You are on page 1of 4

CONTOH PELAKSANAAN

a. Pemilihan tajuk ( Kajian Peristiwa)


TAJUK 1: MARI BELAJAR SEJARAH Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.1

Mengetahui dan memahami sejarah sekolah.

1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 1.3.5 1.3.6 K1.3.7 K1.3.8 K1.3.9

Menyatakan nama dan alamat sekolah dengan lengkap. Mengenal pasti lokasi sekolah. Menceritakan sejarah penubuhan sekolah. Menyatakan cogan kata, visi dan misi sekolah. Menyatakan maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera sekolah. Menyatakan struktur organisasi pentadbiran sekolah. Menjelaskan tanggungjawab diri sebagai warga sekolah. Mengenal pasti usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah. Menyatakan sekolah sebagai sesebuah institusi pendidikan yang perlu dibanggakan.

b. Mengenalpasti masalah dan membina hipotesis Gambar sekolah


TAJUK KAJIAN KES:

Sekolah saya merupakan sebuah institusi pendidikan yang boleh dibanggakan. Buktikan pernyataan tersebut.

Arahan: Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.

1. Bilakah sekolah anda ditubuhkan? 2. Siapakah Guru besar sekolah anda sekarang? 3. Senaraikan nama Guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah sekolah anda? 4. Nyatakan kejayaan sekolah anda yang boleh dibanggakan dari aspek Kurikulum dan Kokurikulum 5. Siapakah tokoh-tokoh yang pernah belajar di sekolah anda 6. Bagaimanakah anda melahirkan perasaan rasa bangga terhadap sekolah

CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KES

PROSES PELAKSANAAN LANGKAH 1: PENYATAAN MASALAH Guru mengenal pasti tajuk / tema 1.3.3 Sejarah sekolah saya LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid: 1. Menyatakan sejarah penubuhan sekolah. 2. Mengenalpasti Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah anda 3. Menyenaraikan kejayaan yang pernah dicapai oleh sekolah anda dalam bidang akademik dan kokurikulum 4. Mengaplikasi kemahiran meneroka bukti bagi menjana pemikiran kritis dan kreatif. PERANCANGAN GURU

Menetapkan tempoh kajian Pembentukan kumpulan(jika perlu) Memberi tugasan-berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:Kaedah kajian perpustakaan Kaedah temubual

Menentukan bentuk laporan-buku skrap/persembahan/ pembentangan

CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KES

PROSES PELAKSANAAN LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER

Majalah/buku Orang sumber Dokumen/Jurnal Surat khabar Laman sesawang Muzium/Arkib/Agensi berkaitan

LANGKAH 4: ANALISIS DATA Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan. LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap Hasil Laporan :
Mengandungi 1 5 halaman Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan Rujukan.

You might also like