You are on page 1of 5

SULIT 3755/1

3755/2
Perdagangan
Kertas 2 JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
Ogos DENGAN KERJASAMA
2005 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA
1 1/4 jam SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
CAWANGAN TERENGGANU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM


TAHUN 2005

PERDAGANGAN
Kertas 2
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

I. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B .

2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan.

5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak

[Lihat sebelah
3755/2 © 2005 Hak Cipta PKPSM Terengganu SULIT
SULIT 2 3755/2

Bahagian A

Jawab mana-mana tiga soalan dalam bahagian ini.


Apakah perbezaan antara keperluan dan kehendak? [6

markah]

Petikan di bawah dipetik daripada akhbar tempatan keluaran Mei 2005.

Guru cacat penglihatan sejak lahir, Mohamad Ismail, 51, yang dipilih penerima sulung
Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang sempena sambutan Hari Guru tahun ini
menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan warga
pendidik dari kalangan orang kurang upaya.
Guru Sejarah dari SMK Sri Nilam, Kuala Terengganu itu tidak menduga dipilih menerima
anugerah tersebut.

Jelaskan hieraki keperluan Maslow yang berkaitan dengan pernyataan di atas. [5 markah]

c) En. Kamal adalah seorang usahawan yang mengusahakan batik dan songket yang
terkenal di Kuala Terengganu. Permintaan terhadap songket semakin hari semakin
meningkat.
Terangkan bagaimana promosi, pengangkutan dan insurans membantu Encik Kamal
mengembangkan perniagaannya. [14
markah]

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan antarabangsa? [5 markah]

b) Perniagaan antarabangsa memberi banyak faedah kepada pelbagai pihak.


Terangkan faedah perniagaan antarabangsa kepada usahawan di Malaysia. [10 markah]

c) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) mentakrifkan IKS sebagai sebuah
perniagaan yang pusing ganti jualan tahunan tidak melebihi RM2.5 juta atau pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 150 Orang.
Terangkan ciri-ciri IKS yang terdapat di Malaysia [10 markah]

[Lihat sebelah
3755/2 © 2005 Hak Cipta PKPSM Terengganu SULIT
SULIT 3 3755/2

3. a) Dr. Bakri dan Dr. Salleh yang mengusahakan Klinik Al Hikmah telah mencapai
persetujuan untuk menukarkan perniagaannya kepada Al Hikmah Sdn. Bhd.

i. Nyatakan dokumen-dokumen penting yang perlu disediakan bagi penubuhan


Al Hikmah Sdn. Bhd. [5 markah]

ii Terangkan kebaikan-kebaikan yang diperoleh apabila menukarkan pemiagaan


tersebut. [10 markah]

b) Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis cek.

Cek


terbuka berpalan


pembawa perintah a kha
_ _• I
Berdasarkan rajah itu
Apakah maksud cek terbuka dan cek berpalang? [4 markah]
ii Berdasarkan contoh anda, lakarkan cek berpalang am. [6 markah]

4. a) Encik Amir bercadang hendak melaburkan wang simpanannya dalam Bursa Malaysia.
Bel iau mendapati harga saham sentiasa turun naik.
Mengapakah wujud situasi di atas? [10 markah]

b) Konsep pemusatan risiko selalu dikaitkan dengan insurans. Jelaskan. [5 markah]

c) Encik Rauf memiliki sebuah kilang perabot di kawasan perindustrian Gong Badak
Terengganu yang mengeluarkan perabot yang diperbuat daripada kayu getah. Selepas
menyertai pameran antarabangsa di Dubai, beliau telah menerima beberapa tempahan
daripada Mesir dan Jordan.
Cadangkan dan jelaskan cara yang paling sesuai serta selamat untuk menghantar perabot
keluarannya ke negara-negara tersebut? [10 markah]

[Lihat sebelah
3755/2 © 2005 Hak Cipta PKPSM Terengganu SULIT
SULIT 4 3755/2

5. a) Masalah kekurangan kemahiran di dalam bidang pemasaran dikenalpasti menjadi salah


satu penghalang utama para peniaga untuk bersaing di dalam bidang perniagaan.
Apakah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan dari aspek promosi dan pemasaran
bagi membantu peniaga berdaya saing dalam bidang yang diceburi? [15 markah]

b) Jadual di bawah menunjukkan peranan kerajaan dalam usaha melindungi pengguna.

1
Kepentingan ekonomi penggguna Akta Perihal Dagangan 1972
2 Kesihatan pengguna
Ordinan Ubat-Ubatan, Iklan dan
Jualan 1956
3 Keselamatan pengguna
Akta Racun Makhluk Perosak
1974

4 Akta Kontrak 1974


Ganti rugi pengguna
5 Alam sekitar pengguna Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Jelaskan peranan setiap akta tersebut. [10 markah]

[Lihat sebelah
3755/2 © 2005 Hak Cipta PKPSM Terengganu SULIT
SULIT 3755/5

Bahagian B

Bahagian ini mengandungi satu soalan yang wajib dijawab.

6. Encik Abdul adalah seorang graduan lepasan Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi. Selepas
menamatkan pengajian pada tahun 1990, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Beliau mendapat modal awal yang disumbangkan oleh ayahnya.

Encik Abdul membuka dan merupakan pemilik Kilang Batu Bata Bukit Guntung. Kilang beliau
mengeluarkan batu bata untuk digunakan dalam sektor pembinaan. Disebabkan Encik Abdul
masih baru dalam perniagaan ini, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembeli bagi
batu batanya. Beliau melantik Encik Azam untuk mengatasi masalah mendapatkan pembeli
keluarannya. Setelah itu, permintaan terhadap batu-batanya semakin bertambah dan ini
menyebabkan pengeluaran ditingkatkan untuk menampung permintaan yang bertambah.

Encik Abdul amat menitikberatkan pemeliharaan dan kebersihan alam sekitar. Beliau
memastikan kilangnya tidak mencemarkan alam sekitar. Kilangnya dilengkapkan dengan
jenterajentera moden dan mempunyai ramai pekerja yang terdiri daripada penduduk setempat.
Bahan mentah untuk kilangnya diperoleh daripada kawasan sekitar yang mempunyai tanah liat
bermutu tinggi.

Encik Abdul seorang yang terlalu menumpukan perhatian kepada perniagaannya. Disebabkan
terlalu kuat bekerja Encik Abdul tidak mempunyai masa untuk melakukan kegiatan
riadah. 1ni telah menjejaskan kesihatannya dan beliau telah disahkan mengidap penyakit
lemah jantung. Disebabkan penyakitnya itu beliau telah mengambil satu polisi insurans yang
boleh memberi gantirugi kepada keluarganya jika beliau meninggal dunia.

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

a) Nyatakan jenis ejen yang diwakili oleh Encik Azam. [5 markah]

b) Encik Abdul beranggapan bahawa sebagai pengeluar, beliau mempunyai tanggungjawab


tersendiri. Adakah anda bersetuju dengan anggapan beliau?
Kemukakan alasan anda. [10 markah]

c) Encik Abdul telah mengambil satu insurans hayat daripada Sutera Insurans.
Beliau
terkejut kerana premium insurans yang dikenakan agak tinggi.
Sebagai seorang pegawai di Sutera Insurans, anda dikehendaki memberi
penerangan kepada Encik Abdul faktor-faktor yang menentukan kadar premium
insurans hayat.
[ 10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3755/2 © 2005 Hak Cipta PKPSM Terengganu SULIT

You might also like