You are on page 1of 3

Jiran yang prihatin.

Setting: perumahan taman desa guru Watak: Narrator, Amir,Apai Ason,Aunt Irene Wong, Polis. Masa: Malam Gawai. Back bone story. Selamat sejahtera murid-murid, apa khabar semua? Cikgu harap murid-murid semua berada dalam keadaan yang sihat dan ceria.murid-murid, adakah kamu mengenali jiran kamu sekalian? Adakah kamu prihatin dengan jiran kamu? Oleh itu,pada hari ini, kita akan mendengar sebuah cerita yang bertajuk jiran yang prihatin. Amir dan keluarga telah berpindah ke rumah baru di kawasan perumahan taman desa guru. Apai ason merupakan jiran baru keluarga Amir. Walaupun apai ason berbangsa iban, amir sekeluarga tetap bergaul mesra dengan keluarga apai ason.selain apai ason, uncle pang merupakan jiran baru amir. Aunt Irene wong seorang yang berbangsa cina dan dia amat suka bertegur sapa dengan amir dan keluarganya. Aunt Irene Wong juga amat murah dengan senyuman. Sewaktu hari raya, keluarga amir menjemput apai ason dan uncle pang sekeluarga ke rumah terbuka. Hubungan jiran yang baik menjadikan mereka di kawasan perumahan tersebut semakin akrab. Pada suatu petang yang damai, amir memotong rumput di belakang rumahnya. Tiba-tiba, dia terhidu sesuatu yang hangus. Dia meninggalkan kerjanya dan mencari arah punca bau tersebut . dia melihat asap berkepul-kepul keluar dari arah dapur rumah Aunty Irene Wong. Amir terus berlari ke rumah jirannya sambil menjerit Api..apiapi.. Amir mendapati Aunt Irene Wong tertido di ruang tamu. Amir terus menggerakkan Aunty Irene Wong Amir: Aunty, bangun..bangun..dapur Aunty hangus..bangun Aunty.. Irene Wong: (bunyi bangun tido dalam nada cemas) aaamir...haa?? dapur Aunty hangus? Irene Wong bingkas bangun meluru ke dapurnya. Dia terus menyembur alat pemadam api di dapur gasnya. Rupa-rupanya, kain lap yang diletakkan di tepi dapur gas telah disambar oleh api. Irene Wong: fuunasib baik sempat padam. Kalau tidak, habislah rumah Aunty. terima kasih amir,kerana kejutkan Aunty sebelum keadaan menjadi lebih teruk.Silap-silap, Aunty boleh terkorban. Amir: sama-sama Aunty. Itulah gunanya jiranAunty, saling membantu sewaktu kecemasan.

Semenjak hari itu, Amir semakin bersemangat menjaga keselamatan jirannya. Dia berazam untuk menjaga keselamatan di sekitar kawasan rumahnya dan juga rumah jirannya.Pada suatu hari, Amir melihat jirannya memunggah beg ke dalam kereta. Amir: Hello Uncle, nak pergi ke mana tu? Apai ason: hello amir. Uncle nak balik rumah panjang, tak lama lagikan sambutan hari gawai. Jawab apai ason mesra. Amir: owh, ya lah kan. Rumah panjang uncle dimana? Apai ason: rumah panjang uncle terletak di ulu stabau, bintulu. Amir pernah pergi ke bintulu? Amir: kalau pergi ke bintulu, pernah la uncle. lama ke uncle balik beraya? Apai ason: uncle balik beraya selama seminggu amir. Amir: lama juga. Hati-hati dalam perjalanan ya uncle. Apai ason: ya amir.terima kasih. Tolong tengok-tengokkan rumah uncle ya. Kalau ada melihat sesuatu yang mencurigakan,tolong hubungi pihak polis. Amir: baik uncle. Selamat menyambut hari gawai uncle. Apai ason: terima kasih amir.

Setelah apai ason berangkat pulang ke rumah panjang, Amir selalu memeriksa kawasan persekitaran rumah Apai Ason terutamanya sekiranya dia mendengar bunyi yang aneh. Pada suatu lewat malam, Amir masih lagi bangun untuk menyiapkan tugasan sekolahnya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi geriji yang dikupil. Perlahan-lahan amir bergerak ke beranda rumahnya. Dengan berhati-hati, amir mengintai rumah jirannya .Amir terkejut melihat seorang perompak cuba membuka tingkap rumah jirannya. Tanpa berlengah, amir terus mendail no telefon polis. Bunyi mendail hp. Polis: Helo 911.boleh saya bantu? Amir: helo. Saya amir dari perumahan Taman Desa Guru. Saya melihat seorang perompak cuba merompak rumah jiran saya. Boleh hantar polis peronda untuk memeriksa keadaan di sini? Polis: baiklah. Dimanakah alamat rumah jiran encik amir? Amir: no 17 Lorong 3 Perumahan Taman Desa Guru.cepat ya encik.

Polis: Polis akan segera ke sana dalam jangka masa 5 minit. Jauhkan diri daripada perompak tersebut. Amir: Baik encik. Terima kasih. Tidak lama kemudian sayup-sayup kedengaran bunyi siren polis. Polis segera mengepung rumah apai ason. Ketika itu, perompak masih berada di dalam rumah apai ason. Polis: jangan bergerak. Anda diminta untuk menyerah diri sekarang. Kata polis tersebut sambil mengacukan pistolnya. Akhirnya, perompak tersebut berjaya diberkas dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Keesokannya, apai ason pun balik ke rumahnya dan dia terkejut mendengar cerita seorang perompak telah cuba untuk merompak rumahnya. Dia amat berterima kasih kepada amir kerana menjadi seorang jiran yang prihatin semasa berlaku kecemasan sedemikian. Ya murid-murid, begitulah tadi kisah seorang jiran yang prihatin. Amir merupakan seorang yang prihatin dengan keselamatan harta benda jirannya. Dia juga turut membantu menjaga rumah jirannya sewaktu ketiadaan jirannya, iaitu Apai Ason. Bak kata pepatah, jiran muafakat membawa berkat, jiran prihatin insyaAllah selamat.

You might also like