You are on page 1of 13

`

TEKS JURUACARA MAJLIS HARI KECEMERLANGAN PELAJAR 2013 SKPK PEKAN TUARAN DAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA.
PENYAMPAI Aisyah

PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN Ketibaan tetamu Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad khas Sabari bin Haji Kamari, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku Tetamu duduk khas Berdayung perahu ke pekan Tuaran, Sambil mendayung menjala ikan, Selamat datang kami ucapkan, Ke majlis anugerah kecemerlangan

Hadirin diminta berdiri bagi menghormati nyanyian lagu Aisyah Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk Bismillahirahmannirrahim...

Shafik Protokol Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, sejahtera, dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada ; salam

Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Sabaru Bin Haji Kamari, Ketua Sektor Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Swasta negeri Sabah, merangkap wakil Pengarah Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia sekaligus mewakili Pengarah Pelajaran negeri Sabah dan wakil kepada Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas negeri Sabah. Yang Berusaha Encik Kasim Bin Haji Buntak, Ketua Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Yang berusaha Tuan Hj. Sukkuriya bin Hj, Masri Pengurus Besar TM Negeri Sabah, mewakili Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Halim Shafie, Pengerusi Telekom Malaysia. En Monjuntin Ebin, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta En Jeffrey Bin Sarikul, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta Puan Juraini Jaman, Pegawai Pendidikan Khas Daerah
1

Penampang mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Penampang. Encik Jamaluddin Hj Imam Kasim,YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pekan Tuaran Yang Berusaha Encik Wong On Fook, guru besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pekan Tuaran. Dr Rosila Yahya, Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang ________________________, wakil Ketua Polis Daerah, Balai Polis Penampang Pegawai Bomba Tinggi En Jamaludin Husin, Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Penampang Wakil-wakil dan pegawai-pengawai dari TM Negeri Sabah Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Sabah, Ketua-ketua Jabatan Daerah Penampang. Ketua Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Badin Tuaran Pengetua SMK Tansau, Guru besar-guru besar SK Tansau, SK Tombovo Penampang dan SKPK Kota Kinabalu Guru- guru Penolong Kanan, Guru-guru , Ajk-Ajk PIBG, ibubapa , para pelajar yang diraikan serta hadirinhadirat yang dikasihi sekalian. Beras disimpan di dalam gantang, Disimpan elok ditepi almari, Terima kasih kerana datang, Moga diiringi restu Illahi. Melati kuntum berhias palas, Tumbuh melata di tepi kali, Anugerah Cemerlang 2013 , Murid-murid bertuah kita hargai Aisyah

Selamat datang saya ucapkan kepada hadirin & hadirat sekalian ke Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pekan Tuaran 2013 dan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina. Bacaan doa Pada majlis yang indah lagi permai ini,marilah kita Shafik memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pekan Tuaran 2013 dan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina. Sebelum tirai majlis bermula, moleklah kiranya bersama-sama kita menadah tangan memohon limpah kurnia rahmat dan barakah kepada Yang Maha Esa bersama adik Mohd Amar
2

Amirulamin Matzin, wakil murid SKPK Pekan Tuaran untuk mengetuai bacaan doa. Dengan limpah takzimnya majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Mohd Amar Amirulamin Matzin di atas bacaan doa itu tadi.

Aisyah

Persembahan 1 Koir Agenda, lagu Bertemu kasih di kota Beluran, Bertaut kasih sayang disemaikan, tema JPN Sambil menonton sedikit hiburan, Sabah Pelbagai persembahan akan disajikan.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, sama-samalah kita menyaksikan persembahan KOIR yang bertajuk Agenda iaitu lagu tema Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang akan disampaikan oleh murid-murid SKPK Pekan Tuaran. Majlis dengan segala hormat mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada kumpulan koir SKPK Pekan Tuaran sebentar tadi. Persembahan koir sebentar tadi adalah di bawah pimpinan Pn Lim Chin Ying dan Cik Sheena Elyvne. Hadirin warga dewan yang dihormati, Ucapan alualuan GB Tanah terbiar tidak bertuan, Berpagar teguh tidak berpapan, Tuan Guru Besar menjadi tumpuan Persilakan tuan memberi ucapan

Shafik

Persembahan 2 Muzik Tradisional Tanak Kampung

Dengan ini majlis menjemput Yang Berusaha En.Wong On Fook, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pekan Tuaran merangkap Pengerusi Penganjur Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG di atas ucapan beliau sebentar tadi. Pekan Tuaran 2013 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Adalah menjadi harapan kami agar ucapan yang telah Aisyah disampaikan tadi akan menjadi renungan dan panduan kita bersama.Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Ucapan indah telah dituturkan, Dituturkan penuh sopan, Tak cukup apa yg disajikan, Terimalah lagi satu persembahan. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Muzik Tradisional Tanak Kampung daripada murid-murid SKPK Pekan Tuaran dibawah pimpinan Cik Sheena Elyvne dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Negeri Sabah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
3

Ucapan oleh Yang Dipertua PIBG En Jamaludin b Tn. Hj Imam Kasim

Demikianlah tadi persembahan muzik tradisional tanak Shafik kampung yang telah dipersembahkan oleh murid-murid SKPK Pekan Tuaran. Majlis merakam terima kasih. Kalau dibentang seluas alam, Kalau dilipat sebesar kuku, Sejambak kata seuntai salam, Degup bicara menusuk kalbu Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Di Pertua PIBG SKPK Pekan Tuaran En Jamaludin b. Tn Hj. Imam Kasim untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG di atas ucapan Aisyah beliau sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dihormati, izinkan saya memperdengarkan pantun perasmian seterusnya. majlis Anugerah Cemerlang Buah langsat di tepi busut, Diambil peram di atas jeramii, Besar hajat kami menjemput, Menjemput tuan sebagai perasmi. Dengan ini majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Sabari b. Hj. Kamari Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Perasmian Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar bagi Tahun 2013 dan Sambutan Tahun Baru Cina. Dengan segala hormatnya dipersilakan... Selesai perasmian Tuan berbudi tidak terperi, Hulurkan madah kata perasmi, Tn. Hj Ahmad Sabari kami segani, Kesudian Yang Berusaha kami hargai. Shafik

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Dengan ini majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Sabari b. Hj. Kamari merasmikan majlis kita sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Aisyah Persembahan 3 Nyanyian SOLO Majlis diteruskan lagi dengan menyaksikan persembahan nyanyian solo daripada adik Mohd Amar Amirulamin Matzin di bawah bimbingan Pn Edith Indek dengan lagunya bertajuk Bonda. Dipersilakan.

Penyampaian Anugerah Akademik Terbaik 2013 Tahun 1-6

Terima kasih diucapkan kepada adik Amar di atas nyanyian Aisyah solo beliau sebentar tadi. Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah Penerima teruja menunggu giliran Sekarang tibalah masa majlis penyampaian Anugerah Akademik Terbaik 2013. Dengan ini majlis menjemput Yang Berusaha En Monjuntin Ebin Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah diiringi oleh Penolong Kanan 1 SKPK Pekan Tuaran Encik Abdul Jalil Abd Samad untuk menyampaikan hadiah yang seterusnya iaitu hadiah pencapaian akademik terbaik. Majlis mempersilakan... Bagi hadiah Akademik Terbaik 2013.... (RUJUK LAMPIRAN SENARAI PENERIMA HADIAH) Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada En Monjuntin Ebin di atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Shafik

Hadiah mata Warga dewan yang dikasihi sekalian, pelajaran teras Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah Pencapaian terbaik 2013 mata pelajaran teras terbaik 2013. Dijemput En Jamaludin Haji Imam Kasim Yang Dipertua PIBG SKPK Pekan Tuaran dengan diiringi oleh , Puan Luciana E. Deneys Penolong Kanan HEM SKPK Pekan Tuaran untuk menyampaikan hadiah untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid. Majlis mempersilakan. Bagi hadiah pencapaian mata pelajaran teras terbaik 2013.... RUJUK LAMPIRAN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG SKPK Pekan Tuaran di atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi. Hadirin hadirat sekalian, Majlis penyampaian anugerah berhenti seketika bagi memberi laluan kepada persembahan murid yang seterusnya. Persembahan yang seterusnya ialah persembahan Nasyid Solo yang dinyanyikan oleh Adik Ahmad Qayyim denga tajuk lagunya Aku Yang Berdosa nyanyian Shahir. Dipersilakan Aisyah

Persembahan 4 Nyanyian Nasyid SOLO

Terima kasih kepada adik Ahmad Qayyim atas nyanyian nasyid Shafik itu tadi. Untuk makluman para hadirin, persembahan nasyid solo itu tadi adalah dibawah bimbingan Pn Suzanah Hasim. Penyampaian Hadiah 2 Keluk tumbuh pohon kuini, Kuini dimakan manis sekali, Anugerah seterusnya menanti kini, Dijemput tampilkan diri. Dengan ini majlis menjemput Yang Berusaha Encik Kassim Bin Haji Buntak, Ketua Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas selaku wakil pengarah pelajaran sabah diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Zaini Jainudin untuk menyampaikan anugerah kepada murid-murid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan... Bagi...... Hadiah Murid Paling Kemas dan berdisiplin Hadiah Kehadiran Murid Terbaik Penyampaian Sijil Tamat Pra Sekolah 2013 (RUJUK LAMPIRAN SENARAI PENERIMA HADIAH) Penghargaan Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Kasim kepada murid2 Bin Haji Buntak di atas penyampaian hadiah itu tadi Inisiatif Sidang hadirin sekalian, Bagi acara seterusnya, majlis dengan ini menjemput ___________________________________________________ ______________________diiringi oleh Puan Erna Mastinah untuk naik ke pentas bagi penyampaian penghargaan kepada murid-murid Inisiatif. Dipersilakan Bagi penghargaan Murid Inisiatif.ialah (RUJUK LAMPIRAN SENARAI PENERIMA HADIAH) Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas penyampaian hadiah itu tadi. Persembahan 5 SAJAK Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan mendeklamasi sajak yang akan disampaikan oleh adik Syeriefazrizan dan Lydia Linjuran yang bertajuk Tetamu Senja karya A. Samad Said. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Shafik Aisyah

Demikianlah tadi persembahan deklamsi sajak yang telah disampaikan oleh adik syeriefazrizan dan lydia. Majlis merakamkan terima kasih. Penyampaian Hadiah 3 Anak semilang anak keli, Berenang-renang dalam perigi, Anugerah diteruskan diberi lagi, Dijemput Pengurus Besar TM tampilkan diri. Dengan ini majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Hj. Sukkuriyah Haji Masri, Pengurus Besar TM Sabah dengan diiringi oleh Penolong Kanan HEM SKPK Pekan Tuaran Puan Luciana E. Deneys untuk menyampaikan hadiah kepada muridmurid. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan..

Aisyah

Bagi.... Asrama Terbersih Kelas Terbaik Murid Paling Kemas dan Berdisiplin di Asrama Hadiah Kakitangan Sekolah membraille paling banyak buku cerita Pusat Sumber. (RUJUK LAMPIRAN SENARAI PENERIMA HADIAH) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Sukkuriya Hj Masri kerana sudi menyampaikan hadiah. Persembahan 6 Hadirin hadirat sekalian,majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika dan marilah kita sama-sama berhibur dengan persembahan yang seterusnya daripada murid-murid SKPK Pekan Tuaran. Dengan ini terimalah persembahan nyanyian solo BETTER MAN yang akan dinyanyikan oleh adik Muhd Amar Amirulamin Mat Zin. Dipersilakan ...... Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik mohd amar amirulamin matzin di atas nyanyian solo sebentar tadi Penyampaian Hadiah 4 Gembira mereka menerima hadiah, Lagak gayanya menjulang piala, Anugerah cemerlang berlangsung sudah, Kini menanti kemuncaknya pula. Hadiah diatur tampak kemas, Yg Berbahagia dijemput bertambah meriah Tampillah Yg Berbahagia ke atas pentas, Menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Warga dewan yang dihormati sekalian, Aisyah Shafik

Majlis diteruskan lagi ke acara kemuncak Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013 dengan penyampaian anugerahanugerah utama. Dengan itu majlis dengan segala hormatnya dan berbesar hati menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Sabari bin Hj Kamari Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan diiringi oleh En Wong On Fook guru besar SKPK Pekan Tuaran naik ke pentas bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan... Bagi......

Anugerah Tokoh Murid 2013 *** Baca Biodata Murid : Tokoh Murid *** (RUJUK LAMPIRAN TEKS BIODATA PENERIMA HADIAH) Anugerah Ibubapa Contoh 2013 Penyampaian hadiah 4 Anugerah KTBM Cemerlang 2013 Anugerah guru cemerlang 2013 Jasamu guru sentiasa dikenang, Pujian diberi bukan gurauan, ________________ guru penyayang, Dijemput ke pentas menerima penghargaan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Sabari bin Hj Kamari atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh teladan kepada murid lain. En Wong On Fook selalu disebut, Bila ketawa tampak meriah, Bukan jemput sebarang jemput, Memohon Guru Besar menyampaikan hadiah. Jasamu dikenang Dengan ini majlis menjemput En Wong On Fook,Guru Besar SKPK Pekan Tuaran untuk menyampaikan anugerah jasamu dikenang ditujukan khas buat dua orang guru dan seorang kakitangan sekolah yang telah berpindah dan berkhidmat di sekolah lain. Aisyah Shafik

Majlis dengan berbesar hati menjemput: En Mazlan bin Abdul Rahman Beliau merupakan guru SKPK yang berkhidmat dari tahun 2008 hingga 2013 Dipersilakan. Puan Samini bt Bianus Beliau merupakan guru Pendidikan Islam yang berkhidmat di sekolah ini dari tahun 2010 hingga 2013 En Jamil bin Ujud Beliau merupakan pekerja am rendah yang berkhidmat di sekolah ini dari tahun 1993 hingga 2013.

Penyampaian Cendera Kenangan kepada VIP

Diminta Guru Besar En Wong On Fook untuk terus berada di Shafik atas pentas bagi upacara yang seterusnya iaitu penyampaian cendera kenangan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Sabari bin Hj Kamari Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami. Dipersilakan Yang Berhormat untuk menerima cendera kenangan daripada Guru Besar SKPK Pekan Tuaran. Terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Sabari Seterusnya penyampaian cendera kenangan daripada Guru Besar SKPK Pekan Tuaran Encik Wong Fook, kepada Pengurus Besar TM,Sabah Encik Sukkuriyah Haji Masri. Terima kasih Encik Sukkuriyah Haji Masri. Demikianlah tadi majlis penyampaian cendera kenangan yang telah disampaikan oleh guru besar skpk pekan En Wong On Fook kepada tetamu khas dan dif-dif kehormat kita pada hari ini. Warga dewan yang dihormati sekalian............. Aisyah

Persembahan 7

Terbang bebas si rama-rama Teratai mekar di tengah irama Menyusun langkah semerdu irama Tarian khas kami persembahkan Majlis diteruskan dengan persembahan tarian Gangnam Style murid-murid lelaki SKPK Pekan Tuaran di bawah pimpinan Pn Lim Chin Ying. Dipersilakan.

Persembahan Khas

Sebelum kita melabuhkan tirai hari kecemerlangan pelajar skpk pekan tuaran 2013, terimalah persembahan terakhir iaitu Tarian Singa yang dipersembahkan oleh ________________ __________________________. ***Dipersilakan hadirin hadirat untuk melihat persembahan tersebut di luar dewan sekolah Warga dewan yang dihormati sekalian.. Bunga seroja di atas para , Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Lemak rasanya si buah pinang, Buat menjamu paduka raja, Makanan lazat sudah terhidang, Marilah kita menjamu selera. Sebelum berpisah majlis menjemput Guru Besar En Wong On Fook mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj Ahmad Sabari b Hj Kamari, dan dif-dif jemputan khas untuk menikmati jamuan di belakang dewan SKPK Pekan Tuaran. Subur padi Allah kurnia, Hidup mula di dalam air, Sudah menjadi lumrah dunia, Setiap yang bermula akan berakhir Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi, Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Akhir kata .....kami sudahi dengan wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,sekian terima kasih.

Shafik

Aisyah

Penutup

Shafik

10

Contoh teks Biodata Tokoh Murid: Beliau dilahirkan pada ___________________. Bercita-cita menjadi __________________ apabila dewasa kelak. Selama bersekolah di sekolah ini beliau menunjukkan pencapaian yang baik di dalam bidang akademik dan kokurikulum. Belaiu telah berjaya mendapat 3A 2B dalam peperiksaan UPSR yang telah diumumkan pada tahun lalu. Menjawat jawatan sebagai pengawas perpustakaan selama ____ tahun dan beliau telah dilantik menjadi Ketua/Penolong pengawas perpustakaan. Sepanjang bersekolah di sini beliau telah menunjukkan akhlak yang baik kepada guru-guru serta rakan-rakan. Sikap yang ditunjukkan oleh beliay menjadikan beliau disegani oleh guru dan rakan. Selain cemerlang dalam bidang akademik beliau juga aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau telah mewakili sekolah dalam pertandingan Gol Ball yang diadakan di Johor seperna Karnival Sukan Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Selain itu juga beliau menjawat pelbagai jawatan dalam bidang kokurikulum. Antaranya ................................ ............................................................ Sesungguhnya pencapaian-pencapaian ini membolehkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Murid bagi tahun 2013. Beliau yang dimaksudkan ialah adik________________________ ___________. Dijemput ibu bapa adik_________________ untuk mengiringi beliau naik ke pentas dan seterusnya menerima hadiah.

11

Penyampaian Hadiah 1

Hadiah Akademik Terbaik 2013 1 Progresif 3: Marcellinda bt Muhamad Din 2: Muhammad Azniel bin Johan 1: Nelson Soon 2 Dinamik 3: Mohd Syahfitri bin Ruslee 2: Noor Syahidatul Adawia 1: Ahmad Qayyim Afiq bin Arif Rahman 3: Junardi Jurin 2: Tew Hong Jun 1: Wellmin bin Raimin 3: Nursyafiqah Roslee Brahim 2: Muhd Iman Izzudin Jamaludin 1: Alrin Ryeanells Yunus 3: Addyron Adat 2: Lydia Linjuran 1: Syeriefazrizan Norazman 3: Lynette Binulih 2: Liamzah Liar 1: Vassylysa Eirlys Paulus 3: Nurul Aini Izzati bt Samsudin 2: Mohd Adi Ah Chon 1: Mohd Amirul Said

3 Inovatif

4 Kreatif

5 Proaktif

6 Intelek

6 Karisma

Hadiah Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Melayu - Tahap 1: Wellmin bin Raimin Tahap 2: Vassylysa Eirlys Paulus Bahasa Inggeris - Tahap 1: Tew Hong Jun Tahap 2: Vassylysa Eirlys Paulus Matematik - Tahap 1: Wellmin bin Raimin Tahap 2: Liamzah Liar - Tahap 1: Ahmad Qayyim Afiq Tahap 2: Liamzah Liar

Sains

Pendidikan Islam - Tahap 1: Ahmad Qayyim Afiq Tahap 2: Syeriefazrizan Norazman

12

Penyampaian Hadiah 2

Penghargaan Murid Paling Kemas & Berdisiplin :

Penghargaan Murid Terbaik dalam Kedatangan :

Penyampaian Sijil Tamat Pra sekolah 2013 : Kyra Gwen Foo Hadiah Khas kepada murid2 inisiatif : Denley Macrylan Paulus Jane Mercy Grace Jasnie Muhammad Amirul Asraf Norfarhana bt Samtiar Muhamad Haziq Asraf bin Shamsuddin Jahidin Jurin Affideenny bin Aini Mohd Shamirul Azizi bin Jasmi Siti Ardiana Abdul Ajir Mohd Amar Amirulamin Matzin Penyampaian hadiah 3 Asrama terbaik : Asrama Puteri Kelas Terbaik : 5 Proaktif Murid Paling Kemas & berdisiplin di Asrama : L= P = Vassylysa Eirlys Paulus Penghargaan Khas Membraille buku Cerita PSS - Alfatmahwati Abd Hamid - Sariasah Abdullah - Nur Aisyah Masarat Penghargaan Peminjam Terbanyak PSS Kategori Guru Lourine Kudandang Kategori KTBM Sariasah Abdullah Kategori Murid Addyron Adat Penyampaian Hadiah 4 Anugerah Tokoh Murid 2013: Liamzah Liar Anugerah Ibu Bapa Contoh 2013 : Ibu bapa Liamzah Liar Anugerah KTBM Cemerlang 2013 : Nur Aisyah Masawat Anugerah Guru Cemerlang 2013 : Muhammad Khairul Asyraf Abd Aziz

13

You might also like