You are on page 1of 83

TEORI FEMINIS KONTEMPORARI

PENGENALAN

Teori feminis merangkumi sistem idea tentang kehidupan sosial dan pengalaman manusia yang berkembang atas asas persoalan wanita dalam masyarakat. Dengan kata lain, teori feminis adalah berpusarkan wanita (women-centered). Ini dilihat dari tiga sudut:

1.

2.

3.

Objek penelitian bagi teori feminis dan juga titiktolak bagi semua kajian yang dilakukan adalah berkisar pada keadaan dan pengalaman kaum wanita; Wanita dijadikan subjek/topik pokok (central subject) dalam semua proses penyelidikan, dan segala perkara adalah dilihat dari kacamata wanita. Teori feminis yang memihak kepada persoalan wanita ini bertujuan mewujudkan satu suasana kehidupan yang lebih baik bukan sahaja kepada kaum wanita, tetapi kepada seluruh umat manusia.

Pada umumnya teori feminis tidak mahu melihat gender menjadi faktor atau isu yang memisahkan:

penduduk atas dasar jantina; mendiskriminasikan atau menyekat peluang wanita dalam berbagai-bagai bidang kehidupan; meletakkan kedudukan wanita lebih rendah daripada kedudukan lelaki; menggenakan tekanan dan juga eksploitasi ke atas mereka; menyifatkan mereka sebagai kelompok khusus dan terpinggir, dll.

Teori feminis mementingkan kesaksamaan hak, taraf, kedudukan, dan peluang yang sama bagi insan tidak kira dia lelaki atau perempuan. Dengan kata lain, persoalan gender tidak menjadi isu dalam segala perkara dan keadaan.

JENIS TEORI FEMINIS KONTEMPORARI


Mengikut Ritzer (1996), teori feminis kontemporari terbahagi kepada empat jenis atau dilihat dari empat sudut, iaitu: Perbezaan Gender (Gender Difference) Ketidaksamaan Gender (Gender Inequality) Tindasan Atas Dasar Gender (Gender Oppression) Feminisma Gelombang-Ketiga (Third-Wave Feminism)

PERBEZAAN GENDER

Teori feminis melihat isu perbezaan gender dari sudut-sudut berikut:

Istilah perbezaan yang digunakan bagi menjelaskan perbezaan antara kaum lelaki dan kaum wanita (perbezaan gender) dikatakan lebih baik digunakan bagi menjelaskan secara teoritis isu tentang perbezaan di kalangan wanita.

Isu gender tidak penting dalam human personhood (peribadi manusia). Bagi golongan pasca-moden, yang lebih utama bukan gender tetapi peraturan yang cair (fluid) dan yang sentiasa berkembang dalam interaksi antara manusia (tidak kira jantina) mengikut konteks satu-satu keadaan

Berkaitan dengan itu, perbezaan gender tidak hanya dilihat dari segi langkah untuk menggubal dasar-dasar yang spesifik bagi menangani isu tentang wanita seperti cuti bersalin, penyelidikan barah payudara dsb, tetapi sepatutnya digunakan bagi menggubal dasar yang lebih luas merangkumi seluruh penduduk tanpa mengira soal gender.

Teori tentang perbezaan gender tidak harus bersifat essentialist, bermaksud, seseorang itu tidak boleh dianggap mempunyai atau tidak mempunyai sifatsifat tertentu sebagai sebahagian daripada sifat kejadian beliau samaada sebagai lelaki atau pun sebagai perempuan.

Seperti yang dinyatakan, teori feminis berpusarkan wanita (women-centered), dan menjadikan isu wanita sebagai isu utama dalam perbincangan dan penelitian. Ini berpunca daripada keadaan di mana perkara-perkara berkaitan dengan wanita diketepikan oleh masyarakat [dominan lelaki] di sepanjang sejarah ketemadunan manusia.

Dalam hampir semua masyarakat (lebihlebih lagi pada zaman tradisi atau zaman pra-moden), kedudukan kaum wanita pada umumnya adalah rendah (inferior) daripada kedudukan kaum lelaki. Malah, ada yang menganggap wanita tidak ada tempat langsung dalam masyarakat.

Wanita adalah tertakluk (subservient) kepada kuasa dan autoriti kaum lelaki, khususnya anak perempuan tertakluk kepada kuasa bapa, isteri kepada kuasa suami, dan akhirnya ibu kepada kuasa anak lelaki.

Wanita tidak dibenarkan menyuarakan pendapat sendiri, malah terpaksa akur kepada apa yang diputuskan oleh lekaki terhadap mereka. Banyak contoh dapat diberi tentang kedudukan inferior kaum wanita dalam masyarakat ini baik di Barat maupun di Timur.

Hingga kini pun, kebanyakan masyarakat di dunia termasuk masyarakat Melayu masih meletakkan wanita itu pada kedudukan lebih rendah daripada kedudukan kaum lelaki. Mereka tidak diberi peluang yang seluas diberi kepada lelaki dalam pelbagai bidang kehidupan (ekonomi, politik, pendidikan, dll).

Pemodenan dan perubahan masyarakat telah membuka lambaran baru bagi kaum wanita, seterusnya sedikit demi sedikit membebaskan mereka daripada keadaan inferior, subservient, dll. yang membelenggu mereka itu. Ini dapat dikaitkan secara langsung atau secara tidak langsung dengan gerakan feminis.

Pada akhir abad 19 misalnya, para pendokong idea atau gagasan feminisma budaya (cultural feminism) seperti Margaret Fuller, Jane Adams, dll. mengenengahkan sifat-sifat positif yang ada pada diri dan peribadi wanita.

Mereka mengatakan masyarakat sangat memerlukan sifat-sifat yang ada pada wanita seperti kasih sayang, kemesraan, keterbukaan dari segi emosi, mementingkan perpaduan dan kerjasama, keadilan, kedamaian, tidak suka bergaduh dll. bagi tujuan pentadbiran negara dan penyelesaian konflik.

Bagi mereka soal perbezaan gender menidakkan keterlibatkan dan sumbangan wanita secara positif dalam masyarakat, sedangkan jika perbezaan itu tidak diwujudkan [oleh masyarakat dominan lelaki], maka masing-masing gender dapat sering sering sumbang-menyumbangi.

Perkara ini disokong dengan penjelasan penjelasan berikut:


Penjelasan Biologi Penjelasan Institusi dan Sosialisasi Penjelasan Amalan Interaksi Penjelasan Sosio-Psikologi

Penjelasan Biologi

Secara biologis, setiap gender mempunyai sifat dan kelebihan tersendiri yang tidak ada pada gender lain, misalnya dari segi hormon, sensitiviti kepada cahaya dan suara dan sensitiviti kepada penghubung kanan atau kiri otak.

Jadi, setiap gender mesti menerima hakikat ini, lantas mengambil kelebihan yang ada pada satu-satu gender bagi menampung kekurangan yang ada pada gendernya sendiri. Lelaki mesti mengakui yang wanita secara biologis mempunyai lebih sifat kasih sayang dan lebih sesuai mendidik serta menjaga anak daripada mereka sendiri.

Dengan demikian kelebihan wanita adalah penting bagi mengisi atau menampung kekurangan lelaki dalam kehidupan keluarga.

Penjelasan Institusi & Sosialisasi

Perbezaan gender dan seterusnya perbezaan kedudukan antara gender adalah hasil daripada perbezaan peranan yang diajar dan diterapkan kepada lelaki dan juga kepada perempuan dalam proses sosialisasi. Lelaki diajar untuk menjalankan peranan dalam sektor pekerjaan dan wanita dalam sektor rumahtangga.

Dengan demikian perkembangan berikutnya berkaitan dengan pengalaman dan kejadian setiap gender itu adalah dicorakkan oleh sektor yang berkaitan dengan gender tersebut. Jadi, perbezaan gender itu serta kedudukan gender adalah dicorakkan oleh manusia sendiri dalam masyarakat.

Golongan feminis berpendapat jika tidak dicorakkan sedemikian, maka setiap gender akan berpeluang merealisasikan kebolehan dan potensi masing-masing secara bebas tanpa perlu akur kepada ketetapan dalam skrip gender (gendered script)

Penjelasan Amalan Interaksi

Ini berkaitan rapat dengan penjelasan institusi dan sosialisasi di atas. Proses sosialisasi menjadi penyebab utama bagi pembentukan tingkahlaku dan sahsiah seseorang mengikut gender.

Lelaki tidak digalakkan untuk terlibat dalam kegiatan yang halus dan lembut, begitu juga perempuan ditegah melakukan perbuatan atau kegiatan yang kasar. Keadaan ini mewujudkan dikotomi atau garis pemisah yang tetap antara tingkahlaku dan sahsiah lelaki dan perempuan.

Penjelasan Sosio-Psikologi

Dalam sejarah tamadun manusia, segala keterangan tentang gender dizahirkan dalam konsep dan perkataan berdasarkan pengalaman lelaki, dan ini telah tertanam dengan kuat dalam pemikiran masyarakat. Dengan demikian, adalah sukar bagi wanita untuk menjelaskan diri mereka mengikut pengalaman mereka sendiri.

Golongan feminis [Perancis] berjuang untuk mewujudkan vocabulary atau konsep/perkataan yang berlandaskan wanita (female-based vocabulary) serta menolak budaya lelaki. Ada yang menuntut supaya sifat kejadian wanita yang distingtif (womens distinctive ways of being) itu diakui sebagai satu kelainan atau sebagai alternatif kepada cara lelaki (male modes).

Mereka juga menuntut supaya pengetahuan umum (public knowledge), keserjanaan akademik (academic scholarship), serta setiap pola kehidupan sosial perlu mengambil kira secara serius sifat dan cara kejadian wanita (female ways of being).

Hanya dengan itu, dikatakan dunia ini akan menjadi lebih aman dan menjadi tempat yang lebih berperikemanusiaan (more humane place) kepada semua insan.

KETIDAKSAMAAN GENDER

Gagasan utama teori feminis dari sudut ketidaksamaan gender ini adalah: dalam banyak keadaan kaum wanita bukan sahaja berbeza daripada kaum lelaki, tetapi juga mereka tidak mempunyai kedudukan yang istimewa (less privileged) seperti kaum lelaki. Dengan kata lain, kedudukan kaum wanita itu adalah tidak sama (unequal) dengan kedudukan kaum lelaki

Ketidaksamaan gender dalam masyarakat dilihat dari aspek-aspek berikut: Dari segi agihan sumber material (material resources), kedudukan sosial, kuasa, dll. kaum wanita, pada umumnya tidak mendapat bahagian dan hak yang sama banyak (iaitu kurang) daripada bahagian atau hak yang diperolehi oleh kaum lelaki.

Ketidaksamaan ini adalah hasil daripada organisasi masyarakat yang tidak mengambil kira sebarang bentuk perbezaan signifikan dari segi biologi dan juga dari segi sahsiah (personality) antara lelaki dan perempuan. Manusia (lelaki dan perempuan) semuanya mempunyai keinginan untuk kebebasan dan juga untuk merealisasikan potensi yang ada pada diri masing-masing (self-actualization).

Namun demikian, kaum wanita tidak mendapat hak dan peluang yang sama seperti kaum lelaki untuk memenuhi tujuan-tujuan di atas.

Keadaan ini bertitiktolak daripada teori perbezaan gender, khususnya yang menyentuh aspek-aspek berikut: Pembahagian tugas berdasarkan jantina/gender Activiti sosial mengikut sektor yang berasingan, iaitu sektor public dan sektor private

Keterlibatan kaum lelaki dalam sektor public dan kaum wanita dalam sektor private, dan Proses sosialisasi sistematik bagi kanakkanak supaya mereka dibekalkan dengan pengetahuan serta kemahiran untuk memasuki sektor yang dihubungkan dan gender masing-masing.

Mereka berpendapat sektor private yang menjadi monopoli kaum wanita penuh dengan tugas-tugas yang mendesak (demanding), yang tidak berminda (mindless), tidak berbayar (unpaid) dll. berkaitan dengan urusan rumahtangga, mendidik anak, dan melayan suami (dari segi praktical, emosi, dan seksual).

Sebaliknya, sektor yang penuh ganjaran dari segi kewangan, kuasa, status, kebebasan, peluang untuk kemajuan diri dll. adalah sektor public yang dimonopoli oleh kaum lelaki.

Sistem dalam masyarakat yang menyekat kemasukan wanita dalam sektor public, yang membebankan mereka dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab dalam sektor private, yang memenjarakan mereka di rumah-rumah, dan yang memberi pelepasan kepada kaum lelaki untuk sama-sama memikul beban tugas dalam sektor private adalah semuanya menjurus kepada ketidaksamaan gender.

Pendokong teori ketidaksamaan gender ini mengatakan, gerakuasa yang menyebabkan sistem yang dinyatakan di atas itu wujud adalah sexism, iaitu satu ideologi yang terkandung di dalamnya fahaman dan amalan bersifat diskriminatif terhadap wanita, dan juga fahaman bahawa perbezaan semula jadi antara lelaki dan perempuan itu sesuai dengan destini sosial masing-masing (iaitu lelaki sebagai pencari nafkah keluarga dan wanita sebagai pengurus rumahtangga)

Disebabkan oleh sexism, kaum wanita dikatakan telah dialihkan (dwindle) untuk tidak menikmati kemanusian sepenuh (full humanness). Satu contoh menarik tentang perkara ini ditunjukkan oleh Jessie Bernard dalam penulisan beliau bertajuk The Future of Marriage (1982).

Bernard mengatakan dari segi budaya, perkahwinan (marriage) itu adalah satu destini dan sumber kesempurnaan (fulfillment) bagi wanita, sedangkan bagi lelaki perkawinan adalah sesuatu yang menggabungkan alam rumahtangga (domesticity), tanggungjawab, dan keadaan yang terikat (constraints).

Dari segi institusi pula, perkahwinan memperkasakan (empowers) peranan suami, di samping membebankan isteri dengan pelbagai tugas rumahtangga, menjadikan beliau terlalu bergantung kepada suami, berpuashati dengan apa yang diberikan oleh suami, dll.

Bernard juga mengatakan perkahwinan itu terbahagi kepada dua, iaitu (1) perkahwinan bagi lelaki, dan (2) perkahwinan bagi wanita, setiap satu mempunyai ciri tersendiri. Perkahwinan bagi lelaki membawa kepada keadaan di mana lelaki itu merasai terikat, dan terbeban di samping beliau mempunyai kuasa dan hak terhadap segala perkhidmatan dan layanan (praktikal, emosi, dan seksual) dari isterinya.

Perkahwinan bagi wanita pula, sepertimana yang dikatakan di atas adalah satu destini dan sumber kesempurnaan (fulfillment). Di samping itu, dengan berkahwin, wanita akan terjebak serta terkongkong dalam alam rumah tangga, menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, dan pengurus rumahtangga.

Perkahwinan menyebabkan wanita teralih (dwindle) daripada menikmati kemanusian sepenuh (full humanness) sepertimana yang mereka alami sebelum berkahwin.

TINDASAN GENDER

Perkembangan teoritikal tentang feminisma pada masa kini kebanyakannya berkisar pada isu-isu tentang tekanan gender. Teori ini pada dasarnya berfokus kepada persoalan dominasi, kongkongan, dan tekanan kaum lelaki ke atas wanita.

Dominasi kaum lelaki ke atas wanita ini dikatakan berpunca daripada struktur patriarchy atau hasil daripada struktur patriarchy tersebut.

Patriarchy is a social system in which the father is the head of the family and men have authority over women and children) [ The American Heritage Dictionary]. Patriaki adalah sistem sosial di mana bapa adalah menjadi ketua keluarga, dan lelaki mempunyai autoriti ke atas wanita dan kanak-kanak.

Dalam sejarah tamadun manusia terutama dalam masyarakat patrilineal, (Eropah, Arab, China, India, dll), bapa menjadi ketua keluarga dan mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anak. Dalam sesebuah keluarga besar (extended family), lelaki paling senior iaitu datuk bertindak sebagai seorang patriarch.

Walaupun Dalam masyarakat matrilineal (Nayar, Hopi, Trobriands, Minangkabau dll) seseorang lelaki itu tidak menjadi ketua bagi keluarga prokreasinya, tetapi beliau tetap berkuasa dalam keluarga orientasinya, dan semua saudara perempuan berserta anak-anak mereka (anak saudara keibuan bagi lelaki tersebut) tunduk kepada kuasa dan autoriti beliau.

Sistem Nasab Bapa

Sistem Nasab Ibu

Robin Fox (1967) mengatakan dalam semua sistem kekeluargaan (kinship system) atau lelaki adalah orang yang berkuasa dan mengenakan kawalan ke atas anggota keluarga yang lain (It is always men who exercise control)

Walaupun ada pendapat mengatakan dalam sejarah tamadun manusia sebelum wujudnya sistem patriarchy, terlebih dahulu wujud sistem matriarchy, tetapi pendapat ini tidak dapat dipertahankan kerana kekurangan bukti.

Sistem patriarchy ini dikatakan sentiasa dipertahankan oleh kaum lelaki (diperkukuhkan oleh agama dan budaya). Lantaran itu wanita di sepanjamg sejarah tamadun manusia adalah didominasikan, ditakluki, ditindas dan ditekan oleh lelaki.

Sigmund Freud misalnya, mengatakan wanita adalah manusia kelas-dua, mempunyai sifat-sifat pemikiran (psychic nature) yang tidak sama (lebih rendah) daripada lelaki, dengan demikian mereka hanya sesuai untuk menikmati hidup yang lebih rendah tarafnya daripada kehidupan kaum lelaki (c.f. Ritzer, 1996:458)

Para pendokong teori tindasan gender (gender oppression) mengatakan walaupun dalam masyarakat terdapat tindasan satu pihak ke atas pihak yang lain atas dasar kelas, kasta, ras, etnik, umur, dll., tetapi struktur tindasan yang paling meluas dan yang paling fundamental adalah tindasan gender melalui sistem patriarchy.

Melalui penyertaan dalam sistem patriarchy, kaum lelaki dikatakan mempelajari bagaimana mereka dapat menganggap orang lain [kaum wanita] sebagai tidak berguna (contempt), seolaholah bukan manusia yang mesti dikuasai dan ditakluki. Patriarchy juga dikatakan membawa kepada paksaan (repression), kekejaman, sadisma, penghinaan, manipulasi dan penipuan kaum lelaki ke atas wanita dan kanak-kanak.

Imej negatif patriarchy juga dapat dilihat dari segi kekejaman kaum lelaki serta organisasi yang didominasikan oleh lelaki ke atas wanita, samaada bersifat terbuka atau pun terselindung.

Kekejaman yang bersifat terbuka termasuk: rogol, deraan seksual, pelacuran yang dipaksa (enforced prostitution), deraan isteri, sumbang muhrim, gangguan seksual, dll., amalan (tradisi) seperti membungkus kaki (foot-binding) di kalangan masyarakat Tionghua, institusi sati (iaitu isteri yang masih hidup dibakar bersama suami yang telah meninggal dunia) di kalangan masyarakat India, pembunuhan anak perempuan (female infanticide) di kalangan masyarakat Tionghua dan India, pembakaran tukang sihir (witch burning) dalam masyarakat Eropah (tradisi) dll.

In China, Chinese women were forced into killing their own babies due to the Chinese government laws that only one child per couple in the urban areas and two in the rural areas (Humanist Expose on China Gender-cide, 2002). Female infanticide occurs because in Chinese families, boys are needed to support their parents when they are old. A newborn girl, her naked body still warm, lies dead in the gutter alongside a road in a small town in Hunan province. She clearly has been dumped and has just died. On their way to work most passersby ignore the child. Some stop to stare and then walk on. Life goes on as normal (Shanam Saini, 2004)
(http://www.stkate.edu/art/student/nengl/china_infanticide.pdf)

Tamil Nadu: Lakshmi already had one daughter, so when she gave birth to a second girl, she killed her. For the three days of her second child's short life, Lakshmi admits, she refused to nurse her. To silence the infant's famished cries, the impoverished village woman squeezed the milky sap from an oleander shrub, mixed it with castor oil, and forced the poisonous potion down the newborn's throat. The baby bled from the nose, then died soon afterward. Female neighbors buried her in a small hole near Lakshmi's square thatched hut of sunbaked mud. They sympathized with Lakshmi, and in the same circumstances, some would probably have done what she did.
http://www.gendercide.org/case_infanticide.html

Sementara kekejaman yang tidak begitu terbuka/terselindung pula termasuk: tindasan serta diskriminasi kaum wanita dalam bidang ekonomi, sekatan peluang untuk mereka merealisasi potensi yang ada pada diri mereka, sikap memandang rendah terhadap wanita, membebankan mereka dengan tugas rumahtangga dll.

THE STAR Monday February 23, 2009

Women first to be retrenched


KUALA LUMPUR: Employers are still discriminating against women when it comes to retrenchment. Deputy Women, Family and Community Development Minister Noriah Kasnon said the Government was concerned with the statistics as half of the workers retrenched recently in the current economic crisis were women, despite them making up only 35% of the countrys total workforce. Female workers may be contributing towards their companies productivity. But when an economic slowdown occurs, they are still the first to be asked to go, with excuses that many of them tend to focus on their family or are pregnant regularly, she said.

Pendokong teori feminis mengatakan wanita akan bebas daripada tindasan/opresi kaum lelaki ke atas mereka dengan cara mengatasi atau melemahkan sistem patriarchy yang dibincangkan di atas.

Mereka mencadangkan beberapa cara/ langkah untuk tujuan tersebut. Ini termasuk perkara-perkara berikut: 1. Menimbulkan kesedaran di kalangan wanita supaya setiap seorang daripada mereka perlu mengakui bahawa mereka mempunyai nilai dan kekuatan sendiri;

2. Menolak desakan atau tekanan bersifat patriarchal daripada lelaki yang memperlihatkan wanita sebagai lemah, mempunyai sikap bergantung (dependent), dan warga masyarakat kelas-dua;

3. Bersatu dan bekerjasama dengan wanita lain tanpa mengira perbezaan kedudukan di kalangan mereka dengan cara menubuhkan persatuan, organisasi wanita, persaudaraan (sisterhood) dsb;

4. Mengambil tindakan radikal seperti menolak lelaki dengan cara mendapat kepuasan seksual melalui kegiatan homoseks (lesbian love relationships).

Feminisma lesbian dikatakan sebagai amalan dan juga kepercayaan bahawa komitmen erotis/emosi wanita kepada wanita adalah sebahagian daripada tentangan mereka terhadap dominasi patriakal (erotic and/or emotional commitment to women is part of resistance to patriarchal domination) [ Taylor & Rupp, 1993]

FEMINISMA GELOMBANG KETIGA

Feminisma gelombang ketiga dihubungan dengan gerakan feminisma radikal yang bermula pada tahun 1980-an hingga sekarang.

Gerakan feminis pada gelombang pertama (pertengahan abad 19 awal abad 20) dan juga feminisma gelombang kedua (1920-1980) lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan, ketidaksamaan, dan tindasan/opresi gender, sedangkan feminisma gelombang ketiga, di samping meneruskan tumpuan kepada isu-isu berkenaan juga mengambil kira soal-soal perbezaan antara wanita sendiri.

Perbezaan antara wanita ini dilihat pada peringkat global merentasi faktor ras, etnik, kelas, umur dll. Feminisma gelombang ketiga bukan sahaja mempersoalkan isu perbezaan serta dominasi lelaki ke atas wanita, tetapi juga perbezaaan dan ketidaksamaan antara wanita, [serta dominasi wanita ke atas wanita].

Ini jelas berlaku dalam masyarakat berkelas di mana terdapat pebezaan kedudukan, kuasa, serta status di kalangan wanita. Ada yang telah berjaya melepaskan diri mereka daripada terus dikongkong dan dikuasai oleh lelaki, namun demikian masih terdapat sebilangan besar kaum wanita yang masih berada dalam keadaan lama.

Ada juga wanita memperalatkan atau mengekploitasikan kaum sejenis dalam berbagai sektor (public dan juga private), [malah, mungkin lebih teruk daripada dominasi lelaki ke atas wanita].

Begitu juga, terdapat perbezaan dan ketidaksamaan di kalangan wanita serta dominasi kaum wanita atas dasar warna kulit, contohnya, perbezaan, dan ketidaksamaan antara wanita kulit putih dan wanita kulit hitam, antara wanita barat dan wanita timur, dan [antara wanita dari satu kelompok etnik dengan wanita dari kelompok etnik yang lain,dll].

Pada umumnya, feminisma gelombang ketiga memperjuangkan kesaksmaan antara wanita sejagat merentasi faktor ras, etnik, kelas, umur dll yang disebutkan.

SEKIAN & TERIMA KASIH

You might also like