Professional Documents
Culture Documents
PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) Konsep PAFA Fardhu Ain bermaksud kewajipan yang dituntut oleh agama bagi orang perseorangan, contohnya mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu, puasa, mengerjakan haji dan sebagainya. Dalam konteks PAFA, beberapa perkara Fardhu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam hendaklah dipastikan supaya setiap murid/pelajar benar-benar dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Matlamat PAFA Melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P), perkara yang hendak dicapai oleh setiap murid adalah dapat: 1. Mengucap dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui dan memahami ertinya. 2. Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman. 3. Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan bersuci daripada beristinjak, membersihkan tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis, berwudhuk, mandi wajib dan tayamum. 4. Mendirikan solat fardhu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamat, menjawab azan dan menjawab iqamat.. 5. Mengetahui dan menghayati ibadah puasa, memahami hikmatnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. 6. Mengetahui dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan Ihsan dan bertolak daripada Birrul Walidain. 7. Memahami dan meyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan ummah yang kuat dan teguh.
Tujuan Penilaian PAFA 1. Mengenal pasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna. 2. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam PAFA, dalam perkataan lain, menentukan kejayaan 100%. 3. Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayatinya dalam amalan kehidupan seharian. 4. Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan.
Perkara yang diuji Kod tajuk 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 12 13 15 Mengucap 2 Kalimah Syahadah Rukun Islam Rukun Iman Beristinjak Membersihkan Diri, Pakaian dan Tempat daripada Najis. Cara Berwudhuk Tayamum Cara Mandi Wajib Azan, Iqamat, Jawapannya dalam Doa Selepas Azan dan Iqamat. Solat Fardhu Puasa Adab terhadap Ibu Bapa Ihsan
2. KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) Falsafah Pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain adalah satu usaha berterusan untuk mendidik dan membentuk pelajar-pelajar ke arah memperkembangkan fitrah individu (insan) selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan Al-Quran dan As-Sunnah yang kuat iman dan amalannya kepada Allah serta menghayati akhlak dan cara hidup Islam. Konsep KAFA Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) diajar kepada murid dari tahun satu hingga tahun enam. Pendidikan (KAFA) menekankan kemahiran amali yang membimbing murid melaksanakan ibadah khususiyah selain dari kemahiran menguasai aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Kelas ini memberi tumpuan kepada pendidikan asas tilawah Al-Quran, pembentukan aqidah, bimbingan Fardhu Ain, memupuk amalan Fardhu Kifayah dan amalan adab yang berteraskan akhlak Islamiyah. Perkara-perkara di atas akan disampaikan secara berkesan dan mampu menanam asas keimanan dan membentuk peribadi murid yang mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu merubah diri untuk menyumbang kepada asas tamadun bangsa dan negara. Guru perlulah memastikan agar setiap murid menguasai ilmu yang disampaikan supaya setiap daripada murid mampu membentuk diri menjadi Muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, bertanggungjawab, beramal soleh dan bertaqwa selaras dengan falsafah, misi dan visi KAFA. Matlamat Pendidikan Islam KAFA Matlamat Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) untuk menghasilkan murid yang berilmu beriman berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara.
Organisasi Kandungan Kurikulum Organisasi kandungan KAFA dibahagikan kepada lima bidang, iaitu: 1. Bidang Al-Quran 2. Bidang Ulum Syariah 3. Bidang Sirah 4. Bidang Adab (Akhlak Islamiyah) 5. Bidang Jawi dan Khat 6. Bidang Asas Lughah Al-Quran
3. j-QAF Konsep Program j-QAF Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modul yang tersendiri. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Objektif Program j-QAF Semua murid Islam sekolah rendah akan dapat: 1. Menguasai bacaan dan tulisan Jawi. 2. Khatam Al-Quran. 3. Menguasai Bahasa Arab. 4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain.
Kepentingan Program j-QAF i. Kepentingan Jawi Jawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran enam bulan pertama pada tahun 1, laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam Pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. ii. Kepentingan Al-Quran Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian subjek Pendidikan Islam dalam bidan Asuhan Tilawah Al-Quran pada masa ini. Namun, subjek itu tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam Al-Quran dan hanya
mengutamakan kebolehan membaca sahaja. iii. Kepentingan Bahasa Arab Status Bahasa Arab sekolah rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Subjek ini diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.
iv.
Kepentingan Fardhu Ain Ibu bapa masih belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka dalam Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.
v.
Kepentingan Projek j-QAF pada keseluruhannya Masa pengajaran Pendidikan Islam sekolah pada masa ini ialah enam waktu, lima waktu di SJKT dan empat waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini tidak membolehkan aktiviti khatam Al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali Fardhu Ain yang mencukupi dilaksanakan di sekolah-sekolah. Manakala Bahasa Arab di sekolah-sekolah diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada. Hal ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.
Model-model Program j-QAF Untuk pelaksanaan 2005, lima model telah dikenal pasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut: 1) Model kelas pemulihan Jawi 2) Model tasmik khatam Al-Quran 3) Model enam bulan khatam Al-Quran 4) Model perluasan Bahasa Arab Komunikasi 5) Model bestari solat (kokurikulum)