You are on page 1of 4

Kejohanan Memananah

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Terengganu 2009

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN MEMANAH


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA TERENGGANU
TAHUN 2009

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan dijalankan


mengikut undang-undang ‘International Archery Federation’ (FITA) dan peraturan-peraturan
Am MSSM.

2.0 JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan akan dijalankan selama tiga(3) hari.

2.1.1 1(SATU) hari sightest Day


2.1.2 2 (DUA) hari Single FITA

2.2 Lelaki Perseorangan dan Berpasukan (B18)

2.2.1 Jarak 90 m
2.2.2 Jarak 70 m
2.2.3 Jarak 50 m
2.2.4 Jarak 30 m
2.2.5 Keseluruhan

2.3 Perempuan Perseorangan dan Berpasukan (B18)

2.3.1 Jarak 70 m
2.3.2 Jarak 60 m
2.3.3 Jarak 50 m
2.3.4 Jarak 30 m
2.3.5 Keseluruhan

2.4 Lelaki Perseorangan dan Berpasukan (B 15)

2.4.1 Jarak 60 m
2.4.2 Jarak 50 m
2.4.3 Jarak 40 m
2.4.4 Jarak 30 m
2.4.5 Keseluruhan

2.5 Perempuan Perseorangan dan Berpasukan (B15)

2.5.1 Jarak 60 m
2.5.2 Jarak 50 m
2.5.3 Jarak 40 m
2.5.4 Jarak 30 m
2.5.5 Keseluruhan

2.6 Lelaki Perseorangan dan Berpasukan (B12)

2.6.1 Jarak 30 m
2.6.2 Jarak 25 m
2.6.3 Jarak 20 m
2.6.4 Jarak 15 m
2.6.5 Keseluruhan
2.7 Perempuan Perseorangan dan Berpasukan (B12)

2.7.1 Jarak 30 m
2.7.2 Jarak 25 m
2.7.3 Jarak 20 m
2.7.4 Jarak 15 m
2.7.5 Keseluruhan

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan
perempuan terdiri daripada :

Pasukan Lelaki 18 Tahun 15 Tahun 12 Tahun

Pengurus Pasukan 1 orang

Jurulatih 1 orang 1 orang 1 orang

Peserta 4 orang 4 orang 4 orang

Jumlah 6 orang 5 orang 5 orang

Pasukan Perempuan 18 Tahun 15 Tahun 12 Tahun

Pengurus Pasukan 1 orang

Jurulatih 1 orang 1 orang 1 orang

Peserta 4 orang 4 orang 4 orang

Jumlah 6 orang 5 orang 5 orang

3.2 Acara Perseorangan

Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya empat (4) peserta lelaki dan empat (4)
peserta perempuan bagi setiap kategori umur dalam acara perseorangan.

3.3 Bagi kategori 18 tahun dan ke bawah, setiap pasukan dibolehkan mendaftar hanya
seorang peserta wanita yang berumur 20 tahun ke bawah, mengikut Peraturan Am(3)
MSSM.

3.4 Acara Berpasukan

3.4.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya empat (4) orang peserta lelaki
dan empat orang peserta perempuan yang berumur 20 tahun dan ke bawah
mengikut Peraturan Am (3) MSSM.

3.4.2 Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) orang peserta. Jumlah mata
tertinggi bagi tiga (3)

3.4.3 Pasukan yang menghantar kurang dari tiga (3) peserta tidak layak menyertai
acara berpasukan.
3.5 Jurulatih bukan di kalangan pegawai pelajaran tidak boleh disenaraikan sebagai
pegawai pasukan. (Rujuk Peraturan Am MSSM 8.1)

3.5.1 Jurulatih luar dibenarkan berada di khemah peserta sahaja.

3.5.2 Jurulatih luar tidak dibenarkan memasuki kawasan pertandingan melebihi dari
garisan peralatan (equipment line)

4.0 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Setiap peserta diwajibkan memanah kesemua empat (4) jarak yang dipertandingan
sebanyak tiga puluh enam (36) anak panah bagi setiap jarak yang berjumlah seratus
empat puluh empat (144) anak panah keseluruhan. Peserta yang mendapat mata
tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

5.0 GELANGGANG / ALATAN

Rujuk Undang-undang International Archery Federation (FITA).

Bagi kategori 12 tahun dan ke bawah, Undang-Undang International Archery Federation


(FITA) Artikel 7.3.2/7.3.2.1 adalah diguna pakai dengan pindaan berikut ;

5.1 Artikel 7.3.2.1.6 - Semua jenis arrow aluminium boleh digunakan.


5.2 Artikel 7.3.2.1.7 - Semua jenis Finger Protection boleh digunakan.

6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 10.30 pagi (7 Mei 2009).
6.2 Selepas taklimat pengurus, sebarang permohonan/gantian peserta tidak dibenarkan.

7.0 MASA MELAPOR DIRI

Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim (Chief Judge) kejohanan
untuk pemeriksaan wajib peralatan pertandingan (Tackle Inspection) pada hari pertandingan.

8.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM dibaca bersama Peraturan FITA Rules Book 2 Bab 7.4
dan Bab 7.8

9.0 BANTAHAN

9.1 Sila rujuk Peraturan AM (12) MSSM.

9.2 Setiap pasukan dibenarkan membuat bantahan.Hanya Pengurus Pasukan Dibenarkan


membuat bantahan.

9.3 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengarah/Pegawai
Pertandingan dalam masa tiga puloh (30) minit selepas pertandingan itu tamat.
(Berpandukan kepada Undang-Undang FITA, Artikel 150)

10.0 JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM


11.0 PENGADIL (HAKIM DAN PEGAWAI PERTANDINGAN)

Hakim – hakim dan Pegawai Pertandingan akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola
dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Terengganu.

12.0 PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN.

Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang
tidak disiarkan di dalam undang-undang /peraturan pertandingan ini dan keputusan yang
dibuat adalah muktamad.

You might also like