You are on page 1of 3

Pendidikan Khas di Malaysia melalui tiga fasa perkembangan.

Pada pendapat anda fasa manakah yang betul memberi makna kepada kanak-kanak pendidikan khas bagi kategori bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Utama. Sejarah perkembangan pendidikan khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh badan-badan sukarela dalam dan di luar negeri serta peranan kerajaan sebagai penggerak utama. Pada tahap pertama, (dari awal sehingga tahun 1947) peranan utama dalam pendidikan khas dan pemulihan pelbagai kecacatan disumbangkan oleh institusi-institusi keluarga dan masyarakat yang terdiri daripada pertubuhan agama, etnik, ibu bapa, dan badan sukarela bersifat tempatan dan antarabangsa. Minat terhadap pendidikan khas di Malaysia bermula pada tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Pada tahap kedua iaitu tahun 1948 hingga 1980 merupakan satu historical milestone dengan memperlihatkan peranan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan beberapa buah sekolah seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dan Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954).Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemaskan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan kanak-kanak khas. Antaranya, satu model penyampaian baru dan komunikasi seluruh diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan khas bermasalah pendengaran bermula dari tahun 1979 hingga 1981 dan 1984 hingga 1986. Pihak kerajaan merupakan penggerak utama dalam peringkat ketiga ( dari tahun 1981 hingga kini) di mana perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan, peruntukan kewangan dan khidmat kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas. Jelaslah disini bahawa fasa ke 3 telah memberi makna kepada kanak-kanak pendidikan khas bagi kategori bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan kerana pihak kerajaan telah memainkan peranan sebagai pengerak utama. Jawab 1

Sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia melalui tiga fasa utama iaitu fasa pertama awal 1920an hingga 1947; Fasa kedua dari 1948 hingga 1980 dan Fasa ketiga 1981 hingga kini. Di mana setiap peringkat sejarah perkembangan memperlihatkan kesedaran dan keprihatinan pihak NGO dan pihak kerajaan dalam membela nasib kanak-kanak berkeperluan khas. Namun begitu pada fasa ketiga, pembentukan perundangan dan akta pendidikan sama ada dalam negara atau luar negara memberi kesan yang besar terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Justeru, kerjasama antara kementerian membuka ruang kerjasama dan pembelaan kanak-kanak berkeperluan khas peringkat antarabangsa. Perkembangan pendidikan khas luar negara khususnya United Kingdom dan Amerika Syarikat serta pengenalan pelbagai akta memberi ruang dan melindungi hak untuk murid berkeperluan khas mendapat kemudahan pendidikan dan mendapat bantuan kewangan. Penyataan Akta OKU 2008, Akta Pendidikan 1996, Akta Pelajaran 1961 dan Perakuan Kabinet perkara 169-172 di Malaysia dan PL 94-142, ADA Act 1990, DDA 1995 di luar negara memberi kesan yang besar terhadap perkembangan pendidikan khas secara keseluruhannya. Jelaslah disini bahawa fasa ke 3 telah memberi makna kepada kanak-kanak pendidikan khas bagi kategori bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan kerana pihak kerajaan telah memainkan peranan sebagai pengerak utama.

Jawab 2 Sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia melalui tiga fasa utama iaitu fasa pertama awal 1920an hingga 1947; Fasa kedua dari 1948 hingga 1980 dan Fasa ketiga 1981 hingga kini . Pada fasa ketiga sudah ada kesedaran diihak kerajaan bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat, maka kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab

pendidikan itu daripada pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan (Nurul Huda Abd Halim, 2009). Pihak kerajaan merupakan penggerak utama dalam peringkat ketiga di mana perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan, peruntukan kewangan dan khidmat kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas. Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu pada Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat 1981 menegaskan full participation and justice, dan tidak lagi bergantung kepada campassion of charity sebagai temanya. Ini bagi menjamin semua kerajaan termasuk Malaysia yang menjadi anggota pertubuhan mengamalkan dasar the disabled child, pupil or adult is entitled to benefit in the equalization of all spheres of activities, namely education, social, political and economic. Jelaslah disini bahawa fasa ke 3 telah memberi makna kepada kanakkanak pendidikan khas bagi kategori bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan kerana pihak kerajaan telah memainkan peranan sebagai pengerak utama. Penglibatan pihak kerajaan ini telah menyebabkan peruntukan khas disediakan sehinggakan semua kanak-kanak berkeperluan khas ini mendapat elaun khas kewangan semasa mereka berada di alam persekolahan.

Jawab 3

Pihak kerajaan merupakan penggerak utama dalam peringkat ketiga di mana perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan, peruntukan kewangan dan khidmat kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas. Kerajaan Malaysia melalui konsep kerjasama antara kementerian yang melibat Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan utama dalam enam aspek iaitu: 1. Mengutamakan pelbagai strategi dan program yang bersifat intervensi awal (early intervesion) dan pencegahan (potentially preventable) pelbagai kecacatan dari peringkat bayi dan penempatan kanak-kanak dalan program pemulihan dan pendidikan bersesuaian. 2. Mewujudkan pelbagai jawatan kuasa antara kementerian bertujuan menyelaras dan memantau perkembangan pelaksanaan program (in- built evaluation and monitoring system for adjustment, correction and improvement). 3. Mengutamakan golongan yang tinggal di luar bandar. 4. Mengutamakan pendekatan barsifat local community-based daripada the specialized residential centre. 5. Menggalakkan decentralization bagi pusat, sekolah, kelas khas dan specialized di peringkat daerah, negeri dan wilayah dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja. 6. Mewujudkan kerjasama serantau dan peringkat antarabangsa dengan agensi-agensi kerajaan. Jelaslah disini bahawa fasa ke 3 telah memberi makna kepada kanak-kanak pendidikan khas bagi kategori bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan kerana pihak kerajaan telah memainkan peranan sebagai pengerak utama. Jawab 4 Sejarah perkembangan pendidikan khas lebih jelas dan terperinci dapat dilihat mengikut program pendidikan khas yang telah dilaksanakan iaitu program bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, bermasalah pembelajaran dan pendidikan inklusif. Antara contoh program-program itu adalah seperti berikut; 1. 1983 : Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh. 2. 1984 : Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyelenggaraan alatan Braille.

3. 1985 : Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal. 4. 1987 : Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam dan seterusnya di Kulaijaya. 5. 1993 : Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur 6. 1995 : Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan Jelaslah disini bahawa fasa ke 3 telah memberi makna kepada kanak-kanak pendidikan khas bagi kategori bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan kerana pihak kerajaan telah memainkan peranan sebagai pengerak utama. Di mana pihak kerajaan telah secara aktifnya merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas ini.

You might also like