You are on page 1of 2

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : 8/12 Kelapan 24-28 Mac 2014 Masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan.

1. Masalah / Peristiwa Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Isu ini berlaku pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 6. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana wujudnya perasaan bangga dengan kelebihan diri dan perbandingan taraf kepandaian selepas peperiksaan Pertengahan Penggal 1 yang lalu. Walaupun mereka hidup dalam satu kelas, namun murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid-murid pandai sahaja manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan bahawa murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan mereka.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Masalah ini timbul kerana wujudnya perasaan bangga dengan kelebihan diri dan perbandingan taraf kepandaian. Walaupun mereka hidup dalam satu kelas, namun murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid-murid pandai sahaja manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan bahawa murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan mereka.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa mengambil kira taraf kepandaian dan dapat saling bantu-membantu dalam proses pembelajaran serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti.

Disemak oleh guru pembimbing

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :................................... Tandatangan :...................................... Nama :................................... Nama :...................................... Tarikh :................................... Tarikh :.....................................

You might also like