh kerana kekurangan guru yang berkemahiran dalam bidang sukan,maka murid-murid ini juga menerima tempias tersebut. Maka saya tertanya- tanya kepada diri saya sendiri, apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Murid -murid ini perlu diajar dengan kemahiran yang betul sesuai dengan sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5 yang dituntut untuk diajar. Saya juga terfikir bagaimanakah cara untuk memastikan mereka mendengar dan mengikut arahan yang akan saya berikan. Sudah pasti, untuk memastikan mereka mendapat kemahiran menyambut bola tinggi dalam permainan sofbol ini, saya perlu membuat perancangan yang rapi. Perancangan ini haruslah secara profesional agar mereka dapat mengikut saya lagi sekiranya saya dapati mereka lemah dalam kemahiran-kemahiran yang lain pula.

Saya faham, sekiranya saya tidak memperbaiki situasi ini, saya pasti murid-murid ini tidak dapat melakukan kemahiran menyambut bola tinggi dengan teknik yang betul. Ini adalah kerana kemahiran ini sangat penting dalam permainan sofbol untuk mematikan pihak lawan. Menurut Model Simpson, E.J (1972) terdapat empat tahap cara penguasaan kemahiran permainan sofbol. Tahap pertama ialah memerhati (perception) pengalaman kemahiran yang ditimba dengan membaca buku atau merujuk video. Pada tahap kedua pula ialah peniruan (imitation). Kemahiran mengikut dan cuba meniru apa yang dilakukan oleh orang lain dengan bimbingan. Mereka belajar kemahiran dengan melihat individu lain yang berpengalaman dan tahap ini merupakan tahap paling asas sekali. Tahap ketiga pula pada peringkat berlatih (training) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap keempat ialah penyesuaian (adaptation) dan ianya merupakan kemahiran yang dapat dikuasai dengan sempurna. Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada

perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Selain itu,saya juga sedar untuk mengajar murid-murid yang tidak pernah belajar kemahiran ini bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, saya amat berharap agar saya berjaya dalam melaksanakannya nanti. Sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani, saya haruslah buktikan bahawa semua murid berhak mempelajari semua kemahiran yang ditetapkan dalam sukatan mata pelajaran bagi tahun tersebut. Insyaallah. Pernyataan ini dibantu dengan kajian oleh Bucher (1978) yang mana beliau menyatakan bahawa kemahiran motor yang asas adalah penting dalam program Pendidikan Jasmani. Perubahan pelakuan sesuatu kemahiran dalam kalangan remaja mempunyai implikasi dalam sesuatu pengajaran. Apabila ada sesuatu perubahan dalam tindakan yang diambil oleh saya nanti, saya percaya perancangan dalam tindakan saya akan menghasilkan perubahan tingkahlaku sebagaimana yang disokong oleh kajian yang dijalankan Magill (2003) yang mendefinisikan bahawa sesuatu kemahiran motor adalah sebagai perubahan dalam keupayaan individu

dalam perlakuan sesuatu kemahiran yang mana perubahan tersebut harus merupakan perubahan yang kekal. Justeru, perancangan yang rapi haruslah dilakukan bagi memastikan murid-murid Tahun 5 Amanah dapat melakukan kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol.

You might also like