• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
Anak Halal: 'Godless & Hopeless'
Begini, kesenian Melayu-Islam yang menjadikannya indah ialah kerana bentuk,kemudian kandungannya, dan kemudian rasa yang dijambatani oleh kita dansemua hal tersebut dijalin oleh faedah dan manfaat. Nah, faedah dan manfaat ituyang mustahak. Tikar mengkuang sekali pun, kain batik sekalipun meski dicirioleh estetika yang menakjubkan akhirnya mesti dicipta untuk memberi faedah.Kain batik yang cantik tetapi dicipta untuk tidak memberi faedah maka ia sia-sia.Begitu jugalah karya sastera, atau karya filem. Mengambil kira 50 tahunmerdeka, semua dari kita ingin kembali kepada jatidiri sendiri. Mahu merdekadari kejahilan dan kebatilan serta kebodohan yang pernah dipantakkan kepadakita dulu. Filem juga mesti kembali kepada keindahan bentuk, kandungan, rasadan mesti berfaedah.
 Anak Halal 
sebuah filem yang sia-sia. Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnyasia-sia. Hasilnya juga sia-sia. Justeru menontonnya juga sesuatu yang lagha.
Tetapi untuk mereka yang tiada Tuhan
, filem 110 minit dengan adegan rogol,peluk sana sini (ingatan: dakap dan gomolnya jauh lebih ganas dari Gubra!),main dadah (kononnya untuk tunjukkan dadah itu memusnahkan tetapipenonjolan dadah itu sendiri menghairankan kita!), adegan berkemban dan takpakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adeganseparuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasadi sana sini
tentulah mereka gemari
.Ingat; kerangka yang saya guna ialah bukan kerangka bentuk, kandungan danrasa lagi, kerangka yang saya gunakan disini ialah sebagai 'ciptaan Tuhan yangmencipta' kitamelakukan sesuatu semuanya untuk memberi faedah, lagibermanfaat.Tidak pernah saya menonton filem seburuk ini. Rasanya
Nana Tanjung 
10 kalilebih senonoh dari filem batil ini. Malahan kata teman saya, menonton
Impak Maksima
20 kali pun lebih baik dari menonton kisah gila ini. Betul,
 Anak Halal 
sebuah filem yang sedang ditayangkan di panggung kala ini adalah sebuah filemyang tiada jatidiri. Sesekali macam berkiblatkan Hong Kong, sesekali pula
 
macam berkiblatkan Bollywood, ada sentuhan macam nak jadi Indonesia, jugamacam nak jadi Hollywood dan disuntik sana sini pesan yang kononnyabermaruah iaitu supaya jangan hancurkan anak bangsa dengan dadah.Kecelaruan identiti begitulah kesimpulannya.
Aspek naratif?
 Hancur bersepai! Plot filem ini lemah dan kelam kabut sertatiada arah. Watak dan perwatakan mendatangkan geli geleman dan dialog tidaklojik seperti ingin hidup di Zuhal atau ingin terbang ke Kejora diucapkan demimemberi sentuhan artistik. Puitis la konon!Pengalaman membaca dan membimbing cerpen pemula dari budak-budakMinggu Penulis Remaja, macam itulah jalan cerita dan plot filem ini. Plot macambudak tak pernah belajar menulis. Penuh dengan klise (anak orang kaya mestitak cukup kasih sayang!), formula karut (zina, penagihan dadah dan penderitaanala Bersama-Mu untuk menagih simpati dan tangsian penonton), sertamelankolia geli anak tekak (seperti adegan cinta yang busuk). Eloklah pengarah-pengarah filem kita masuk berkursus dulu, masuk berkursus penulisan denganSaharil Hasril Sanin pemenang Hadiah Sastera Berunsur Islam DBP pun takapa.
Upah Saharil mengajar apa itu logos dulu kalau pun tak kenal ertiethos.
Begini, sebab dan akibat yang lemah itu biar saya huraikan, (
ingat dari seginaratif filem, plot yang bodoh, tidak lojik dan merapu adalah buktikelemahan sesebuah filem
): Hisham seorang penjenayah telah menyerahkanbayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila di jalanan. Hisham telahditangkap dan dipenjarakan. Mariam membesarkan bayi tersebut (Putra) dalamkemelaratan. Tinggal di kawasan kumuh yang kusam, berjirankan Bu Leha dananak perempuannya, Johanna. Dari zaman kanak-kanak, Putra dan Johannabersahabat rapat. Selepas Mariam diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat,Putra dibesarkan oleh Bu Leha. Putra dan Johanna membesar menjadi remaja jalanan. Putra bertugas di sebuah kedai potong, sementara Johanna dan ibunyaberniaga di Pasar Chow Kit.
Huraian Pertama:
Cerita dengan watak kerdil akan mengakibatkan pemikiranyang dihantar juga kerdil. Watak kerdil tak pernah dapat berfikir besar, sebabitulah bila Mariam merindui Putra, dia berangan nak terbang ke bintang Kejora(dengan air mata bertakung). Memang menyampah dan meluat betul. Kerana itu jugalah kita lihat watak-watak ini duduk dalam lingkungan kemungkaran dan takpernah mahu keluar darinya.
Tak cukup-cukup ke filem Melayu atas nama realisme (yang konsep danfalsafahnya menyalahi Islam itu) menonjolkan realiti seperti pelacur, rempitbohsia, penagih dadah? Tak cukup-cukup ke? Korang yang tengok takmuak-muak ke?
Lebh keji, lebih tiada Tuhan ialah apabila
voice over 
di hujung filem ini
 
menyatakan -
setiap manusia ada takdir sendiri 
- cis biadab!Seolah-olahkeadilan Ilahi dicabar dalam filem ini. Watak-watak yang tiada harapan inimenyalahkan Tuhan pula. Kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka hisapdadah, kerana Tuhan dah takdirkanlah mereka jadi pembunuh dan penjenayah,kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka berpeluk bercium tak sudah-sudah.Kerja menyalahkan Tuhan ini menunjukkan pengarah-pengarah filem di Malaysiatak faham agama Islam.Sewaktu mengajar di Sekolah filemUiTM dulu, sewaktu mengajar Farid Kamil dulu saya pernah mencadangkansupaya sekolah filem mengajar subjek agama dan subjek sastera tradisional.Tujuannya supaya tak ada karyawan filem buat drama sia-sia dan penuh dengansundal macam
Spa-Q,
atau supaya tak buat cerita hantu dan mengagungkankhayal serta khurafat, atau tak buat skrip macam
Jelatang 
yang di akhir setiapepisod penulis skrip berpesan supaya kita bertaubat (dia yang buat cerita taksenonoh kita pula disuruh bertaubat!). Dan supaya mereka kenal jati diri bangsamenerusi hikayat lama seperti Sulalatus Salatin. Tetapi cadangan itu dipandangsepi. Malah diremehkan dengan kata-kata 'nak jadi tukang filem buat apa belajar agama'. Begitulah kalau sudah tak kenal hukum.
Disiplin apa pun kembalikepada Tuhan. Kaji alam macam bidang geografi pun akhirnya dapat jumpaTuhan, patutnya begitulah juga dengan dunia filem.
Ini satu hal yang menyesakkan, sekolah filem di UiTM, sekolah filem di Aswara,sekolah filem di USM dan UM mesti menyediakan asas pemikiran bangsa dariawal lagi. Sila jemput Mufti Perlis yang banyak kepandaiannya itu untukmengajar karyawan filem yang tak ada arah ini, ajarkan mereka doktrin
Innalillah wa Inna ilaihi Rajiun
. Ajarkan juga konsep
min aina, fi aina dan ila aina.Sebab pengarah filem dan pelakon filem pun ada Tuhan dan akan mati satuhari nanti. Sekolah filem kita mesti mengajarkan rukun iman.
Ini tidak,karyawan filem kita buat filem macam tak kenal adanya hari kiamat!Astaghfirullah, karyawan seni kita makin tak ada Tuhan ke?Kalau tak, pengarah filem kita akan buat kerja sia-sia lagi. Dan duduk dalamputaran keji yang serupa. Kemudian sesama mereka akan ampu dan angkatsesama sendiri. Syok sendiri.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

tepat dan benar sekali! saya bersetuju dengan pendapat penulis! filem ini benar-benar dasyat, walaupun cuba tampil lain dari yang lain, kononnya cuba mencipta kreativiti, namun, hakikatnya, jalan ceritanya sudah terlalu biasa, yang menjadikannya berbeza, cuma adegan melampau dan tidak bermoral jek!

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...