You are on page 1of 4

9/1/13

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami tujuh kecerdasan (seven multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri. Mengapa Tujuh kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan? 1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan. 2. kemahiranberfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. 3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Bagaimana Tujuh Kecerdasan Dikembangkan? Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut: a. Bahasa b. Logik-Matematik c. Ruang (spatial) d. Muzik e. Kinestatik f. Interpersonal g. Intapersonal. Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri tujuh kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut: Kecerdasan 1. Bahasa 2. Logik Matematik 3. Ruang (spatial) 4. Muzik 5. Kinestatik 6. Interpersonal 7. Intrapersonal Cerdas dalam Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan. Menaakul, kiraan, membuat analisis Mencorak, melukis, mengukir Pekerjaan Penulis, penyajak, penceramah Saintis, jurutera, akauntan Pelukis, pengukir

Mencipta lagu, menyanyi, menikmati Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, memainkan alat muzik muzik, peminat muzik. Gerakan, tarian, lakonan, sukan, permainan Perhubungan manusia Nilai murni, pendirian, falsafah Atlet, pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon. Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, penyajak, ahli falsafah

Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan: i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.

www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htm

1/4

9/1/13

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir

ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang. iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang. iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik. Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut: i. Menaakul secara logik. ii. Membuat kiraan. iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir. iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan. v. Membuat keputusan vi. Menyelesaikan masalah.

Apakah kemahiran Berfikir? Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. Terdapat beberapa perkara yang boleh difikirkan oleh guru-guru untuk mengaitkan pelancongan dan berfikir. Berikut diperturunkan beberapa istilah yang boleh difikirkan bersama: i. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi. - kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan maklumat. -kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: Kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran secara kreatif.

Kemahiran vertical dan lateral.

www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htm

2/4

9/1/13

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir

i. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku? ii. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok. Pemikiran bertumpu dan bercapah. i. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menanalisis sesuatu data atau maklumat.Contoh: Ali, demam.Dia tidur di bilikd arjah. mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu ajar? ii. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan? Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan mengikutmana-mana istilah tersebut di atas haruslah dikuasai oleh pelajar anda: a. membuat kaitan b. membanding dan membeza. c. mengkelaskan d. menilai e. menyusun atur f. mengenal pasti pernyataan `benar' dan `palsu' g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat h. mengenal pasti pernyataan berat sebelah i. mengenal pasti sebab menyatakan pelbagai sebab j. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat k. membuat inferens atau kesimplan awal l. membuat generalisasi m. mentafsir n. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir terperinci. o. merumus dan meringkas p. membuat keputusan q. menyelesaikan masalah

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir boleh Dikembangkan?


www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htm 3/4

9/1/13

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir

Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahjiran berfikir termasuk: a. soal jawab b. sumbang saran c. permainan d. pertandingan e. kuiz f. teka teki g. perbahasan h. projek: - mereka bentuk - mereka cipta - mengkaji - menyelidik - membuat eksperimen - menghasilkan sesuatu projek - menyelesaikan sesuatu masalah

www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htm

4/4

You might also like